Showing posts with label Weddings. Show all posts
Showing posts with label Weddings. Show all posts

Monday, 31 December 2012

Review Wedding Vendors : Wedding Cake

Saya bukanlah penggemar kek, begitu juga husband. Puas memikirkan apa yang perlu kami potong masa upacara memotong kek. Anis kurang gemar kek bertingkat.Takut membazir dan takde orang makan (plus  budget banyak hanya untuk kek yang diri sendiri tak makan).Pulut kuning apatah lagi. Jadi berkeputusan untuk  memotong sebiji kek sahaja ditambah dengan sedikit hiasan dan cake topper di atas kek yang Anis DIY sendiri dengan bantuan pengapitku Ailyn.

Sumber inspirasi datang dari dua gambar di bawah ni.













Hasilnya pada hari kejadian.......






Anis tergoda dengan buah strawberry yang banyak di atas kek tu. Berulang kali tengok website dan terliur sampai satu hari sebab tak tahan sangat (sebab hari tu puasa) ,terus order .Plan asal nak cuba dulu, baru tempah betul-betul untuk wedding nanti, tapi dah alang-alang tu terus order untuk pakai masa wedding
The inside

Cake topper tu DIY.Minta tolong pengapit tolong buatkan sebab pengantin tak cukup tangan.

Bahan-bahan untuk cake topper huruf H & F

Kain Felt hitan
Font cantik ( pilih dalam word atau mana-mana template di website)
Batang Lidi
Gam

Cara-cara

1.Print font yang bersesuaian atas sekeping kertas kemudian ambil kain felt serta lekatkan bersama font tadi.Gunting ikut bentuk. Buat dua kali untuk setiap huruf supaya huruf tu boleh berdiri dengan sendiri .

2.Selepas itu gamkan font yang dah siap tadi di batang lidi.Nak tambah cantik,potong bentuk love atas kertas merah dan buat cara yang sama macam step 1.Dah siap.Mudah kan? itupun pengantin tak sempat buat sendiri dah.

untuk tempahan kek boleh layari

Facebook : AnisBakery
Website : AnisBakery.Net

Highly Recommended..!!!



Friday, 16 November 2012

Officially married 10.11.12


Source Picture : Faridism Photography

Alhamdulillah..Officially married to Mr Muhamad Firdaus Abdullah. Hujan gerimis mengiringi majlis pernikahan petang itu. Mudah-mudahan waktu itu menjadi salah satu waktu doa dimakbulkan oleh ALLAH.

Bahagia menjadi isteri dan masih belajar menjadi seorang isteri yang solehah. Mudah-mudahan hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat..Amin.


Friday, 2 November 2012

Progress DIY # 3

Setiap kelopak hasil guntingan jerit payah sendiri.Pernah terlintas dan tergerak di hati nak beli je bunga yang sedia ada di kedai. Tapi sebab beria sangant nak buat sendiri bunga. Hasilnya jadilah begini. Gubahan adalah hasil tangan adik bongsu. Cuma bunga kertas hasil tangan Nisa sendiri. Untuk pengetahuan semua, bunga ni diperbuat daripada crepe paper keras.Yang dijual dalam gulung dikedai.



Nak buat sedikit penambahan untuk menaikkan seri.Kena cari kain net,lace atau reben kot.Pandangan anda semua bagaimana?



Thursday, 4 October 2012

The Spare Wedding Shoes

Ibu nisa raise a concern mengenai wedding shoes. Katanya

Ibu : Kasut yang pakai buat jalan kat luar rumah tu takkan la nak bawak masuk rumah? nanti kotor rumah

Saya : Takpe ibu, nanti long cari kasut spare untuk pakai dalam rumah je


Yup, nisa jumpa kasut ni on clearance sale di Times Square.Sangat murah,you will be surprised,tak kisah la kalau orang kata tak elok atau tak cantik,yang penting i'm loving it. Kalau nak beli kasut di Times Square,kena pandai cari kedai,rajin-rajin pusing.Alhamdulillah Nisa tak banyak kali pusing pun sebab sebelum ni pernah jumpa kedai ni cuma tak ada saiz dan takde design yang berkenan.

Sepasang kasut ini akan digunakan hanya di dalam rumah.Berbaloi untuk kasut yang hanya akan dipakai sehari.

