Wednesday, 7 September 2011

Kalau dah jodoh

Tiada apa yang dapat menghalang sekiranya seseorang itu sudah menemui jodohnya seperti yang tertulis di Loh Mahfuz. Siapalah kita untuk menentang takdir Ilahi.Sekuat mana tentangan dan rancangan itu,Allah lebih berkuasa ke atas sesuatu. Mengapa soal jodoh yang ingin dibicarakan? Kerana ia terlalu dekat dengan semua orang dan semua sentiasa tertanya siapakah jodoh mereka.

Tahun ini sahaja, saban hari aku menerima berita daripada rakan-rakan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Ditambah pula dengan beberapa siri majlis pertunangan diikuti majlis perkahwinan berlangsung di kalangan rakan-rakan sekolah dan rakan universiti.Apabila berita gembira itu sampai ke pengetahuanku, aku turut tumpang gembira.

Namun begitu, situasi berbeza pula dialami tatkala berita gembira itu aku terima daripada rakan baik sendiri. Pertama, perasaan terlalu gembira kerana mereka telah menemui pasangan hidup yang bakal menemani mereka sepanjang hayat.Kedua, sebak dan hiba, kerana kehilangan teman bercerita dan berkongsi rasa. Memang benar, aku sendiri bakal hidup bersama pasangan hidupku.Namun ia tak akan sama nilainya dengan rasa yang dikongsi bersama rakan baik dan yang paling utama sekali rakan baik wanita. Lelaki amat jarang untuk berkongsi rasa dan suara namun berbeza dengan wanita yang merasa lebih puas apabila rasa dan suara dikongsi berbeza.

Sehingga hari ini , aku masih belum menerima sepenuhnya bakal kehilangan rakan baikku. Memandangkan aku hanya bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun 2012, perkahwinan rakan baikku yang bakal dilangsungkan pada awal tahun 2012, sedikit sebanyak bakal mengubah perjalanan hidupku. Mudah-mudahan aku dapat kuatkan semangat untuk menyusun semula rancangan agar diberkati dan dirahmatiNYA.

2 comments:

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...