Monday, 3 April 2017

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak menyepikan diri dari FB sebab banyak sangat post pasal barangan jualan dari rakan-rakan dan too much negativity . Walaupun my top 10 newsfeed adalah pasal hartanah tapi lepas dari 10 newsfeed tu terus keluar promo pasal jualan.Bukan tak boleh,sebab saya sendiri pun menjual di FB tapi dah rasa muak dan bosan.FB dah tak macam dulu. Boleh dikatakan 8 /10 daripada rakan FB akan mengiklankan produk yang mereka jual.Bukan lagi pasal kehidupan masing-masing

Tambahan pula FB sekarang bukan setakat berkongsi cerita gembira, malahan cerita sedih seperti kematian,kemalangan dan banyak perkara lain yang menggusarkan fikiran sahaja.Jadi kalau sesiapa yang mengenali diri memang dah jarang share atau upload status di FB. Instagram pun dah hampir menyamai FB.Nak lari dari Fb,akhirnya org di Instagram kongsikan juga apa yang ada di FB melalui instagram.Jadi berbalikla semula ke blog.Aman sikit bila hanya tengok feed sendiri dan yang baik-baik saja

Ok,Nak share post pertama pasal Trip ke Sarawak dalam next entry.Nak kumpul gmbar .Hi followers! anda masih lalu di blog saya? Jika ada drop your comment and i have special gift for YOU :)

Wednesday, 2 September 2015

Gaji Vs Rezeki


Yang kita terima dari majikan itu gaji
Yang kita terima dari Allah itu rezeki

Kita perlu kerja untuk gaji
Kita perlu doa untuk rezeki

Gaji dinilai dengan matawang
Rezeki dinilai dengan mata hati

Ratus,ribu,juta ukuran untuk gaji
Bahagia,anak,ibu bapa,tenang,berkat ukuran rezeki

Gandakan usaha untuk tambah gaji
Gandakan sedekah untuk tambah rezeki

Satu hari gaji akan berhenti
Tiada hari khusus untuk rezeki terhenti

Hanisah Zaini,2015

Friday, 9 January 2015

2015 Money Challenge

Azam tahun baru nak kumpul duit dengan pelbagai cara.Selain dari buat potongan gaji dan tolak siap-siap 10% gaji untuk simpanan, nak buat additional money savings challenge jugak.Bila googgle jumpa a few.Masih awal 2015 so boleh cuba

a)  52 weeks money challenge

                                                             Source :thesimpledollar.com

Simpan duit ikut nilai minggu tu.Contoh kalau start minggi pertama 2015, letak RM1 dalam sampul, minggu seterusnya tambah RM2 pulak pada hujung minggu so dah jadi RM3 untuk 2 minggu ke 3, teruskan tambah nilai dari minggu ke minggu sampai hujung tahun dan jumlahnya akan jadi RM1,378.

b) Cabaran simpan note RM20

Ada terbaca seorang blogger ni simpan note RM5 .Setiap kali dia dapat baki RM5 kalau beli belah, dia akan simpan dalam tabung.Tapi i cuba upkan sikit pada RM20 .Dah cuba last year, Bila start challenge tu, banyak pula dapat note RM20,padahal sebelum tu jarang. Langkah ni kena berhati-hati juga.Kena elakkan banyak berbelanja hanya semata-mata nak dapat RM20 note.

Setakat ni 2 cabaran je, sebab ni tambahan dari yang sedia ada.Jadi, bagaimana pula tabiat menyimpan anda?

Monday, 20 October 2014

7 Tips shopping di Baby Expo

Hello..last weekend baru sahaja diadakan Mom & Baby Expo di Midvalley. Ni dah kali ketiga Nisa pergi . First time dulu shopping masa pregnant lagi, kandungan 5 bulan. 2nd time it was on June this year. Sebab dah banyak kali pergi and banyak kaedah yang Nisa guna pakai untuk shopping kat baby Expo . So i want to share Tips shopping di Baby Expo. Semoga bermanfaat

#1 : Buat survey harga barangan di Online, Kedai Baby dan sebagainya sebelum pergi. Sebab ada juga barangan yang dijual semasa Baby expo tu sama je dengan hari biasa, malahan mahal dari biasa pon ada. Sebagai pengguna bijak , buatlah penilaian yang baik. 
Kebiasaannya baju bayi (baju tido), topi,sabun basuh baju and sabun mandi dijual murah. 

