Showing posts with label Serenity. Show all posts
Showing posts with label Serenity. Show all posts

Sunday, 23 August 2009

Kawan atau musuh

Setelah habis burger MCD dimakan,kami duduk sembang-sembang,,assignment,lecturer,kawan dan....

Lalu satu persoalan timbul di mulut seorang rakan..

"Kau ape citer ngan si A tu?"

"Aku tak tegur dia la sangat.Kau tau tak apa motif dia buat statement camtu kat friendster?"

"Yang aku tau dia macam nak attract attention kau"

"Apa masalah dia sebenarnya?"

"Maybe frust kot..pasal pertandingan....dan pasal kau"

"Pasal aku?kan benda tu dah lama..(2 tahun)..takkan la pasal aku lagi.Bila dia cakap dia frust pasal aku tu"

"Baru-baru ni gak,kau tegur-tegur la dia.Jadi kawan je sudah..elok-elok la"

"Aku bukan tak nak elok-elok ngan dia.Aku tak nak jadi lebih dan over plak dia nanti"

"Kau baik-baik la dengan dia"

"Tengoklah camne nanti"

Isu gaduh-gaduh ni timbul entah bila pun saya tak tahu.Tapi seingat saya sebab tak nak ajar atau study group dengan si A dan keluarlah kenyataan dia yang bagi saya tidak munasabah.Memanglah elok kalau ilmu itu dikongsi bersama.Tetapi biarlah dengan cara yang betul.Saya ini pun bukannya ilmu penuh id dada.so takde la confidence sangat nak ajar orang.lagipun bukankah lebih elok kalau si A ini merujuk kepada pensyarah atau rakan sejenisnya.Saya cuma ingin mengelakkan cakap-cakap orang kerana saya tahu benar kalau diajak study bersama,hanya kami berdua saja nanti.Tidak manis..Maaflah kalau saya berfikiran kolot.Kalau diajak study ramai-ramai tak mengapa.Tapi kalau berdua saja ,memang reject la.

Jadi,saya akan pertimbangkan balik cadangan rakan untuk berbaik semula dengan si A.Bak kata orang,komunikasi adalah sangat penting.Tunggu dan lihat sajalah nanti.

Thursday, 6 August 2009

Maklumat Praktikal


Blog ini merupakan inisiatif penyelia bahagian Latihan Praktikal dan Industri bagi siswa/siswi menggunakan kecanggihan teknologi bagi mengetahui informasi dan maklumat terkini bagi Latihan Praktikal dan Industri di UiTM Johor.Mungkin tidak ramai yang tahu mengenai blog ini.Cik Nisa pun baru dapat tahu daripada Abg JE..credit to him la via FACEBOOK.Memang fenomena facebook ini banyak membantu.Daripada blog ini pelbagai informasi seperti pengumuman tarikh penting praktikal,senarai advisor-advisee dipaparkan.

Jadi jangan ketinggalan,bagi pelajar UiTM Johor yang bakal atau sudah jalani praktikal layari

http://uitmjohor.blogspot.com

Tuesday, 4 August 2009

Buletin MPP dikritik hebat

Buat julung kalinya pada semester ini,MPP UiTM Johor berusaha menerbitkan Buletin MPP di bawah kelolaan Biro Publisiti bagi menyebarkan informasi dan maklumat.Namun begitu,usaha itu dilihat seperti 'melepas batuk di tangga'.Buletin yang sepatutnya menjadi wadah pemancar idealisme pemimpin pelajar ini tidak sehebat seperti yang dijangkakan.

Buletin MPP kali ini hanya memaparkan isu semasa yang diketahui umum dan mudah didapati di media massa yang lain.Begitulah yang dikomen oleh pensyarah Strategic Managment kami.PM Kamel telah mengkritik hasil buletin ini dan mengatakan buletin ini ketandusan idea dan kurang mencapai objektifnya.Banyak yang perlu diperbaiki dari segi idea,gaya penulisan,pemilihan bahan dan rencana serta susun aturnya.Justeru,beliau telah memberikan beberapa cadangan untuk memperbaiki mutu penulisan buletin tersebut seterusnya meningkatkan kualiti MPP sebagai suara mahasiswa.Di kesempatan kelas petang itu telah dipenuhi dengan perkongsian idea dan contoh sebuah buletin yang pernah sensati suatu ketika dahulu di UiTM Johor iaitu The Executives