Wednesday, 19 September 2012

Baju Persalinan

Baju Bertandang dah siap jahit..Hari tu singgah kedai saja nak tanya boleh tak tukar kaler lace untuk finishing tu.Sekali dia cakap baju dah siap, tapi belum beading je.Wah apa lagi, ambil kesempatan fitting, overall i like it ! Mula-mula pakai rasa macam tak muat, Pelik juga sebab berat badan maintain. Rupanya tak bukak zip sampai habis,Kalut punya pasal sebab kedai pun dah nak tutup masa tu. So tinggal tunggu outcome bila dah beading nanti.Baju tentatively akan diambil pada hujung bulan 10, saja ambil awal dan set kan tarikh untuk tailor siapkan 2 minggu sebelum majlis.Vendor ni kat KL.Will be reveal later.

Baju sanding pulak, bahagian atas almost siap,kain tak siap lagi. Tailor kat Seremban suruh ambil minggu depan. Untuk tailor seremban nisa hantar untuk jahit baju je,tak minat sangat dengan beading di kedai tu,so decide to find Beading & Lace Expert.

My List of Beading & Lace Expert

1. Zaza Beadme Please
2. Pearlnity
3.Beads & Bling
4.Hariz and Team Wedding Services
5.Dyang Lovely Lace.

Belum hantar lagi ke beading , Yang lain ada cadangan tak? Nisa memang tak reti menjahit,Bahagian seni lain boleh tapi bukan seni jahit. Kalau ada cadangan share ye.

Tuesday, 18 September 2012

Final Kad Kahwin

Akhirnya, siap sudah kad kahwinku.Takde la drama sangat. Nisa memang target cari vendor di Pameran Pengantin.So,tarik sekali Mr Fiancee to survey and book together masa Pameran Pengantin Julai lepas. Susah juga nak cari yang berkenan. Kriteria utama, Mr Fiancee mesti berkenan pada design vendor tu..Berjam-jam pusing, akhirnya jumpa.Surprisingly Mr Fiancee minat design yang kartun-kartun,but not me.Since we can do separate card (yes!separate card eventhough we live in one area), i just agree on what he choose for his side.

And what he like is



The final product to match the theme



As for me, kena la cari design yang berkenan di hati di booth vendor yang sama.Boleh la dapat diskaun ke bunting free ke kan..

And i found what i have been searching for




And the final product.

 
Nampak macam nipis, tapi itulah spesifikasi kertasnya 210gsm art card. Sampul kosong sebab nak pakai setem RM0.60 je. Nisa minta ubah sikit-sikit supaya nampak la gaya Galaxy Note. Saiznya antara Galaxy Note 1 dengan Galaxy Note 2 (10.1).Korang bayangkan je la.Ini la gayanya bila dah suka sangat dengan Galaxy Note.Sampai Kad Kahwin pun ada rupa phone.

Bila nampak kad tu, terus hilang dah nak tampal-tampal reben pada kad, nak hot stamping ke bagai, Yes,it's modern dan tetiba bila dah siap rasa malu plak nak edar. huhuhu


En Khairul bagi kami 2 free bunting.Pujuk la kan, sepatutnya dapat satu je.Thank you

Senang nak berurusan dengan Grazine Design, kami tak perlu deposit apapun masa pameran, cuma book design saja. Kalau ikutkan sebulan je dah boleh siap, tapi sebab daku ini dok peram lama otak nak lukis peta jadi la 2 bulan. Bila dah hantar draf peta pertama, Grazine akan balas dalam masa 2-3 hari selepas itu dan kalau adaperubahan selepas itu dia akan terus jawab balik pada hari yang sama atau  1-2 hari kemudian.Jadi bila tolak tambah ada dalam 2 minggu masa untuk 'finalize' kad dan selebihnya 2 minggu untuk urusan 'print' kad.Bayar deposit pertama hanya bila dah finalize kad sahaja Dari segi produk akhir, boleh la berpuas hati. Takde kesalahan ejaan or bagai. Mr Fiancee has to self collect from Grazine Design showroom in Klang. Sepatutnya kena deliver, tapi sebab nak masa minggu cuti 1 Malaysia, Mr Fiancee pergi ambil di Klang. (Thank you Mr Fiancee, i terharu you gerak dari Klang pukul 6.30 pagi sebab nak amik kad kite and sorry tak dapat teman)

Pada sesiapa yang berminat nak berurusan dengan pihak Grazine Design boleh juga hubungi contact person berikut atau lawati Show Room mereka di Klang.

