Friday, 15 June 2012

Saya Nak T-shirt Bride and Groom tu

Ok.sebab contest ni sweet sangat jadi nisa nak join.Pagi tadi tengok ada 3 jejak kat blog As from T.E.N.T.A.N.G C.I.N.T.A.tapi petang ni je dah ada 30 lebih.memang suka last minute je kejenya

Saya nak T-shirt Bride and Groom tu sebab sweet sangat...!!!Boleh buat Post-wedding props gitu.



Please as, give me one pair

So sesiapa yang nak join ikut step di blog As ye

Tarikh Tutup Penyertaan 1 Julai 2012 dan 50 yang pertama berpeluang memenangi T-shirt ini.Jom follow!


Kehendak atau Keperluan

Alkisahnya Nisa dah lama email this one MUA sebelum June lagi, tapi tak berbalas. Jadi sebab Nisa nak sangat this MUA, i pun email lagi sekali on June last week.Nisa 2 kali email plus submit form di blog beliau. Tapi akibat lama sangat menunggu jawapan, nisa hampir tawar hati.

Jadi nisa keep on looking for MUA yang berkenan di hati and i suddenly struck to this one MUA and email her. Memang bernasib baik sebab my date is still available and i terus book and lock date dengan this new MUA that i found sebab still within my budget

2-3 days later, i get a reply from the first MUA yang i ask for the quotation earlier. and dia pun available on my date.tapi harga mahal banyak dari my current booked MUA. I really adore her job and rasa kalau amik dia berbaloi tapi macam ikut nafsu.

If ikut yang booked MUA pun boleh tahan jugak hasil kerja and harga lebih berpatutan.Harga untuk new MUA yang baru reply nisa ni nilainya  85% dari nilai 2 majlis.Maknanya lebih jimat ambil dengan booked MUA 2 majlis berbanding menggabungkan new MUA and booked MUA.

Tolonglah, kalau nak hire new MUA rasa macam ikut nafsu, tapi dah rasa betul sangat.but if gabung dua-dua macam membazir.Kalau amik MUA yang sama untuk resepsi dan bertandang rasa ralat tak amik new MUA tapi lebih menjimatkan.

Serba salah, advice me please?


Friday, 8 June 2012

I Like this



Source : Nadia Zahari Photography

and this


Source : Kerjagilasimoll Photography

also this

Source : G.I. Photoshoot

but none of them can make it on my wedding and available on my dates!

All of them are very good and entertain to your quotation nicely.

Perhaps there is the best option out there for me.







Now Everyone Can Wear Rizalman

Quoted by Rizalman Ibrahim himself : Now Everyone can wear Rizalman.

20 rekaan baju Rizalman boleh didapati di 20 Tesco sempena ulangtahun ke-20 Rizalman Ibrahim dalam industri fesyen.Kelas gitu.


Source : Venusbuzz.com

Senarai Tesco yang menjual baju saya kurang pasti tapi untuk more news please refer

Bernama

&

Bloomberg..eh..silap..

Venusbuzz.com



Friday, 1 June 2012

Contest: Qarmasutra Blogger Project


"Aku tidak sekaya raja yang dapat memberi semua bahagia, dinda lain pula pendiriannya-dinda selalu memuja mewah,lantas tiadalah perseimbangan jiwa-A. Samad Said,

Meminta Rasa Melimpah Mesra, Asmara , April 1995 
dipetik dari koleksi Antalogi Puisi A.Samad Said yang menghimpunkan Karya-karya selama setengah abad

 Pernah bermonolog seperti puisi diatas? Pernah berdialog dengan bakal suami kerana perbezaan darjat ? Puas memikirkan masalah.Tak tahu siapa yang perlu dituju.Entri ni tiada kaitan langsung dengan puisi di atas ye.Bukan nak rujuk pakar psikologi tapi...

Sekiranya runsing tentang majlis perkahwinan,boleh dapatkan nasihat pakar perunding majlis kahwin.Mereka adalah orang yang tepat sekiranya bakal pengantin di tahap keliru dan ingin idea baru dan segar untuk majlis penting ini.