The Executives merupakan buletin yang diterbitkan sekitar awal tahun 1994 oleh pelajar Diploma Perniagaan ketika itu bagi memenuhi keperluan markah bagi subjek PERSONAL RELATION.Buletin ini bergerak di bawah bimbingan PM Kamel dan 300 edaran diterbitkan bagi setiap keluaran dan diberi secara percuma kepada pelajar.Pada peringkat permulaan,buletin ini hanya memuatkan sedikit ruangan dang beberapa karya puisi.Melihatkan sambutan yang kurang memuaskan,penasihatnya ketika itu iaitu PM Kamel bertindak meningkatkan mutu bahan yang dipersembahkan dengan mencetak The Executive dalam tulisan berwarna.Namun begitu usaha itu juga tidak membuahkan hasil.Lalu kesemua editor dan penulis menggembleng tenaga dan mengerah keringat menghasilkan tulisan yang bermutu.Akhirnya,buletin ini mula mendapat perhatian ketika satu artikel yang mengkritik salah sebuah program yang dianjurkan di UiTM Johor sendiri.Program itu dikritik hebat dengan laporan mengatakan program berkenaan tidak terurus,kucar-kacir dan tidak menggambarkan persatuan berkenaan.Hasilnya,pensyarah juga mula menjadi pembaca setia The Executives.Sejurus saja Executives mula mendapat sambutan,lebih banyak isu dan cerita menarik menjadi kupasan antaranya 'Budaya Apakah itu?', Pembaziran di Dewan Makan dan sebagainya.The Executives juga menyajikan ruangan gosip yang memberi peluang kepada penulis bebas bercerita mengenai gosip di kampus.

Ke mana menghilang sebuah buletin yang sensasi suatu ketika dahulu?Saya pun masih tertanya.Mengapa budaya penulisan ini tidak diteruskan dan mengapa buletin yang diterbitkan di kampus sekarang tidak sehebat dulu?

Sewajarnya pihak editor bahagian MPP mewar-warkan dengan lebih hebat mengenai ruang untuk menulis di buletin ini.Saya yakin pasti ramai mahasiswa/mahasiswa uitm johor yang kaya dengan idea serta boleh mencurahkan pandangan dalam pelbagai bidang.Benar seperti apa yang dikata buletin MPP merupakan cermin pada mahasiswa universiti.

Alangkah bagusnya suatu hari hasil tulisan saya juga terpilih mengisi ruangan dalam buletin.Sebagai mantan MPP,saya menyokong usaha mereka menerbitkan buletin ini.Malah usaha buletin ini sudah bermula sejak dulu lagi cuma barisan kepimpinan MPP mungkin ketandusan idea kerana terlalu sibuk menolong melakukan perkara yang tidak penting atau menjadi office boy. Tugasan ini perlu didelegasikan kepada seseorang yang mahir dalam bidang penulisan dan mempunyai gaya bahasa yang baik.Dari segi penyusunan pula, boleh diserahkan kepada ajk yang mahir dalam bidang IT.Anda mempunyai kemahiran itu di barisan kepimpinan cuma perlu dikenalpasti dan diterokai bakat-bakat yang terpendam.Ingatlah,anda merupakan pilihan para pelajar biarpun ada diantara kalian yang terpaksa mengisi kekosongan kerusi kepimpinan atas dasar menolong sahaja.Ambillah peluang selagi ada dan terokailah potensi diri untuk kebaikan masa hadapan.

Tuesday, 28 July 2009

Fasilitator Induksi FISA

Cuti diumumkan bagi seluruh UiTM.Sangkanya UiTM Johor ada kes H1N1 rupanya UiTM buat pelarasan seluruh sistem.Walaupun diumumkan cuti,tapi aktiviti persatuan masih dteruskan.Memandangkan saya menjadi fasilitator program INDUKSI FISA,maka tanggungjawab perlu dilaksanakan/

Setelah sekian lama menyepikan diri menjadi fasilitator,akhirnya sekali lagi saya menceburkan diri dalam program yang melibatkan pelajar baru dan senior.Tidak banyak beza dengan program terdahulu ketika diploma tetapi pelajar baru di peringkat ijazah ini lebih matang dan mampu melahirkan idea-idea yang bernas.Ini terbukti semasa mereka mengerahkan idea dan masa untuk mencipta idea-idea nama baru bagi FISA yang akan berpisah dengan Islamic banking Students.Beberapa nama menarik muncul antaranya B.FaSS,Finas,bafis dan sebagainya.

Majlis penutup diakhiri dengan jamuan makan..Laksa Penang dan Sate.Akhirnya dapat dihabiskan juga.Pada mulanya ajk FISA menyangka pelajar tidak datang kerana pengumuman cuti namun pelajar baru menunjukan komitmen yang tinggi.Mungkin juga kerana mereka dimaklumkan validasi mereka tidak sah sekiranya tidak menghadiri program ini.Ikhlas atau tidak mereka ini..bergantung lah..

