Saturday, 1 May 2010

Perpisahan itu


Perpisahan adalah suatu yang selalu kita elakkan. Bukan mudah menghadapi getir perasaan yang pilu. Walau sekuat mana kita nafikan, perasaan sedih dan kecewa itu tetap ada. Namun begitu,perpisahan bukanlah bermakna pengakhiran sebuah kisah malah merupakan permulaan bagi sebuah perjalanan.Bagi ramai yang mengalami, mungkin ramai yang tidak dapat menerima hakikat. Namun begitu, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk melalui satu episod duka dalam hidup ini

Petua menghadapi perpisahan..(no matter break alive or dead)
1.Berserah pada Allah.Mengadu padaNya.Jadikan Allah tempat mengadu kerana Dia Maha Mendengar

2.Bangun setiap hari dan katakan "Aku redha dengan perpisahan ini". Katakan sebanyak mungkin sehingga hati kita percaya dengan kata itu.

3.Percaya dan Yakin bahawa Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

4.Menangislah sepuasnya,jika perlu.Ia akan mengubat sedikit kelukaan dan akan merasa lega.Biarlah banjir beberapa daerah.Menangis sehingga habis air mata dan tiada lagi tangisan akan mengalir selepas itu.

5.Berkongsilah cerita dengan teman rapat.Kita tidak boleh melaluinya seorang diri.Melalui sokongan mereka,kita akan lebih selesa.

6. Dapatkan sokongan keluarga kerana keluarga yang selalu berada dengan kita pada susah dan senang.



7.Sekiranya perlu, buang segala kenangan.Derma barangan yang boleh kepada orang yang memerlukan.

8.Dengarlah motivasi dan lagu-lagu yang bersemangat tinggi.Elakkan mendengar lagu di radio kerana lagu di radio kebanyakannya menyayat hati dan sayu.Bak kata Yuna "lagu di radio seolah memerli aku"


9. Isi masa lapang melakukan perkara-perkara berfaedah.Mulakan hidup baru dengan melalui pengalaman yang lebih menyeronokkan.

10.Lakukan perkara yang baru.Sesuatu di luar jangkaan dan ia akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan.

Kesimpulannya, hanya masa yang dapat mengubat hati yang luka.Berikan peluang dan masa untuk diri sendiri menerima musibah ini.Kita hamba yang banyak berdosa,diturunkan musibah untuk menghapus dosa.Lalui dengan penuh ketabahan.

Friday, 30 April 2010

kanak-kanak milenium

Memenuhi jemputan itu wajib bukan? Memandangkan pak cik aku telah menjemput kami sekeluarga ke jamuan hari jadi anak-anaknya,maka beramai-ramailah kami bertiga ke rumah beliau di Petaling Jaya. Buat pertama kalinya kami tidak sesat untuk ke sana. Majlis ini seperti tempat berkumpul keluarga. Inilah muka-muka anak sepupu yang hampir Cik Nisa tak dapat nak cam nama setiap sorang.Alahai , ramai benar
Ini zaim.Mesti terbuka mulut ..dengan rambut kerinting.Nganga luas-luas.Nasib tak masuk lalat.





Kanak-kanak zaman sekarang.Ketagih Siber. Semua dok berkumpul main game termasuk yang diraikan. Teknologi dan Kanak-kanak tidak dapat dipisahkan. Sungguh melankolik.



Ini yang paling tak ingat sekali. Disebabkan yang kecil tu baru sahaja besar dan sorang lagi tu pendiam.Jadi menjadi alasan untuk tidak mengingat nama?What a mak cik.


Ini Umaira.Sesuai dengan namanya.Pipi kemerahan.Dalam gambar macam tak berapa fotogenik tapi in real memang comel sangat.Orang kelantan panggil ala-ala 'Jangok'..Cantik dan comel la..



Ini pula kakak kepada Umaira.Emm..Sarah kot ke Dina?aduh.keliru dengan yang lagi sorang.Budak ini dah pandai nak buat aksi-aksi gila di kamera.Still look cute and adorable.