Tapi Siapa?

Entri di bawah akan membantu 

Bismillahirahmanirahim

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Entri ini dedikasikan kepada

Qarmasutra Weddings &Events Services


Ben & Anuar
Siapakah pengasas Qarmasutra Weddings &Events Services?

Ben Firdaus Azraai, 26, dan Anuar Haikal, 23,Mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang Seni Bina Dalaman. Anuar masih menuntut di UiTM dalam jurusan Seni Bina manakala Ben merupakan graduan UiTM dalam bidang yang sama

Bilakah Qarmasutra Weddings & Events Services mula beroperasi?

2010 (2 tahun yang lalu)


Dimanakah lokasi Qarmasutra Weddings & Events Services?
  Shah Alam, Malaysia

Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Qarmasutra Weddings & Events Services ?

Perkhidmatan Perancang bagi











Sebagai Perancang Majlis apa yang Qarmasutra Weddings &Events Services lakukan?

Membantu pengantin menentukan konsep majlis/menyediakan pelamin





 Juga menyediakan hantaran





Tak cukup?

Photobooth & Candy Buffet pun ada



Nak lagi..

Dekorasi Tambahan






dan terbaru sekali...Kad Undangan



 Siapakah yang pernah menjadi klien Qarmasutra Weddings &Events Services?

Majlis Perkahwinan Dira Abu Zahar




Malam Berinai Farah AF2




Safi Rania Gold


Carrie Junior



Anda tidak perlu menjadi artis atau membuka sebuah syarikat korporat semata-mata ingin mendapatkan khidmat Qarmasutra Weddings & Events. Mereka berkhidmat untuk sesiapa sahaja yang menghubungi mereka. Mereka akan memberikan idea-idea yang baru untuk majlis anda.


Apa kata pelanggan mengenai perkhidmatan Qarmasutra Weddings & Events Services ?





Bagaimana cara menghubungi Qarmasutra Weddings & Events Services?

Mereka boleh dihubungi melalui 

Facebook Qarmasutra Weddings & Events

atau

hubungi terus 
Ben Azraai Firdaus +60127603812 
 @ Anuar +60173056449


atau

email mereka
 qarmasutra@gmail.com

dan untuk melihat idea dan hasil kerja mereka


layari www.qarmasutra.blogspot.com


Kesimpulannya Qarmasutra Weddings & Events Services






*Please turn on your speaker


Pendapat saya :

Walaupun baru 2 tahun berkecimpung dalam biang perancang majlis, mereka telah memberikan impak besar dalam bidang perkhidmatan perancang majlis. Mereka boleh dilihat sebagai penanda aras dalam industri ini dan boleh lebih maju pada masa hadapan. To Ben and Anuar, Tahniah kerana telah berdiri sehingga tahap ini dan semoga berjaya dan lebih maju lagi dalam bisnes ini pada masa hadapan.




Pilihan kegemaran (Paling suka!)
.
.
.
.
Semestinya

 Suka sangat konsep bongkah kaca
macam feeling ala-ala winter sonata
Elegant
Pure 
Just everything you need for a wedding
Great things are hard to explain in words.Just speechless

Why did i rambling all about Qarmasutra? Good News,This is all about their Blogger Project.

I know i am late (i know it's late..err....very late.but you never know until you try)

What you can do is

Follow Qarmasutra Wedding &Events Blog  
and 
Like FB Qarmasutra Wedding &Events

Like my entry on their site. (status: pending on their post at wall)

Please LIKE..LIKE..LIKE

If i win, consider your LIKE contribution as a gift from my wedding. If otherwise, i will treat that as doa to wish me all the best for my marriage.

Siapa perkasa ke hadapan sahaja
siapa pura-pura pulang sudah
siapa durhaka beri denda
siapa berkorban kurnai hadiah
-A.Samad Said, Kata dan Usaha-

(Maaf, entry rojak..memang Oh My English terabur habis)

Dan Pada siapa yang nak masuk dan rasa sempat lagi please read the T&C below ya. good luck!

