Showing posts with label My Way. Show all posts
Showing posts with label My Way. Show all posts

Monday, 13 August 2012

Don't Judge the Wedding by It's Blog

Sejauh mana persiapan perkahwinan bakal B2B bukanlah diukur melalui kekerapan update blog kan? Senyap tak bermakna tak buat apa-apa. Memang tak tau nak update apa. Bila disenaraikan banyak lagi pending, so tak jadi nak update list yang tak berapa nak update sangat tuh..

Majlis saya tidaklah segah mana, semua perancangan dibuat sendiri dengan bantuan dan nasihat ibu bapa. Blog ini bersawang, tapi  persiapan tetap berjalan, cuma tidak serancak sama seperti tidak rancaknya blog ini berupdate mungkin.

Sekarang tengah cari crepe paper aka tissue paper yang diingini. Pergi kedai hari tu borong sampai RM50, dekat 100 helai crepe paper. Auntie bagi RM 0.45 sehelai. Bagi sesiapa yang tinggal di N. 9, Kedai ni terletak berhampiran dengan Bank Rakyat Seremban. Sampai Kat Traffic Light dekat Bank Rakyat tu, korang belok kanan, pastu nampak la kedai tu. Ada tiga kedai jual barang-barang kahwin, korang pandai-pandailah tawar menawar. Dekat Mydin ada jual jugak dalam 36 sen sekeping tapi dalam satu bungkus dah siap pack 10 keping warna bercampur, so ada kaler saya tak nak, reject untuk beli kerana akan berlaku pembaziran di situ.



Sekarang tengah cari tissue kaler merah hati, merah jambu (bukan pink tau, kalau dalam pensel warna 12 batang tu ,warna ni terletak sebelah merah hati). Kat mana lagi kat KL ni boleh cari? Kat kedai semua House tu semua dah cari but semua colour yang nak takde..

Banyak DIY pakai tissue paper.Dulu senang je nak cari colour macam-macam, tapi sekarang susah mungkin sebab penggunaan tissue paper ni dah famous, ramai yang beli.

Kat aats ni one of my DIY project last year for my manager promotion aka farewell. Pakai frame Ikea , Doily Paper and Crepe Paper of course. Seminggu bertungkus lumus nak siapkan. Wedding pun ada nak buat projek macam ni tapi ada innovate sikit-sikit.Doakan semoga berjaya (dalam gambar tu alamat blog bisnes saya yang hangat-hangat tahi ayam,huhuhu)

Wednesday, 11 July 2012

Wonderful Wednesday


Weddings are meaningless without them. 
F.R.I.E.N.D.S. 
They make your wedding priceless and blissfull

Tuesday, 22 May 2012

Bride to Be 2012

Di kala ini baru nak sedar diri bahawa telah masuk waktu azan..eh..silap..masuk zon bride to be. Rasa macam dah lewat sangat.sebelum ni asyik follow tengok saja B2B share their preparations and get some tips from them.

Sekarang, baru tersedar..dan bila tersedar sebenarnya tinggal 5 BULAN lagi ye. dan saya masih di tahap survey. Di tahap ini dengan hanya baru jumpa kedai jahit atau kedai bunga yang diingini telah membuatkan hati lega.Walaupun semuanya rasa macam dah lambat sangat. Saya sengaja letak ticker di atas sebagai peringatan.

Mulai saat dan tika ini saya akan mula berblog mengenai perkahwinan saya.Saya akan jadikan blog ini sebagai jurnal.Walaupun dah ada buku jurnal siap bertampal semua benda yang berkenaan, namun blog ini merupakan platform untuk rujukan.

Tidak kesah samada ada yang membaca atau tidak. Mulai saat ini tak kisah samada ada yang nak stalk or bercakap belakang silakan. Saya cuma menulis kerana ingin menulis, bukan kerana sebab lain. (ohh..mungkin sebab nak menjana pendapatan dari nuffnang). Itu pun saya tak tau.

Jadi kepada sesiapa yang membaca dan follow, teruskan membaca. Pada sapa yang nak add sila lah. Jangan malu jangan segan. Kepada sesiapa yang nak cakap belakang..(memang aku kesah), so what? . Till next writing.

Tuesday, 23 August 2011

Duit Raya

Minggu ini , unit kami sibuk menukar duit raya. Memang kebiasaannya unit kami yang volunteer jadi orang tengah untuk pertukararan duit raya memandangkan unit kami banyak berhubungan dengan bank. Hari ini masuk hari kedua atau pusingan kedua pertukaran duit raya. Bagi mereka yang sempat di pusingan pertama saja yang berkesempatan menukar duit raya kepada RM10.Pada pusingan kedua kami dimaklumkan stok RM10 telah pun habis.