Pizzaku Pizzamu Jua

Betapa masa mencemburui kita. Sol, akhirnya terpaksa pulang lebih awal dari jangkaan bagi memnuhi undangan bosnya di tempat praktikal.Sayang benor kat bos.Jadi, sebelum Soleha berangkat pulang, kami makan tengahari di Pizza Hut. Kami suka sangat makan di Pizza Hut Segamat kerana pizzanya yang sedap. Apa pun ia menjadi favourite semua housemate dulu. Bila dah sampai pizza hut,menu biasa yang kami pesan. With extra order
Ini dia extra order. Gabungan selera Cik Soleha dan Nisa.Tinggi menggunung Saladnya.Sosnya seperti lahar yang mengalir membuak di Russia.Berbaloi baloi.

Kali ini, Soleha yang belanja. Banyak-banyak terima kasih. Bila lah agaknya Cik Nisa boleh belanja Soleha pula. Maybe Johny's jadi pilihan lepas ni. Siapa tahu?

Precious moments in Segamat

Hampir seminggu aku luahkan masa bersama teman rapat dan paling baik ..Cik Siti Soleha ..thank you dear, i have a very enjoy moments with you. Memandangkan ini mungkin kali terakhir kami menjejakkan kaki ke Segamat,maka kami pun ingin mencuba makanan restoran yang selalu diwar-warkan sebagai restoran yang harus dikunjungi sekiranya berada di Segamat. Seterusnya bermulalah jalan-jalan cari makan di....MacDota..apa yang kami makan?mari kita lihat..

Ini dia..chicken chop yang aku order.Rasanya tidaklah setanding kenny rogers tapi boleh tahan bagi yang gemarkan 'light' black pepper in taste. Abaikan muka over excited ini..Jom tengok apa yang Soleha order


Quit surprising juga.Soleha siap order dua ketul ayam plus fish burger.Amboi-amboi.Komen Sol,ayam goreng pon boleh tahan rasanya.Tapi fish burger tu agak kempunan nak rasa akibat terjatuh dalam kereta ketika aku brek kecemasan.Takpelah.Sol dah cubit sikit.


So, aku bagi 3 star untuk rasa tapi 1 1/2 bintang untuk tempat. Better luck next time.This restaurant need renovation.For Sure..Restoran ini sesuai sekiranya teringin benar nak makan chicken chop ala kenny rogers tapi sedar-sedar anda di segamat.

Wednesday, 2 December 2009

Pengemaskinian

Hari ini sambung lagi kerja semalam.Tapi awal pagi aku kena belajar selok belok di kaunter perkhidmatan pelanggan.Daripada operasi Amanah Raya sehingga ke pengisian borang-borang berkaitan Wasiat,Pentadbiran Pusaka dan Amanah.Eh..gaya aku tulis ni macam nak buat laporan buku log pula.Banyak benda aku belajar daripada bahagian perkhidmatan pelanggan ini.Kena banyak bertanya dan kena buat muka tembok.Sudah la chapter wasiat yang aku tak cover masa exam hari itu.Sekali dia terangkan pasal seksyen seksyen aku dah mula confuse.Tapi cuma ada 3 sekyen.Kena ingat syarat-syarat setiap seksyen jadi tak ada masalah.
Tengahari pula Bahagian IT dari HQ datang buat pengemaskinian sistem.Siap bagi penerangan.Bila tengok manual sistem baru , aku lagi nervous.Silap tekan keyword atau button memang ganggu sistem. Sistem kali ini lebih ketat. Jadi kena lebih berhati-hati.
Kesimpulan pada hari ini sangat baik.Aku macam dah jadi rapat dengan kak liza dan kak yus.Tengahari tadi aku tolong urutkan kaki kak Liza,tapak kaki saja.Guna teknik urutan refleksologi saja.Dia mengadu sakit dada,jadi aku cuba la urut titik yang berkaitan dada dan jantung.Bukan bodek ok.Ini memang nak kurangkan kesakitan.Alhamdulillah kurang sikit sakitnya.Lepas ni boleh urut kaki boss pula.Maybe?