This below notes are from the organizer.Please read if you are interested to participate

Hello Darling ♥
To bride to be blogger . This is for you !

Qarmasutra appreciate your kind interest towards our work . Honestly , we have read all you review and we cant agreed more , you guys are the best !

So , this is the catch .

1) Write an ENTRY about Qarmasutra Weddings & Events . (done)
2) Tell us your Favourite Dais from Qarmasutra previous works and why ? (done)
3) Ask your friend to LIKE qarmasutra and to FOLLOW our blog (pending for LIKE & FOLLOW)
4) Publish your Entry in Facebook (pending for Qarmasutra approval)
5) And hey ! ask your bestie and friend to like the entry .It so easy darling ♥ (pending for your help)

And Qarmasutra will not let you down , so this is the return for your wonderful effort :

The Grand Price : A Mini Dais for your solemnization or engagement worth for RM 3000 .

First runner up : A photobooth worth for RM1500

Second runner up : 5 dulang hantaran with fully decorate with fresh flowers . Each worth for RM200 per tray .

Consolation price : A Qarmasutra discount voucher worth for RM200 .


Rules and regulation

1. Dont forget to attach together QARMASUTRA BLOGGER PROJECT banner into your blog and make it as your header and cover for you Facebook profile . its Compulsory !

2.Once you have write your entry , let us know , kindly link it here and email us at qarmasutra@gmail.com . Then we will inform you the next stage .

3. This project is open for those who will get marry from JULY to DECEMBER 2012 . We are pack on june , sorry dear.(Yes, i will get married on this November 2012)

4. There will be a transportation and labour charge for the grand price and first runner up . For the second runner up , it is a self pick up from our place.( venue: seremban.Ok, can settle the cost, i like the second runner up price!)

5. Tarikh tutup is on end of MAY 2012 3rd June 2012

Thats it ! Sounds good darling ? So start to write your entry and impress us with your words . Good Luck Sayang ! ♥







Monday, 28 May 2012

Pilihan Shawl Nikah

Hari ini Radiusite baru sahaja upload produk terhangat di pasaran iaitu Shawl Shasmeen Ika II.Diinspirasikan dari shawl yang dipakai oleh owner butik (Ika) di hari pernikahannya

Last week teringat-ingat post Miss Ika tentang shawl yang nak dipakai pada hari nikah. So pada sesiapa yang masih tercari-cari shawl cantik untuk dipakai terjah blog Radisusite segera.Ada 7 warna dijual dengan harga dibawah RM100.Setakat tadi warna putih dah out of stock.Kena tunggu restock la ye kalau nak putih juga.



Radiusite pun ada ajar cara nak pakai shawl tu. Nampak sopan saja.



Ada juga yang guna pakai shawl ini sebagai veil. Kena bijak menggayakannya.

Sesiapa yang berminat serbu lah butik online hijab terkemuka ini melalui Radiusite
Blog atau FB

atau

boleh juga tengok FB ShawlLine ni



terserempak dalam FB.Price range sama dengan Radiusite cuma berbeza design.


I have buy a simpler shawl at Jalan TAR previuosly.Nak cuba jugak melilit shawl pakai tutorial radiusite.

Friday, 25 May 2012

Full Review Engagement

Ye setelah 8 bulan mengikat tali pertunangan dan tinggal 5 bulan menuju hari pernikahan baru nak mula review pertunangan. Berat hati pada mulanya tapi bagi catatan memori dan ingatan diri sendiri saya coretkan juga.

Punyalah malas terus full review majlis pertunangan.Nisa ambil pakej penuh dari butik pengantin. Niat di hati memang nak D.I.Y pelamin bagai tapi bila nampak pakej ni dan baju yang cantik di butik tu terus grab

Pakej yang ditawarkan termasuk
  •  Baju Persalinan Tunang (P)
  • Pelamin
  • Make Up
  • Free Accessories (Veil + Rantai) Not include tudung
  • Free Handbouqet Rental
Total charge was RM 700. Since last minute FMIL nak tunang pakai baju sedondon so extra RM100 nisa kena bayar untuk ambil baju lelaki,Unfortunately baju tu singkat di tangan. Baru perasan masa tengok album dah siap.