Berpinar-pinar mata kira duit.Bagi yang bekerja di bank , nilai yang kami kira itu biasa namun bagi kami yang berdepan dengan nombor tanpa memegang duit itu sendiri,memang terkebil-kebil dibuatnya. Itulah dah menjadi kebiasaan dengan paperless money, bila tengok duit betol jadi tak keruan.

Wednesday, 22 June 2011

Jejaka Pilihan

A : Hanisah, u dah bertunang ke? siapa jejaka pilihan tu? ke i yang outdated? oommmggg!!

B : Aku puaslah dok belek-belek FB kau cari siapa jejaka pilihan kau.Mana tau dok terselit kat mana-mana gambar ke.

Kenyataan rasmi : Saya belum bertunang tetapi sudah dirisik beberapa bulan yang lalu. Dia seorang yang sederhana dan buat ketika ini empunya diri masih kekal misteri. Bagi kalangan teman rapat, sudah diberitahu. Dan sudah tentunya ada beberapa orang telah melihat beliau dari FB (kerana saya sendiri yang link FB beliau kepada mereka).

Saya telah temukan housemates saya dengan beliau dan alhamdulillah menerima reaksi postif. Doakan beliau yang terbaik untuk saya dan doakan supaya saya dan beliau boleh bercinta sampai syurga. Semoga ke syurga FIRDAUSi hendaknya..

Addicted to B2B blog

Ok.Sejak dua menjak semakin hampir dengan hari kejadian, saya telah mula addicted membaca blog bakal-bakal pengantin. Punyalah banyak idea dalam kepala.Padahal nak tunang je.Baru 30% menuju hari kejadian.Dah menggelabah

Blog list utk wedding makin bertambah dari hari ke hari sampai dah tak boleh tambah (maybe jammed).Dah berkenan kat design atau konsep-konsep sesetengah B2b tapi lupa yang mana satu.Aish..kena make a list..buat buku idea.Nasib baik dah ada checklist dalam komputer.

Macam nak ubah blog ni jadi B2B tapi rasa macam kesuntukan masa.so abaikan lah..biar je berjela list b2b blog.AAK (Ada aku kesah?). Malam dah merangkak ke 1 pagi.Apalagi,buku conteng dicapai untuk design kad..eh.tunang pon nak ada kad? Over..tengok dulu tahap kerajinan.Bagi rakan-rakan terdekat, doakan kad saya tu dapat dijayakan dengan sepenuhnya kerana penerimanya adlah anda juga nanti.

Wednesday, 6 April 2011

Kenangan mengusik kalbu

Baru aku mengerti istilah kenangan itu mengusik kalbu.
Situasi di pasar malam. Seorang perempuan memesan Kuey Tiaw Goreng daripada brader gerai yang bertungkus lumus membungkus pesanan. "Bang, saya nak ini dan campur yang itu sekali" Selesai brader itu membungkus dengan gaya innocent dia menoleh ke belakang "Awak, bayar kan"- sambil menunjuk ke arah Kuey Tiaw tadi. Dengan gaya gentleman (dan mungkin terpaksa ) si lelaki mengeluarkan not berwarna hijau dan menghulurkannya kepada perempuan tadi. Perempuan tadi tersipu malu (tapi mahu) lalu membayar Kuey Tiaw yang dipesannya. Maka berlalu pergi sepasang kekasih menelusuri hiruk pikuk pasar malam. Dari gaya dan pemakaian kelihatannya mereka adalah pelajar universiti (obvious sangat sebab pakai baju tertera nama universiti kot!). Melihatkan situasi ini, teringat aku zaman universiti melihat rakan-rakan mempunyai teman pendamping sendiri dan tidak terkecuali aku. Insiden itu benar-benar menusuk kalbu menyingkap memori masa lalu. Hendak dan cuba dibiarkan berlalu tanpa ia singgah di fikiran namun ia tetap menjengah. Mungkin sekadar imbasan supaya aku sentiasa sedar siapa diriku yang sebenar.

Sunday, 20 March 2011

Pre Engagement

Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar di peringkat pertama. Orang putih kata pre engagement..orang Melayu panggil merisik.



Ok.Nak cerita panjang tak tau plak..Happy je

Saturday, 19 February 2011

Permulaan

Satu pengakhiran adalah tanda bagi suatu permulaan yang baru
Yang baru kini sedang mengorak langkah

Yang bertanya akan sentiasa tertanya
Bila?
akan datang..semua masih dalam peringkat perbincangan

Jangkaan :
Nantikan hasil perbincangan nanti
nak cari rotan..nak buat cincin..