Tuesday, 1 December 2009

Hari Pertama

Detik pertama bergelar student praktikal.Memang skema sangat la masa masuk office.Dah la tak tau pintu masuk office kat mana.Sampai paling awal sekali.Memang blur betul.Rupa-rupanya masa masuk bukan ikut main entrance.Lalu pintu kecil.Malu oden.

Perkara pertama masuk office ,mesti kena punch card.Bangga juga bila nampak nama Cik Nisa terpampang kat whiteboard office tu.Tertulis di situ-Industrial Trainee 'SITI HANISAH ZAINI'.Maknanya hanya aku seorang sahaja pelajar praktikal di amanah raya cawangan itu.Ada lagi seorang yang menjalani latihan,tapi dia menjalani latihan industri di bawah seliaan Khazanah Nasional.Kalau prestasi dia baik barulah Amanah Raya serap masuk .

Tepat pukul 8:30 pagi aku di bawa ke bilik Pengurus cawangan .Pengurus Cawangan ,Pn Suhaini baik orangnya.Bab Wasiat ini seingat aku,aku tak cover sangat masa time exam hari tu.Tapi bila masuk kerja,semua pasal operasi wasiat.Tapi aku rasa lega sebab Pn Su banyak bagi tunjuk ajar dan tak lokek ilmu.So,rasa tak kekok.Mula-mula dia suruh baca fail operasi arahan syarikat kemudian aku pula akan ditugaskan ke bahagian kewangan setelah sistem dinaiktaraf esok.

Bila baca fail-fail,banyak terma aku tak paham.Banyak guna singkatan,jadi kena banyak refer balik pada semua fail di situ.Tapi rasa lebih paham bila Pn Su bagi tugasan dan kemudian dia suruh baca serentak dengan Arahan Syarikat.Masa tu baru lah berbaloi sikit apa yang aku baca.Relevan la.Ada 30 fail yang aku perlu uruskan.semua berkaitan wasiat.Nama unik-unik aku rekodkan.Tapi kerja tak dapat siapkan hari ini.Ada lagi 3 fail aku kena siapkan esok..kira ok la..So,i hope for better tomorrow!

Sunday, 22 November 2009

Ferrari Merah




Berjalan-jalan di KL dan kemudiannya terserempak dengan Ferrari Merah.Apa yang kita rasa?


Emm..rasa nak kejar dan cakap..Boleh tumpang?hahaha.In my dream.

Merelakan ia pergi

Setelah pertimbangan yang wajar dan mendalam dibuat akhirnya keputusan ini saya ambil.Sangat mendebarkan.Ia terlalu berharga.Ketika memilikinya terasa dunia dalam tangan kita.Berkongsi saat saya menelaah,menghadiri jamuan makan malam,berjalan-jalan seluruh Malaysia..semuanya dengan ia.Namun akan ku kenang semua itu dan bawa bersama dalam memori.


Apa ke hal la nak bermadah ni.Enough already.Just to make it short.I just trade in my 3 years old MOTOROLA with a brand new NOKIA.Nasib baik la taukey kedai masih nak ambil lagi handphone motorola.Nice bargain because i can trade in MOTOROLA with the price of RM 150.Yang patah tumbuh,yang hilang berganti ...Sejajar dengan kemasukan saya ke fasa baru kehidupan,handphone sebagai salah satu medium paling penting perlu ditukar.Biarlah berpadanan dengan fasa yang akan saya langkah dalam sedikit masa lagi.




Panduan trade in telefon



1.Bawa handphone untuk di'trade in' di kedai yang menerima jenama tersebut.



2.Nilai 'trade in' handphone paling rendah adalah RM50.Sekiranya harga yang ditawarkan kurang daripada itu,pergi saja ke kedai lain.



3.Trade in handphone hanya ketika kita mahu membeli handphone baru.Kedai tidak terima trade in sekiranya kita tak mahu membeli dari kita.