Tudung nisa beli kat pasar malam RM10.Since veil dah cantik tudung tak yah meletops sangat.Nanti lagi over la jah!

PR bagus tapi ada here and there yang nisa tak puas hati tapi apapun still manage to look good in pictures. If people asking am i recommending this boutique? I will answer, depends on your taste dear. But i think she can deliver better cuma sebab dia tak sihat hari tu dan ia sedikit menjejaskan prestasi dan dia sendiri tak dapat make up kan nisa dan hire freelance MUA. At least she has back up.

Refer this post for pictures

Baju Nikah-Detailing

Mula menyusun langkah dengan persiapan perkahwinan. Didahulukan dengan baju nikah. Baju nikah merupakan salah satu hantaran saya ketika bertunang. Beli baju yang dah siap, senang cerita tak payah fikir design. Memandangkan baju itu kelihatan seperti baju kurung biasa, jadi saya bercadang nak tambah detailing sedikit pada lengan untuk menambah sedikit seri kepada baju tersebut.'sedikit' yang dimaksudkan adalah detailing pada lengan sahaja.

Dari mula lagi saya meminati hasil kerja Kak Zaza daripada BEADMEPLEASE. Nampak kemas. Jadi, saya cuba hubungi beliau dan Alhamdulillah mendapat respons yang baik dan segera. Perbincangan dilakukan melalui SMS dan Kak Zaza menjawab setiap pertanyaan yang diajukan. Setakat ini harga yang diberikan masih dalam bajet saya.

Dengan tidak berapa segera saya membungkus baju nikah untuk penghantaran melalui Pos Laju. Saya juga sketch sedikit gambaran bahagian mana yang perlu ditambah detailing. Hasil lukisan yang tidak seberapa dikepilkan bersama diharap membantu Kak Zaza dalam melakukan hasil seninya.

Hasil lukisan tak semegah


 Hope for the best. Simple yet nice.

Oh ye, bagi sesiapa yang nak buat penghantaran non document item macam baju ni lebih elok bungkus dulu barang tu pakai kertas minyak.Tapi if malas nak bungkus sekarang Pos Laju ada menyediakan perkhidmatan Pos Laju Prepaid Box. Korang hanya perlu beli box.envelope tu siap-siap (ada harga ikut saiz).



Kelebihan guna perkhidmatan ni tak payah susah2 nak bungkus. Kekurangan, kena bayar lebih dari sepatutnya.Contohnya macam kes Nisa dah siap bungkus jadi pakai pos laju timbang cuma bayar RM 4 lebih untuk berat baju tu tapi kalau pkai envelope prepaid Pos Laju ni nisa dah kena siap2 bayar RM6 (untuk saiz envelope paling kecil). Jadi terpulang pada barang masing-masing. RM 2 pun masih satu penjimatan kan?

Tuesday, 22 May 2012

Bride to Be 2012

Di kala ini baru nak sedar diri bahawa telah masuk waktu azan..eh..silap..masuk zon bride to be. Rasa macam dah lewat sangat.sebelum ni asyik follow tengok saja B2B share their preparations and get some tips from them.

Sekarang, baru tersedar..dan bila tersedar sebenarnya tinggal 5 BULAN lagi ye. dan saya masih di tahap survey. Di tahap ini dengan hanya baru jumpa kedai jahit atau kedai bunga yang diingini telah membuatkan hati lega.Walaupun semuanya rasa macam dah lambat sangat. Saya sengaja letak ticker di atas sebagai peringatan.

Mulai saat dan tika ini saya akan mula berblog mengenai perkahwinan saya.Saya akan jadikan blog ini sebagai jurnal.Walaupun dah ada buku jurnal siap bertampal semua benda yang berkenaan, namun blog ini merupakan platform untuk rujukan.

Tidak kesah samada ada yang membaca atau tidak. Mulai saat ini tak kisah samada ada yang nak stalk or bercakap belakang silakan. Saya cuma menulis kerana ingin menulis, bukan kerana sebab lain. (ohh..mungkin sebab nak menjana pendapatan dari nuffnang). Itu pun saya tak tau.