 Mohd Khairullah Burham
Art Director
1st Floor, No. 9A
Lintang Bt 3 Off Jln Bt 3
41300 Klang,Selangor
Tel :03-33424927/012-6912917
email : grazines@yahoo.com
http://grazine.com/index.htm
 


Friday, 27 July 2012

Top 11 Bridal Rental Item

Nisa mengalami kesukaran pada mulanya untuk meletakkan link mereka dalam list sebab mereka adalah b2b/exbrides yang menyewakan barang-barang perkahwinan yang mana nisa dah ada list untuk b2b /ex brides pada mulanya.Jadi untuk tidak mengelirukan nisa buat satu post khas untuk rujukan.

Kebanyakan ex-brides selalu menyewakan barang-barang perkahwinan mereka. Nisa pun memang tercari a few items untuk disewa ni. Jadi untuk rujukan supaya nisa tak tercari-cari siapa yang menyewa barang apa dengan siapa.

Sewaan mungkin tertakluk pada kawasan.Sila rujuk email dan link yang diberikan untuk keterangan lanjut
a.Bantal Hantaran
b.Kaki Dulang
c.Cushion
4.Dulang Hantaran
5.Accesories and such
  (Penaja utama untuk saya, Thank you Kak Nawal for the special gift!)

2.Zila Zainal
from Journey Through Life

a.Flower Stand
b.Karpet bulu
c.Kain net
d.Bantal

Nisa dah sewa barangnye..yeaaa!

3. Shakina Farhan
 from Journey of Bride To Be

Item For Rental
a. Bantal Nikah
    Harga sewa 1 unit =  RM 60.00
    Harga sewa 2 unit = RM 100.00 (free sewa 2 bantal tepi)
    Deposit Keselamatan = rm 50.00
 

b.Payung Lace


4.Intan Norazam


Item for Rental

a.Baju Nikah/Baju Sanding/Baju bertandang

3.Mrs Lienda

a. Item = Bantal Nikah (Ottoman)
    Warna = Pearl White
    Tempoh sewaan = 1 minggu ( rabu - selasa)
    Material = PVC
    Harga sewa 1 unit = RM50
    Harga sewa 2 unit = RM 80
    Deposit = RM 80
   *deposit bergantung kepada harga sewaan
   
 b.Black Chandelier
 c. Kain Bulu 2 meter 1/2

Hubungi : Linda 016-378 7601 atau email detail kepada linda.yusoff1212@gmail.com


Item for Rental
a. Veil
b.Dulang Hantaran
c.Tray putih (untuk hantaran)


Veil


Item for Rental
a. Lantern
b.Cushion
c.Frame Gambar



9.Two Soul with A Single Thought

a.Groom's Tie
2.Brooch Handbouqet

10.Amy Fahmy 
from All About her life

Reception Dress
Off White Veil

11. Supercun Wedding Rental 

a.Bantal Nikah
b.Polaroid Kamera
c.Pelbagai barangan


p/s : Ranking ikut suka

Thursday, 12 July 2012

Baju Nikah Done

Nisa beli baju Nikah dah siap kat Jalan TAR untuk dijadikan hantaran bertunang tempoh hari. Disebabkan baju tu kelihatan kosong sedikit, jadi Nisa hantar pada Kak Zaza Beadme Please sebulan lepas. .Sepatutnya pick up dari tempat Kak Zaza tapi daku tak berani pergi berseorangan atau bawak tunang sebab takut sesat berjam-jam.

Sebelum deliver, Kak Zaza email dulu gambarnya.


Mula-mula tengok..tak tau nak komen apa,sebab tak tengok full baju,jadi Nisa suruh je dia pos baju tu.

Dapat saja pos dari Kak Zaza, bukak bungkusan, Alhamdulillah,cantik la untuk orang yang tak pandai jahit macam saya ni.

Tapi..