Contoh kalau beli baju di Baby Shop sepasang baju tido RM25 (baju & seluar) , tapi kat baby Expo RM10 sepasang, dah jimat jugak RM10 kat situ..Topi baby pon cuma RM2 je (brand Fiffy)

#2 : Senaraikan & Kenal pasti barangan yang anda mahu beli. For first time mother, this would be tricky sebab semua benda nampak macam penting kan? Nisa pon mengalami masalah yang sama, you will have arguement with your spouse about what to buy and what not to buy (i've seen a lot of these during baby expo, and i am one of them too :).Lelaki berfikiran logik and kadang2 nasihat diorang betul juga. Jadi, selidik betul-betul barangan yang penting untuk korang beli yang rasanya kalau tak beli kat baby ekspo ni mahal la kalau nak beli kat luar.



                                                                      Source : Fiffy

Cth : Kelambu baby kalau beli kat kedai biasa RM25, beli kat baby ekspo RM10 je..this is one of thing that i missed to buy sebab argue dengan hubs and mengalah ikut cakap hubs.

#3 : Bawa troli / beg sandang belakang (bag pack) sekiranya anda mahu membeli dalam jumlah yang banyak. Last week i siap bawak troli pergi pasar. Siap berlaga dengan stroller. Lantak le.. i beli stok untuk setahun terus..If you bring stroller pon ok. Tapi stroller mcm besar sangat, susah juga berjalan dengan stroller, i yang bawak troli kecik pon rasa seksa. So for alternatives bawa la bag pack. Kalau suami ikut sekali biarlah dia yang bawak bag pack (bag mcm org pergi berkhemah)

This is my troli and things that i buy last week
#4 : Tengok Map, dan kenal pasti Kedai yang ingin dituju.Map biasa penganjur letak kat main entrance Untuk yang pertama kali datang mesti korang nak pergi semua kedai, boleh je, Nisa pon buat mcm tu first time tapi bila dah pergi banyak kali terus je pergi kedai yang dituju. 

Cth : Pureen, Fab Mom , Autumz

#5 : If you bring your baby along, it is advisable untuk kendong baby, You can babywear, and jangan lupa bwk kipas kecik tu sebab dah ramai2 confirm panas. Mostly baby menjerit-jerit dalam stroller during the baby ekspo. I pulak kesian. Tapi i paham parents want the best for their childeren kan. Takde babywear takpe, you still can bring stroller, tapi bertabahla nak berlanggar dengan stroller yang lain.

#6 : If you come alone@ without baby, come VERY early. Sebab nak parking kan.. Kalau ekspo start pkul 10, at least pkul 8 tu korang dah kena parking. Pernah sekali Nisa cuti sebab nak pergi baby ekspo , ingatkan tak ramai orang, datang pkul 9.30 parking dah FULL. Diorang semua ni datang pukul berapa?So datang SANGAT AWAL

#7 : Take public transport .(Bas/LRT if any) Ada sekali tu Nisa pergi on weekday, sebab dah fed up dengan parking, suruh suami drop je kat Baby Ekspo and masa balik, nisa amik bas pergi ofis suami..dengan barang yang banyak tu..

That's all. Happy Shopping and spend wisely !

Note : If you want to save time, tak payah beratur kat registration counter tu, X wajib pun, but if you want to try boleh je. Korang akan dapat satu mug percuma, and a few samples from vendor (cth : susu) ans buku panduan & Iklan.

Friday, 17 October 2014

DIY Project #1

Lama dah tak ber 'DiY' sejak habis majlis kahwin 2 tahun sudah (cepatnya masa). Takde idea dan masa (alasan lagi) nak buat. Sebenarnya Nisa berpindah randah juga lah..dulu menyewa di Apartment tapi sekarang menyewa di rumah teres pula. Ye, masih menyewa...Sebab memang target nak duduk sekejap je dekat APartment, jadi memang takde hias-hias sangat rumah tu, asal ada kelengkapan asas sudah mencukupi. Tapi sejak pindah rumah sewa baru ni, macam-macam nak buat, tambahan pula owner bagi cat, ketuk dinding guna paku (baik punya owner, sewa pon bagi diskaun )

So this is my current DiY Project . Ini plan nak letak dekat dinding.Baru testing je, main-main lagi, lekatkan pon pakai stapler sebab nak testing tangan ni masih boleh DiY ke tak.