Jadi kepada sesiapa yang membaca dan follow, teruskan membaca. Pada sapa yang nak add sila lah. Jangan malu jangan segan. Kepada sesiapa yang nak cakap belakang..(memang aku kesah), so what? . Till next writing.

Monday, 26 March 2012

Tips Menjadi Pengapit Perempuan


Pengapit berasal dari kata nama kapit yang bersinonim dengan iringan, teman, kawan atau pembantu. Menurut terjemahan Kamus Pelajar Edisi Kedua pengapit ialah orang yang menjadi teman pengantin dalam majlis perkahwinan, orang yang menemani atau membantu pengantin dan orang yang berada di kiri dan kanan pengantin. Kamus Dewan Edisi Keempat pula mendefinisikan pengapit sebagai pengiring pengantin. Apa jua definisi yang diguna pakai, secara ringkasnya pengapit merupakan antara orang terdekat dengan pengantin dalam majlis perkahwinan. Sekiranya dengan secara rasmi pengantin telah memilih kita sebagai pengapit, maka kita perlu mengetahui bahawa kita merupakan antara orang yang paling rapat kepada pengantin.
Disini ingin saya kongsikan bersama beberapa tips menjadi seorang pengapit berdasarkan pengalaman saya menjadi pengapit untuk 3 majlis perkahwinan. 

1.Perbincangan dengan pengantin 
Berbincang dengan pengantin terlebih dahulu tentang baju yang akan dipakai semasa majlis supaya tidak menyerlah daripada pengantin. Pastikan pasangan pengapit lelaki juga mudah mencari pakaian yang ditetapkan.
sedondon sangat!

2.Waktu ketibaan
Kenal pasti waktu anda perlu tiba di rumah pengantin sama ada sehari sebelum majlis atau beberapa jam sebelum majlis. Pastikan anda tiba lebih awal untuk memastikan anda dapat membantu keperluan 'last minute' pengantin.Kebiasaannya pengantin tidak dibenarkan keluar dari rumah sehari atau semasa majlis, jadi sebagai seorang pengapit, kita juga bertindak sebagai kaki dan tangan kedua pengantin pada hari tersebut.

duduk tak semegah,pengapit kurang ayu di situ
3.Kemudahan penginapan
Pastikan kemudahan penginapan telah ditempah awal. Pengapit mungkin dibenarkan tidur di rumah pengantin sendiri atau pengantin akan menyediakan kemudahan penginapan bagi pengapit yang memerlukan kemudahan bermalam. Kesemuanya bergantung kepada budi bicara pengantin. 

4.Kemudahan Pengangkutan
Pastikan anda mempunyai kemudahan pengangkutan bagi memudahkan pergerakan sekiranya perlu.
Pastikan tayar juga tidak pancit

5. Kenali keluarga pengantin
Kenali keluarga pengantin bagi memudahkan komunikasi sepanjang perjalanan majlis. Pastikan juga keluarga pengantin mengenali anda supaya anda boleh bertindak sebagai medium komunikasi antara keluarga dan pengantin. 
mak pengantin sporting.tak kenal maka tak cinta

6.Kelengkapan pengapit
Sediakan tisu, lipstick dan span bedak untuk touch-up pengantin. (tidak wajib tapi diperlukan bergantung kepada keadaan semula jadi kulit pengantin) 
Payung juga perlu, walau atas dah berbumbung.