Bila Miss Yuyu post pasal baju nikah rakannya Farah,dan bila tengok harga sewa pun berpatutan rasa macam nak sewa baju baru pulak.
Sweet kan


 Bukan baju nisa tu tak cantik,tapi sebab baju yang lain tu nampak cantik boleh?

Dalam kepala dok ingat camni,orang tamak selalu rugi.Emm, baiklah gunakan duit untuk sewa baju baru tu untuk beli benda lain kan.Dari memenuhi nafsu sendiri.

Ku pohon ditetapkan pendirian dan iman.

Sekarang ni tinggal nak cari matching veil dengan baju nikah ni.Nak sewa je dari butik. Pernah pergi butik tanya.Mereka suggest untuk bawa baju dan matchkan, takut baju lain veil lain jadi caca marba.
Ranga harga sewa lebih between RM30-50.

Tengah survey jugak mana2 B2B yang ada veil matching dengan baju ni.Anyone?

Wednesday, 11 July 2012

Wonderful Wednesday


Weddings are meaningless without them. 
F.R.I.E.N.D.S. 
They make your wedding priceless and blissfull

Monday, 9 July 2012

Contest : Like , Post & Win RM600



 *Bebas menulis dalam point form ataupun karangan ataupun gambar. 
*Nak buat sticky post atau tidak terpulang.

Organizer :  Journey Bride to Be by Shakina Farhan
Sponsor : TheshopAblog






Never Too Early to Start Planning Your Wedding!
Untuk B2B blogger pasti menjadikan blog beliau sebagai blog list WAJIB dikunjungi. Ada banyak sebab mengapa blog ini wajib dilawati. Sebab utama mungkin kerana penulisan Kina yang ikhlas dan straight to the point. Blog Kina merupakan antara blog yang terawal nisa jadikan sumber rujukan sejak zaman bayi nak bertunang lagi.


 Puan Shakina Farhan di sebalik blog beliau. Majlis persandingannya diadakan pada 1.10.2011 (asalnya 11.11.2011 kan Kina?).Alhamduilillah di sebalik kesukaran pertukaran tarikh itu, Allah telah tetapkan yang terbaik untuk Puan Kina. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Cerita Sikit Journey Bride to Be by Shakina Farhan ni..Semuanya berkaitan persiapan Kina menuju hari  bahagianya. Tengok semua gambar cun je. Cun la, Kina menang contest organize by FotobyRazali bernilai RM2011 tu! Bertuah Kina Razali captured their happy moments on their wedding! Satu tips yang paling berkesan, join giveaway dan menang macam Kina!

Baju Kina masa nikah with a good combination of colour!


Seperti B2B lain, Kina menulis dengan penuh ikhlas. Dari sehari ke sehari follower bertambah dan akhirnya Rumah Kebaya Malaysia (RKM) memilih Kina sebagi Duta RKM pada tahun 2011! Wow, mereka betul-betul tertarik dengan gaya penulisan Kina yang bersahaja dan yakin blog Kina mampu menarik perhatian B2B yang lain untuk melihat RKM. Hasilnya..Kina dapat sewa baju dari RKM. Tumpang gembira untuk beliau!Kat tepi blog tu Kina masih advertise RKM walaupun 'kontrak' dengan RKM telah tamat. Sangat baik ok!




Satu lagi idea menarik dari Kina. Untuk photographer bertandang, bukan Puan Kina yang cari photographer,tapi photographer cari dia. Bagaimana? Puan Kina anjurkan Our Next Top Wedding Photographer. Photographer tu dapat RM500 plus free advertisement on her blog. Dan hasilnya Kerjagilasimoll telah terpilih. Gambar bawah ni bukan dari Kerjagilasimol ye. Ni Gambar koleksi Puan Kina




Apa lagi yang ada dalam Journey Bride to be by Shakina Farhan?


Kalau ketandusan idea...


.



Blog ni bukan sahaja sesuai untuk B2B, tetapi juga sesuai untuk vendor..Check it out!


Nak tengok senarai vendor yang dah advertise dengan Kina, boleh klik tag advertisement kat blog beliau.

One of my friend , owner of Lalina Boutique ada advertise sekali dalam blog Kina,sehari selepas post Kina keluar mengenai bisnesnya,berderet email tanya quotation dan nak beli produknya.Alhamdulillah, Lina kata berbaloi sangat advertise di blog Kina.