Monday, 7 February 2011

Warkah yang ditemui

Dulu..

Memang aku harap orang itu akan membacanya
akan fahaminya
akan dalami setiap baris dan ayat
akan selami setiap maksud tersirat
tanpa aku ungkapkan sebaris kata
sangat aku pinta orang itu baca

Sekarang..

aku tak mahu dia menilai aku
aku tak mahu dia memerhati
sebab tulisan yang terpatri
bukan untuk menagih simpati

Kini..

Mana lagi aku nak sembunyi
biarkan saja dia terus di sini
terus membaca kebahagiaan yang dinanti

Waktu..

Teruslah pantas berlalu
Agar aku terus lupa memori itu
Biar kekadang menjengah sanubariku
Namun ku terus harap kita tidak bertemu
kerana memori bersama dia
tak mahu ku ingat selalu.

Memori..
Andaikanlah aku dan dia tak pernah bertemu
Andaikanlah aku tak pernah mengenalinya
Andaikanlah dia tak pernah hadir di dunia

Wednesday, 19 January 2011

Cuba-cuba

Ada terbaca entri untuk BFF contest. Tengok hadiah agak lumayan so macam nak masuk tapi bila dah dekat tengah januari tu blog berkenaan susah plak nak masuk. Sebab nak mencuba sangat, so i pun goooggle mana2 blog yang ada entri pasal contest tersebut. Tapi bukti penghantaran email bukanlah bukti penyertaan. So, kenalah tunggu sama ada gambar tersebut dipilih untuk disenarai pendekkan. Tarikh tutup penyertaan diawalkan keraa terlalu banyak penyertaan. agaknya eightdesignboutique pun pening nak pilih gambar terbaik.


Jadi bab memilih gambar pun satu hal yang agak sukar. Daripada sesi photoshoot yang lepas, ada berkenan dua gambar. So, sebab suka sangat..i combined both the picture to one. Credit besar to Kameramin

Tunggu esok (Khamis) 12 tengahari samada gambar ni terpilih ke tidak. Wish me luck!

Thursday, 13 January 2011

Model Photoshoot

Nantikan entri seterusnya..sebelum tu,lihat-lihatlah hasil peragaan model tak bertauliah..for more details refer to..Cik Soleha entry (Photoshoot @ Putrajaya). Tumpang lalu pada entry kamu ye Soleha










BAKIT @ Bukit Cerakah

BAKIT? kuih bangkit ke..bukan...bukan.BAKIT ialah singkatan bagi Badan Kebajikan Telekom Malaysia. Sabtu lepas, berpeluang juga Cik Nisa dan 3 housemates merangkap rakan seperjuangan menyertai program bersama BAKIT yang diadakan di Bukit Cerakah.Nasib baik pernah pergi tempat ni , tambahan pula penunjuk arah dari Mina (roomates) sepanjang perjalanan banyak membantu kami sampai ke destinasi.

Secara asanya program ini adalah anjuran pelajar luar kampus UUM dan ditaja oleh pihak BAKIT.So, kami bertiga datang memang gaya penaja . Walaupun tidak dapat menyertai acara sebelah petang, namun acara pada pagi hari itu memang sangat menarik. Ini merupakan program motivasi bersama anak yatim orang asli. Pada asalnya kami sangkakan orang asli ini tidak fasih berbahasa Melayu.Namun, mereka ini sebenarnya faham dan fasih berbahasa Melayu malahan beragama Islam. Secara keseluruhannya,program ini bertujuan memberikan suntikan semangat bagi anak-anak orang asli ini supaya mereka berjaya dalam hidup. Jadi mari lihat beberapa gambar ehsan dari photographer program.(Cik Nisa bawa Kamera tapi tak bawak memory card,bijak,bijak)
Anda adalah apa yang anda fikirkan-peserta yang dipijak telah ditetapkan mindanya supa berfikir bahawa dia sekuat besi sehingga dia mampu menampun berat 85kg

Bersama penaja dan penganjur.Yang berbaju merah dan hijau adalah housemates saya!

Tuesday, 4 January 2011

Ubahsuai Rumah


Rancangan untuk mengubahsuai rumah telah lama dirancang dan kebetulan hanya dapat dilaksanakan sekarang kerana mempunyai sumber modal yang mencukupi.Sekiranya desas desus yang mengatakan pengubahsuaian rumah ini dilakukan kerana ingin menyambut kedatangan orang baru , mungkin ianya satu kebetulan. Jadi, nantikan kisah seterusnya setelah rumah siap dibina. (Rumah siap dibina,mungkinkah paluan kompang yang akan berbunyi?)