7.Ketahui aturcara majlis
Ketahui aturcara dan floor plan majlis daripada pengantin bagi memudahkan tugas sebagai seorang pengapit. Setiap majlis mempunyai aturan yang berbeza bergantung kepada adat dan budaya keluarga itu sendiri.Terdapat perbezaan antara majlis yang diadakan di dewan dan dirumah. Bagi majlis perkahwinan yang diadakan di rumah, pengantin lelaki akan datang dari rumahnya siap berpakaian pengantin diiringi keluarganya menuju ke rumah pengantin perempuan. Pengantin perempuan pula akan menunggu ketibaan pengantin lelaki di rumah pengantin perempuan sendiri. Sejurus pengantin lelaki tiba, kedua-duanya akan terus duduk di pelamin atau terus ke meja beradap (bergantung kepada aturcara majlis). Manakala untuk majlis yang diadakan di dewan, kedua-dua pengantin akan berarak masuk menuju ke dewan seterusnya ke pelamin atau meja beradap. ( semua perjalanan majlis bergantung kepada aturan pengantin sendiri) 

bincang pasal flow walau dah ada atas pelamin
8.Kenali dayang dulang
Kenali Dayang dulang (sekiranya ada) dan anda boleh memohon bantuan mereka sekiranya anda sendiri tak cukup tangan!


9.Alas perut
Alas perut sebelum majlis bermula kerana anda mungkin tidak mempunyai masa untuk makan sepanjang majlis berlangsung. Dalam sesetengah majlis, kemungkinan pengapit tidak duduk makan bersama dengan pengantin, jangan berkecil hati, terus menuju ke buffet hidangan yang disediakan dan ambil kesempatan untuk makan semasa pengantin berada di meja beradab. 

10.Solekan
Pakai solekan yang nipis dan seadanya. Tapi jangan pula kita kelihatan pucat dan tidak bermaya dan tidak memakai solekan langsung. Paling minimal ialah bedak padat dan secalit gincu. 
Solekan neutral selepas 3 round makan buffet!

11.Ikut pengantin
Elakkan membangkang permintaan pengantin. Sekiranya pengantin terkasar bahasa, atau bersikap mengarah, layankan aje. Inikan hari bahagia mereka. Mungkin mereka tak sedar. Kalau kita sedar pun, buat-buat tak sedar dan menurut sahaja perintah mereka kerana sesungguhnya mereka yang mengetahui apa yang mereka inginkan.
tak berniat interframe,pengapit tidak sopan

12.Simpan barang
Simpan semua barangan pengantin (terutama handphone) di tempat yang selamat. Anda mungkin memerlukan seorang lagi teman pembantu untuk menjaga barangan anda dan pengantin kerana anda tidak akan membawa beg ke hulu hilir. Lebih mudah sekiranya anda memakai baju yang mempunyai poket supaya boleh menyimpan barangan anda dan pengantin.
pengapit kepada pengapit (baju putih) perlu sangat!motif?

13.Kenali OP
Kenali official photographer bagi memastikan semua gambar yang ingin diambil dapat dirakamkan dengan sempurna. Buat perbincangan bersama pengantin dan jurukamera detik-detik yang wajib dirakamkan. Sekiranya tertinggal satu momen, kita bertindak sebagai reminder. Dan sekiranya OP teringat, kita juga yang akan bertindak mencari orang-orang yang sepatutnya dirakamkan detik bersama. 

14.Hand bouqet
Pastikan hand bouqet sentiasa berada di tangan pengantin perempuan. Kekadang pengantin terlupa kerana tertumpu kepada majlis yang berlangsung. Jadi, kita bertindak menyediakan dan memastikan hand bouqet berada di tangan pengantin dan tidak ditinggalkan di tempat lain. 


15.Kecemasan
Sentiasa bersedia dengan situasi kecemasan dan bertindak pantas menghadapinya. Kekadang akan timbul perkara yang tidak dijangka jadi kita perlu bertindak pantas mengatasi masalah tersebut. 

16.Ucapan penghargaan
Sebaik sahaja selesai majlis atau selesai acara terakhir dalam majlis, maka selesailah tugasan sebagai pengapit. Ketika itu, bolehlah kita berkemas untuk pulang. Ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pengantin dan keluarga pengantin. Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang menjalankan tugas. 

17. Extra service
Tanya pihak pengantin sekiranya mereka ingin extra service pengapit mengikuti pengantin ke outdoor photoshoot. Mereka mungkin memerlukan khidmat driver (takkan nak suruh pengantin drive dengan baju pengantin kan?)
extra service+extra perasan

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...