Untuk preparation wedding, blog &  khas for B2B : Journey Bride to Be
Bisnes Kina yang semakin membangun aka sponsor giveaway ni : TheshopAblog & FB


 Saya tak tahu layak ke tak nak masuk kategori Pertama atau kedua, Tapi saya tahu saya mesti layak masuk kategori 3 tu kan Kina,If you read this Kina, tolong kategorikan, boleh i amend dari masa ke semasa.!Kalau layak dapat kategori pertama pun ok,kategori ketiga pun boleh tapi kategori kedua, tak tau.


Best of luck!


Saturday, 7 July 2012

Week of Luck

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Syukur tak terhingga ke hadrat Ilahi atas segala rahmat dan limpah kurnianya.

Minggu ini merupakan minggu yang penuh dengan kejutan dan tuah. Kenapa saya cakap begitu? Sebab minggu ni berderet Nisa dapat hadiah dan cabutan bertuah dari mereka-mereka yang bermurah hati.Jadi secara kesimpulannya sebagai memperingati minggu yang penuh bahagia ini, dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur contest yang bermurah hati memberikan hadiah-hadiah berikut.Walaupun kecil tetapi ia tetap signifikan dalam majlis perkahwinan saya


a. One of 50 selected blogger to receive T-Shirt Bride and Groom contest organized by As
    Sponsor from : Homemade T-Shirt Printing

b.Grand Prize Winner in giveaway and entitle RM200 Voucher to rent from Something Borrowed by Nawal
   Sponsor from : Something Borrowed By Nawal

c.Lucky Winner to receive crystal handbouqet worth RM180 from Shajaratul Design
 Sponsor from : Shajaratul Design

On top of that, Nisa dapat hadiah dari external training sebab jawab quiz masa training and company announce goods new that makes all smiles all year!

Terima Kasih pada B2B yang banyak bagi semangat supaya tak mengalah dan terus mencuba.

 Asalnya nisa memang tak suka contest kena like-like (pernah sekali masuk).Then lately banyak contest pemenangnya berdasarkan lucky draw, jadi cuba peluang dan rezeki berpihak sangat baik minggu ni. Lepas ni memang nak masuk contest seumpama ni saja.

Pada B2B yout there, Ingatlah...There are No Failures, Don't give up and Change your strategy. Nisa sudah,anda bagaimana?

Friday, 6 July 2012

MUA booked

Alhamdulillah, selesai sudah kemelut memilih MUA. Nisa tak ambil mana-mana pakej pengantin sebab takde baju kat butik yang berkenan (yang sopan, tak yah pakai inner) dan memenuhi budget yang sederhana ni. Jadi gigih la mencari MUA, agak sukar membuat pilihan dan booked.Akhirnya setelah membuat segala pertimbangan budget dan availability MUA, tiga vendor telah saya pilih untuk 3 majlis (nikah,sanding, tandang)

Vendor A
A very dear friend of mine. Baru berjinak-jinak dalam dunia solekan.Berguru dengan MUA Suhana Sulaiman.Charge murah, tengah harga promo (RM200) plus harga kawan-kawan. Dia ditugaskan untuk make up masa majlis pernikahan.Siapa nak book servis dia , bagitau ye.

Vendor B
Jadualnya memang padat setiap minggu.Make upnya cantik. Yang penting no eye brow trim.Rezeki saya dapat selit satu slot.Dia hanya fokus one customer per day , jadi tak perlu risau untuk melihat MUA rushing sana sini. Price range teratas setakat ini tapi saya rasa berbaloi untuk tahan 5 jam.Tugasnya untuk make up hari persandingan

Vendor C
Tahu mengenai perkhidmatannya melalui seorang blogger. Masih dalam lingkungan budget, juga tiada eye brow trim tapi masih cantik. Senang berkomunikasi dan juga buat invoice untuk pelanggan. Tugasnya make up untuk majlis bertandang

Nisa akan review nama after wedding,sebab belum tahu lagi hasilnya.

Selesai satu list.ada satu lagi list besar belum settle! Tinggal 4 bulan je lagi!