Thursday, 16 April 2009

Minggu Ulangkaji

"Saya sebenarnya tak galakkan
student balik kampung semasa study leave"
Itulah kata-kata kebanyakan pensyarah di sini.Sepatutnya minggu ulangkaji digunakan untuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran serta bertanya pensyarah subjek yang kurang difahami.Bukannya balik kampung bersuka ria.
Tetapi begitulah fenomenanya di kampus, pelajar akan balik kampung dengan alasan ingin meinta restu daripada ibu bapa.Sebenarnya,perkara lain yang dibuat.
Semasa minggu ulangkaji kali ini, saya gunakan separuh daripadanya untuk berehat di rumah.Walaupun buku-buku semua dibawa pulang sekali kononnya akan mengulangkaji di rumah tapi hakikatnya, televisyen terhidang depan mata.Buku pun semakin dilupa.Aduhai..apa nak jadi.Ditambah pula pelbagai urusan yang perlu diselesaikan di rumah.
Walauapapun,sekembalinya saya ke Segamat ini dengan harapan akan kembali semula semangat belajar.(berkobar-kobar di dada).Semoga semester ini bakal melakat kecemerlangan yang lebih baik.AMIN.

Monday, 13 April 2009

Malam Kecemerlangan Akademik

Tarikh : 11 April 2009
Masa : 8:30 malam
Tempat : Dewan Sri Temenggong
Sasaran : Penerima Anugerah Dekan sessi Julai-Nov 2008
Penganjur : Unit Kualiti , UiTM Johor dengan Kerjasama MPP 2009/2010


















4 of Us....















My bro..deserves to go too!
Red carpet


"Mudah-mudahan majlis ini juga menjadi pemangkin bagi yang lain serta
yang hadir dalam dewan bagi meneruskan kecemerlangan akademik pada masa akan datang..AMIN."

Thursday, 9 April 2009

Pn Faridah dan PhD

Tahniah kepada Pn Faridah kerana akan melanjutkan pelajaran (PhD) ke Melbourne.Hari ini, kelas terakhir, menghabiskan sisa presentation yang belum selesai.Habis sahaja kelas tengahari itu, kami pun dijamu dengan soto.Pn faridah belanja..makan dalam kelas.Kami pun buat kejutan sendiri.Bagi kek kat Pn Faridah sebagai tanda ucapan tahniah.Emm..hilanglah seri UiTM Segamat.Pn Faridah sudah 2 kali mengajar saya.Dulu sewaktu diploma beliau mengajar..alamak terlupa plak.Sekarang mengajar Islamic Finance.Seronok sebab ajar faham.Mulai sem hadapan, ramai pensyarah senior akan melanjutkan pelajaran,antaranya En Sukor dan En Syamsyul.Kami akan merindui mereka semua..Semoga mereka berjaya mencapai cita-cita.
Apa yang penting hari ini, saya makan hingga kekenyangan.Sejurus sampai di rumah terus baring di tilam walaupun niat asalnya nak siapkan tugasan En Khai yang perlu dihantar segera.Waduh..sedapnya soto.Selera dan Kenyang!

Friday, 13 March 2009

Kembara

Mudahnya bersolat walaupun kita dalam kembara..Mengapa saya berkata begitu?

Hati tersentuh dengan sikap pemandu bas semasa lawatan kami ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam perjalanan pulang ke Segamat, malam telah menjelma.Waktu Maghrib telah tiba sewaktu kami melalui Tangkak. Selepas sahaja menghantar pensyarah ke Tangkak, perjalanan diteruskan.Saya sangka saya malam itu saya akan bersolat di dalam bas.Sekadar solat menghormati waktu.Harapnya pulang nanti diqadakkan solat itu.Namun begitu beberapa minit selepas keluar dari Tangkak, bas berhenti di sebuah surau di tepi jalan.Alhamdulillah!Allah mempermudahkan urusan hambaNya untuk menunaikan solat. Pemandu bas itu menghormati waktu dan sentiasa mengingati perintahnya.Syukur kerana mempunyai staff UiTM yang menerapkan nilai murni seperti ini.
Sedang saya bersiap untuk menunaikan solat, kedengaran suara lelaki di sebalik tirai mengimamkan solat.Suara seperti selalu kedengaran.Apabila diamati suara itu, nyata sangkaan saya benar,seorang rakan lelaki mengimamkan solat jemaah bersama-sama rakan lelaki yang lain termasuk pemandu bas tadi.Semoga imarah mereka semakin mengikat ukhwah antara mereka.
Syukur perjalanan kembara ini dipermudahkan jalan dan selamat tiba ke destinasi.

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...