Bahan-Bahan

Kain Felt (boleh didapati di Daiso @ kedai kraf @ kedai pengantin)
Gam Tembak
Frame/Plywood/Mounting Board
Kain bercorak (takde dalam gambar sebab baru 1/2 jalan kerja

Cara-Cara

Oleh sebab saya malas nak tunjuk step by step, boleh rujuk link berikut untuk maklumat lanjut.

Source : On One Hand

Hasil penuh akan kelihatan seperti ini : (sumber google)

Lain tangan,lain hasilnya kan..


Jadi ex-B2B yang lain, masih adakah semangat DIY bila dah berkeluarga? Jawapannya...terletak pada anda sendiri..Say Yes if you still have the passion!

Thursday, 16 October 2014

Throwback Thursday-Review Wedding #5.Hand Bouqet

Sambungan review wedding 2 tahun lepas..ampun..lama perap gambar.Saja nak throwback sikit, wedding anniversary pon dah dekat kan..

My Crystal Purple Handbouqet was made by love by Shajaratul Design. Sebenarnya , Nisa menang lucky draw that was organized by Shajaratul Design. Inilah hadiahnya..Cantik sangat. Selepas majlis, sepupu lelaki jadikan bunga ni sebagai modal nak tackle awek dalam kenduri (apakah?)




My 2nd Handbouqet , i order from The Craft Portion handbouqet was made from various types of kain and material . Sebab tahan lama, so boleh recycle adik-adik pakai untuk majlis. Teringin jugak pakai fresh flowers tapi hanya tahan sementara so nisa pilih this types of bouqet




Wednesday, 5 March 2014

Newborn

Alhamdulillah..telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 22 November 2013 seberat 2.8kg.Tahun lepas punya cerita baru nak wrap tahun ni. Nak review pasal hospital, pasal doktor on the next entry la.(Kalau rajin).

Syukur juga dapat cuti 3 bulan..memang rezeki anak.Company announce pindaan cuti bersalin dipanjangkan dari 2 bulan ke 3 bulan pada 1 Nov.Ngam-ngam sebelum baby lahir.Banyak lagi pindaan dibuat , so kira memang bertuah badan la orang cakap.Walaupun boleh pakai cuti bersalin 3 bulan sekali je sepanjang kerja, pulun je la cuti 3 bulan kan.

Ni entry khas sebab rindu kat Zila, boleh gitu..? Dapat semangat sikit bila kawan-kawan blogger sokong satu sama lain.Akan cuba sedaya upaya untuk update and review mana yang patut.

Tepek satu dua gambar buat tatapan. Baby now at 3 months ++



Thursday, 31 January 2013

80 hari

wooo..rindu nak berblog..setiap hari bukak blog, jadi silent reader, tak komen apa-apa tapi selalu klik blog B2B yang selalu update.Tapi yang sorang ex-bride ni plak nan hado nak update.
 
Nak sangat review each details on the wedding.CD gambar kahwin memang sentiasa tersimpan dalam laptop ,daya nak  upload tu belum tinggi.
 
Well, it has been 80 days and 10 more days it wil be 3 months or 90 days of our marriage. Kehidupan sekarang, masih cuba membiasakan diri. Pada awal perkahwinan , kami memegang title weekend husband and wife.Suami bekerja di Gemas dan saya bekerja di Kuala Lumpur.Jadi kami mengambil keputusan untuk PJJ buat sementara waktu. Kami berdua berjumpa di rumah ibu bapa kami pada hujung minggu.Oh, did i mention that our parents house are 30 seconds away from each other? How easy is that.Well, bila hujung minggu cuma ada dua hari, kami berdua perlu bijak membahagikan waktu untuk tinggal di rumah kedua-dua belah pihak.Kebiasaannya , saya akan duduk di rumah mertua untuk makan malam atau minum petang pada hari Sabtu dan harus pulang ke rumah ibu bapa saya untuk tidur. Begitulah rutin kami sepanjang dua bulan pertama perkahwinan.
 