Itu saja,rasanya ramai lebih berpengalaman.Jadi mungkin sedikit tips ini dapat membantu ditambah dengan pengalaman anda sendiri.

Weddings at hall

Bila dah di rumah kena memenuhi jemputan kahwin.Saya juga tidak ketinggalan.Kali ini memenuhi jemputan kawan ayah di Kuala Limpur .Kalau weddings yang buat kat dewan ni biasanya grand-grand.Dilihat dari luar boleh tahan grand.Decoration mantap juga..Walau apa pun yang penting kita memenuhi jemputan.Nak komen lebih-lebih untuk majlis orang tak elok tau.Jadi,kesimpulannya wedding tu ada class!



Wednesday, 18 November 2009

10 kali menonton

Petang tadi saja sudah kali ke 10 atau mungkin lebih saya menonton filem hindi yang baru saya beli.Cerita terbaru Shah Rukh Khan..'Rab ne Bana di jodi'.cerita ni saya beli waktu final exam hari tu.Orang dok sibuk bergelumang dengan buku,saya pula sibuk membeli vcd baru..haru betul.Alasan untuk mengelakkan mengantuk ketika study..menyebabkan aku terdorong beli vcd..dan tambahan ketika itu wireless di rumah sewa telah dipotong, jadi tiada lagi hiburan online.Takkan nak pinjam broadband orang..lagipun,broadband tidaklah selaju streamyx..jadi tak berbaloi rasanya dengan berbekalkan kelajuan broadband untuk menonton video di internet.Ok.enough for that sarcastic..move on to the main topic..kali ke 10





What so good about this movie?

1.The hero is Shah Rukh Khan and is my favourite hero of all times!

2.SRK is sooo sweet in this movie..i just want to hug him and hope that someone will do what he do in this movie.

3.The story itself..love and sacrifice...

4.As like all others hindi movie...all that comes well ,will end well

5.Some of the line is like in reality ..such as..'Boys and Girls can not be just friends..it will then become pyar,ishq and mohabbat'..all love...



Basically this is story of Suri (Shah Rukh) who try to win his wife heart Taani which he has to marry because of the last wish of Taani's father. Suri from outside is an ordinary man,working with Punjab Power and all his life is in his cottage. To win Taani hearts,he transform himself to a hero like Hindi Film that Taani like to watch.However,the transformation itself has change Suri life..what happened?u have to watch it la..



So..for Shah Rukh Khan fan out there,this is exactly the right movie to choose to watch..because its just worth it to pay RM 20 and watch 10 times..All my housemates has watched this movie as i influenced them to watch it..

Menulis semula

Seorang rakan menegur blog cik nisa ni sudah bersawang.Aduh,maaflah..kesuntukan masa menyiapkan diri menghadapi final dan tetiba saja internet di rumah dipotong kerana bil tertunggak 3 bulan.Akibatnya,blog terbiar dan facebook tidak disentuh.

Tambah pula diri ini tidak tahu tajuk apa atau cerita apa mahu dikongsi.Takut-takut kalau kenyataan yang dikeluarkan menyinggung perasaan dan takut rahsia yang di simpan terbongkar di sini.Menjadi pemegang amanah atau penyimpan rahsia merupakan satu tugas yang besar.Mulut dikunci dan kekadang hati diri turut dihimpit belenggu kerisauan.

Banyak benda yang berlaku sepanjang setengah tahun ini,ada yang sedih,pedih,teruja dan gembira.Tapi banyak yang tidak dikongsi di sini kerana rasanya sepulangnya dari umrah.dugaan dan cabaran lebih hebat di alami.Sukar mahu digambarkan dan dipantulkan dengan tulisan.Hanya mampu memahatnya di dalam hati dan merekodnya dalam memori untuk dijadikan kenangan.Dan mungkin ada antaranya akan lama-lama saya pudarkan dari ingatan kerana khuatir sekiranya semakin diingati akan lebih merumitkan eadaan dan mengaibkan seseorang..

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...