Buat kecil-kecilan mungkin sedikit berbeza dari upah orang tapi lebih puas hati.Jadi bagi B2B di luar sana, Nisa nak share tips untuk DIY photobooth ni.
1. Rancang konsep photobooth & Guest Note Corner yang diinginkan. Ada pelbagai konsep boleh digunapakai.Antaranya guestbook, cap jari pada poster, gantung notes pada ranting dan sebagainya.Untuk majlis ini,Nisa guna pakai Guest Note. Inspirasi dariB2B Kina. Kak Kina guna pakai peti surat, Nisa pula guna kotak berbentuk rumah. Kotak nisa beli di kedai kraf di One Utama.Tak ingat nama kedai ye
Side view |
Front view |
2. Sediakan pen pelbagai warna atau cop pelbagai bentuk.Boleh didapati di kedai DIY atau Daiso (kini dibuka di Midvalley!) untuk menarik perhatian pengunjung
3. Sediakan Guest Note yang bersesuaian.Kalau tak pandai guna adobe, cari je template sedia ada di internet..Just google it!
3. Sediakan sedikit cenderamata atau gula-gula untuk pengunjung yang sudi menitipkan nota pada kalian.Untuk majlis Nisa, Nisa beli klip kerta s yang ada pelbagai corak dan kepilkan nota "A little Something for You" sebagai tanda penghargaan. Nisa beli di kedai DIY dan sangat murah.Tak perlu beli banyak.Berikan pada yang terawal menulis.Ini sebagai satu inisiatif supaya tetamu tertarik untuk menulis
4.Lebih mudah, tempatkan guestbook/note corner bersebelahan dengan candy buffet.Sekiranya kehabisan cenderamata, kita boleh ambil coklat candies dari meja candy buffet!
5. Letakkan juga signages bagi menandakan atau memberitahu tetamu bahawa di situ adalah photo booth/guest note corner.Sertakan beberapa arahan mudah supaya mereka faham apa yang boleh dilakukan di situ.
6. Sediakan props dan letakkan di bekas yang bersesuaian.Sekiranya ada perkataan yang 'catchy' akan kelihatan lebih menarik.Props ni pun boleh google dan dapatkan di website.Taip props for photobooth dan kalian akan jumpa beberapa props yang kalian suka.
7. Paling penting sekali, lantik seorang ahli keluarga anda untuk menguruskan photo booth/guest note corner pada hari tersebut. Takkan pengantin nak berjaga di situ sepanjang hari kan? Nisa dari awal lagi telah berhubung dengan cousin Nisa mengenai konsep photobooth ni.Memandangkan konsep ini merupakan konsep yang baru pertama kali digunapakai dalam keluarga, jadi Nisa perlu sediakan beberapa bahan rujukan seperti website vendor yang menawarkan perkhidmatan photobooth dan guest note corner di Malaysia supaya dia mendapat sedikit gambaran mengenai corner tersebut.Alhamdulillah, dia dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baik. Saya telah ingatkan pada mak cik2 yang lain supaya tidak mengganggu cousin saya yang telah ditugaskan menjaga corner tersebut supaya beliau dapat fokus dan tidak berlari ke sana ke mari dengan tugas lain.
8. Akhir sekali, just go with the flow.Majlis nisa ni simple saja jadi photobooth and guest note corner ni jadi tumpuan saudara mara berkumpul, mengorat awek (ye ini berlaku), berborak dan sebagainya. Urusan katering tidak banyak yang perlu campur tangan kerana mereka sangat efisien. Will review about that later too.
mangsa keadaan |
budak-budak pun nak tulis sebab nak klip kertas yang comel tu |
nenek pun nak bergambar |
kawan-kawan adik yang sporting |
pengantin cari props |
Us! |
comelnye pengantin. umo bape ni? nmpk muda....
ReplyDeletenampak muda?terima kasih..umur dalam pertengahan 20an..takdelah muda sangat
Deletewaaa..cantek la dear. sooooo jeles tgk ur props. kenduri qaseh dah setahun berlalu, tp xda props cam hanisah...xsempat dear nk mereka semua tu (rugi kan). kenangan sgt
ReplyDeletethanks kak..props ni semua download je..idea dari b2b lain gak..it's ok qaseh, yang penting majlis berjalan lancar
Deletecantek giLE..sume cam perfectly organized. cayalah Nisa! hehehehe
ReplyDeletethanks cik orked,semua kena rancang..ada juga kurang sana sini..alhamdulillah semua berjalan lancar dengan bantuan sedara mara juga
Deletebukan majlis kita pada hari yang sama ke? takpe2..more b2b yang buat corner ni skrg
ReplyDeleteCreative!Thanks for sharing:)
ReplyDelete