Tuesday, 26 June 2012

Survey : Wedding Shoes from Bella Rina Weddings

Nisa jumpa this FB page dan nak kongsi dengan semua.ini entri khas untuk kasut pengantin



Bagi Nisa, kasut ni memenuhi setiap ciri yang nisa impikan untuk sepasang kasut pengantin, simple yet elegant. Mampu ke tak? tengah tunggu quotation diorg bagi.nama pun survey kan?

Pada sesiapa yang nak tengok apa lagi dalam koleksi mereka ni boleh
 
Lawati Page Bella Rina Wedding's

atau

FB Bella Rina Wedding

Bella Rina Weddings ni merupakan salah satu produk rangkaian Rins Suzanna. Kenal nama itu kan? Rangkaian nama Rins Suzana ni pun terkenal.

Jenguk-jenguklah mereka, mana tau ada yang berkenan.

Tapi kalau nak tengok secara live, Rins Suzana ada buat open day.Bukan setakat nak tengok, nak rasa, nak pegang pun boleh kot.Vendor-vendor lain pun ada yang turut serta.


Yang berkesempatan boleh turut serta.Semua details ada dalam poster. Ini iklan tidaj berbayar je. saja promote sebab barangnya pun dah cantik

Friday, 8 June 2012

I Like this



Source : Nadia Zahari Photography

and this


Source : Kerjagilasimoll Photography

also this

Source : G.I. Photoshoot

but none of them can make it on my wedding and available on my dates!

All of them are very good and entertain to your quotation nicely.

Perhaps there is the best option out there for me.







Friday, 1 June 2012

Contest: Qarmasutra Blogger Project


"Aku tidak sekaya raja yang dapat memberi semua bahagia, dinda lain pula pendiriannya-dinda selalu memuja mewah,lantas tiadalah perseimbangan jiwa-A. Samad Said,

Meminta Rasa Melimpah Mesra, Asmara , April 1995 
dipetik dari koleksi Antalogi Puisi A.Samad Said yang menghimpunkan Karya-karya selama setengah abad

 Pernah bermonolog seperti puisi diatas? Pernah berdialog dengan bakal suami kerana perbezaan darjat ? Puas memikirkan masalah.Tak tahu siapa yang perlu dituju.Entri ni tiada kaitan langsung dengan puisi di atas ye.Bukan nak rujuk pakar psikologi tapi...

Sekiranya runsing tentang majlis perkahwinan,boleh dapatkan nasihat pakar perunding majlis kahwin.Mereka adalah orang yang tepat sekiranya bakal pengantin di tahap keliru dan ingin idea baru dan segar untuk majlis penting ini.

Tapi Siapa?

Entri di bawah akan membantu 

Bismillahirahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri ini dedikasikan kepada

Qarmasutra Weddings &Events Services


Ben & Anuar
Siapakah pengasas Qarmasutra Weddings &Events Services?

Ben Firdaus Azraai, 26, dan Anuar Haikal, 23,Mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Seni Bina Dalaman. Anuar masih menuntut di UiTM dalam jurusan Seni Bina manakala Ben merupakan graduan UiTM dalam bidang yang sama

Bilakah Qarmasutra Weddings & Events Services mula beroperasi?

2010 (2 tahun yang lalu)


Dimanakah lokasi Qarmasutra Weddings & Events Services?
  Shah Alam, Malaysia

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Qarmasutra Weddings & Events Services ?

Perkhidmatan Perancang bagi











Sebagai Perancang Majlis apa yang Qarmasutra Weddings &Events Services lakukan?

Membantu pengantin menentukan konsep majlis/menyediakan pelamin





 Juga menyediakan hantaran





Tak cukup?

Photobooth & Candy Buffet pun ada



Nak lagi..

Dekorasi Tambahan






dan terbaru sekali...Kad Undangan



 Siapakah yang pernah menjadi klien Qarmasutra Weddings &Events Services?

Majlis Perkahwinan Dira Abu Zahar




Malam Berinai Farah AF2




Safi Rania Gold


Carrie Junior



Anda tidak perlu menjadi artis atau membuka sebuah syarikat korporat semata-mata ingin mendapatkan khidmat Qarmasutra Weddings & Events. Mereka berkhidmat untuk sesiapa sahaja yang menghubungi mereka. Mereka akan memberikan idea-idea yang baru untuk majlis anda.