Sunday, 2 January 2011

Dua Ribu Sebelas


Posing kat kampung


Tahun 2011 menyingkap tirainya. Perkara teratas dalam senarai tahun 2011

  • Menghadiri majlis perkahwinan Fadilah Jamaludin




    Tahniah Fad atas pernikahan kamu. Ramai juga rakan-rakan yang hadir bagi memeriahkan majlis.Namun saya tidak berkesempatan bergambar dengan rakan yang lain memandangkan perjalanan ke rumah pengantin yang agak jauh.Dari Seremban singgah KL terus ke Kapar. Siap boleh solat jamak lagi.Apapun yang penting bergambar dengan pengantin adalah satu kemestian walaupun hanya dengan pengantin perempuan.(Tak sempat jumpa Cik Sol and Eira-sangat sedih-next time yea)




Pada malam yang sama buat family dinner gathering. Cuba makan kat restoran baru dekat seremban 2.Kedudukannya berhadapan Jusco Seremban 2 dan bertentangan dengan sebuah restoran Cina.
Menu Recommended
  • Ikan masak asam nyonya
  • Kailan Oyster
  • Sotong Black Pepper

Nak tulis banyak-banyak kat entry meleret pula.Uihhh..esok dah start keje balik.Genap 6 bulan saya bekerja di situ..Mudah-mudahan dapat memulakan kerja dengan semangat baru.Azam tahun baru? Yes..i'm still listing it. But this morning, tergelak besar baca komen kawan kat Group Alumni MPP.


    Aman..Aman..Nantikan lah mana-mana kad jemputan.Takkan ku lupa andai ada undangan

Friday, 31 December 2010

Teaser


Agak-agak ,pernah ke orang buat banner kahwin guna muka ibubapa?Should try also!
Berangan lebih..ada duit boleh la

Thursday, 23 December 2010

8 Bulan

Sedar tak sedar sudah masuk penghujung tahun 2010. Banyak berlaku sepanjang tahun ini. Tapi yang nisa perasan sangat, dah 8 bulan rupanya berlalu sejak perpisahan nisa dan ex bf pada bulan april lalu.Fuhh..8 bulan? kalau ibu mengandung,perut nak besar..tinggal tunggu masa 1 bulan nak bersalin.

Apapun, ex bf nisa sekarang sedang pulih dari kecederaan yang dialaminya akibat kemalangan tempoh hari.Kesian.Cukuplah kunjungan di hospital sebagai ziarah saudara seislam.

Mulakan hidup baru. Telah beri peringatan kepada teman serumah supaya melarang Nisa menghubungi ex bf untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku

Sekian-8 bulan

Tuesday, 21 December 2010

Officially Grad from UiTM



Yeay! Akhirnya dengan secara rasmi telah bergelar lepasan ijazah dari UiTM.Ya..saya berbangga akhirnya telah tamat pengajian 2 tahun ijazah sarjana muda PENGKHUSUSAN Kewangan. Kenapa nak semua huruf besar pada pengkhususan?saja sebab KHUSUS. Disebabkan masa diploma dulu tak sempat nak bergambar sakan, so this time around saya telah mengupah seorang photographer profesional untuk merakam detik kegembiraan. So far, photographer http://kameramin.com/ sangat bagus dari segi PR dan juga kualiti kerja.




4 of housemates get ANC!






Mesti tercari-cari siapa teman istimewa nisa currently kan? (ada ke patut,perasan!)No..no..no..anda tidak akan dapat melihatnya di hari istimewa ini. Sebab beliau tidak dijemput. Dan currently bf tidak wujud dalam kamus nisa sebenarnya. Kalau ada pun mungkin cuma insan yang bergelar calon suami.



Kalau dulu boleh la bergambar ngan bf.Tapi since dah jadi ex bf so capturing moments with family is much better.


Nisa upload a few pictures just to share.Ada upload banyak di FB

.Tunggu 2 minggu nak dapat DVD Konvo. Anyway, worth waiting for.

Friday, 19 November 2010

Sekitar Aidiladha


Antara lembu yang dikorbankan.Lembu 1..siap ditag


Salam Aidiladha diucapkan kepada semua. Tahun ini saya beraya di Seremban. Memandangkan cuti raya di pertengahan minggu maka sambutan kali ini diraikan di Seremban. Walaubagaimanapun ia tetap meriah dengan 11 ekor lembu telah berjaya dikorbankan dan diagih-agihkan. Berkat tenaga dan usahasama jiran tetangga,kerja yang banyak rasa sikit je. Bak kata pepatah," Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

Adeh..kena pulak potong ayam

Ayam...

Sepakat membawa berkat

Salam Aidiladha!

Monday, 15 November 2010

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...