Keputusan suami untuk berpindah lebih dekat dengan saya amat saya hargai.Kebiasaannya isteri yang akan berbuat demikin, namun pengorbanan beliau tidak dapat saya bayar dengan wang ringgit. Sebelum kami berkahwin lagi, suami telah menghantar permohonan untuk berpindah.Permohonan sebelum kahwin dihantar awal untuk berpindah ke Seremban, namun begitu suami berubah fikiran selepas kami berkahwin dan menghantar satu lagi permohonan untuk berpindah ke Kuala Lumpur.
 
Allah lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNya.Permohonan awal suami ke Seremban diterima dan suami mula bekerja di tempat baru pada pertengahan Januari.Satu lagi keputusan perlu dilakukan.Weekend husband and wife rutin tidak boleh diteruskan.Jarak Seremban-KL itu memungkinkan saya untuk berulang alik setiap hari.Tapi pada awalnya,saya mencuba untuk pulang sekurang-kurangnya 3 hari seminggu.Bermakna 2 hari di KL dan 5 hari di Seremban.Rutin ini lebih memeningkan kepala.Stok baju di KL dan Seremban tidak sama rata.Jadi, untuk lebih fokus saya nekad untuk berulang alik setiap hari mulai Februari.
 
Keputusan untuk berulang alik disokong sepenuhnya. Dan dengan keputusan itu, perjalanan lebih dipermudahkan. Saya akan berkongsi kenderaan dengan jiran yang berkerja sebangunan di KL.Jadi tidak perlu ke stesen bas, hanya perlu ke rumah jiran tersebut yang jaraknya 5 minit dan menaiki kenderaan beliau serta akan terus berhenti di tempat kerja. Perbelanjaan memang bertambah.Namun begitu nilai perbelanjaan itu tidaklah setanding nilai tanggungjawab yang perlu dilakukan.
 
Status permohonan suami ke KL masih berjalan. Buat sementara waktu,suami perlu menerima dahulu tawaran pertama. Itu saja entri kali ini.Panjang pulak luahan hati..takde gambar sangat, meh tampal satu gambar bertandang


Monday, 31 December 2012

Review Wedding Vendors : Wedding Cake

Saya bukanlah penggemar kek, begitu juga husband. Puas memikirkan apa yang perlu kami potong masa upacara memotong kek. Anis kurang gemar kek bertingkat.Takut membazir dan takde orang makan (plus  budget banyak hanya untuk kek yang diri sendiri tak makan).Pulut kuning apatah lagi. Jadi berkeputusan untuk  memotong sebiji kek sahaja ditambah dengan sedikit hiasan dan cake topper di atas kek yang Anis DIY sendiri dengan bantuan pengapitku Ailyn.

Sumber inspirasi datang dari dua gambar di bawah ni.













Hasilnya pada hari kejadian.......






Anis tergoda dengan buah strawberry yang banyak di atas kek tu. Berulang kali tengok website dan terliur sampai satu hari sebab tak tahan sangat (sebab hari tu puasa) ,terus order .Plan asal nak cuba dulu, baru tempah betul-betul untuk wedding nanti, tapi dah alang-alang tu terus order untuk pakai masa wedding
The inside

Cake topper tu DIY.Minta tolong pengapit tolong buatkan sebab pengantin tak cukup tangan.

Bahan-bahan untuk cake topper huruf H & F

Kain Felt hitan
Font cantik ( pilih dalam word atau mana-mana template di website)
Batang Lidi
Gam

Cara-cara

1.Print font yang bersesuaian atas sekeping kertas kemudian ambil kain felt serta lekatkan bersama font tadi.Gunting ikut bentuk. Buat dua kali untuk setiap huruf supaya huruf tu boleh berdiri dengan sendiri .

2.Selepas itu gamkan font yang dah siap tadi di batang lidi.Nak tambah cantik,potong bentuk love atas kertas merah dan buat cara yang sama macam step 1.Dah siap.Mudah kan? itupun pengantin tak sempat buat sendiri dah.

untuk tempahan kek boleh layari

Facebook : AnisBakery
Website : AnisBakery.Net

Highly Recommended..!!!



2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...