Apa kata pelanggan mengenai perkhidmatan Qarmasutra Weddings & Events Services ?





Bagaimana cara menghubungi Qarmasutra Weddings & Events Services?

Mereka boleh dihubungi melalui 

Facebook Qarmasutra Weddings & Events

atau

hubungi terus 
Ben Azraai Firdaus +60127603812 
 @ Anuar +60173056449


atau

email mereka
 qarmasutra@gmail.com

dan untuk melihat idea dan hasil kerja mereka


layari www.qarmasutra.blogspot.com


Kesimpulannya Qarmasutra Weddings & Events Services






*Please turn on your speaker


Pendapat saya :

Walaupun baru 2 tahun berkecimpung dalam biang perancang majlis, mereka telah memberikan impak besar dalam bidang perkhidmatan perancang majlis. Mereka boleh dilihat sebagai penanda aras dalam industri ini dan boleh lebih maju pada masa hadapan. To Ben and Anuar, Tahniah kerana telah berdiri sehingga tahap ini dan semoga berjaya dan lebih maju lagi dalam bisnes ini pada masa hadapan.




Pilihan kegemaran (Paling suka!)
.
.
.
.
Semestinya

 Suka sangat konsep bongkah kaca
macam feeling ala-ala winter sonata
Elegant
Pure 
Just everything you need for a wedding
Great things are hard to explain in words.Just speechless

Why did i rambling all about Qarmasutra? Good News,This is all about their Blogger Project.

I know i am late (i know it's late..err....very late.but you never know until you try)

What you can do is

Follow Qarmasutra Wedding &Events Blog  
and 
Like FB Qarmasutra Wedding &Events

Like my entry on their site. (status: pending on their post at wall)

Please LIKE..LIKE..LIKE

If i win, consider your LIKE contribution as a gift from my wedding. If otherwise, i will treat that as doa to wish me all the best for my marriage.

Siapa perkasa ke hadapan sahaja
siapa pura-pura pulang sudah
siapa durhaka beri denda
siapa berkorban kurnai hadiah
-A.Samad Said, Kata dan Usaha-

(Maaf, entry rojak..memang Oh My English terabur habis)

Dan Pada siapa yang nak masuk dan rasa sempat lagi please read the T&C below ya. good luck!

This below notes are from the organizer.Please read if you are interested to participate

Hello Darling ♥
To bride to be blogger . This is for you !

Qarmasutra appreciate your kind interest towards our work . Honestly , we have read all you review and we cant agreed more , you guys are the best !

So , this is the catch .

1) Write an ENTRY about Qarmasutra Weddings & Events . (done)
2) Tell us your Favourite Dais from Qarmasutra previous works and why ? (done)
3) Ask your friend to LIKE qarmasutra and to FOLLOW our blog (pending for LIKE & FOLLOW)
4) Publish your Entry in Facebook (pending for Qarmasutra approval)
5) And hey ! ask your bestie and friend to like the entry .It so easy darling ♥ (pending for your help)

And Qarmasutra will not let you down , so this is the return for your wonderful effort :

The Grand Price : A Mini Dais for your solemnization or engagement worth for RM 3000 .

First runner up : A photobooth worth for RM1500

Second runner up : 5 dulang hantaran with fully decorate with fresh flowers . Each worth for RM200 per tray .

Consolation price : A Qarmasutra discount voucher worth for RM200 .


Rules and regulation

1. Dont forget to attach together QARMASUTRA BLOGGER PROJECT banner into your blog and make it as your header and cover for you Facebook profile . its Compulsory !

2.Once you have write your entry , let us know , kindly link it here and email us at qarmasutra@gmail.com . Then we will inform you the next stage .

3. This project is open for those who will get marry from JULY to DECEMBER 2012 . We are pack on june , sorry dear.(Yes, i will get married on this November 2012)

4. There will be a transportation and labour charge for the grand price and first runner up . For the second runner up , it is a self pick up from our place.( venue: seremban.Ok, can settle the cost, i like the second runner up price!)

5. Tarikh tutup is on end of MAY 2012 3rd June 2012

Thats it ! Sounds good darling ? So start to write your entry and impress us with your words . Good Luck Sayang ! ♥







2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...