Tuesday, 18 October 2011

E-Day Review 1: Hantaran

Tak mahu lagi review persiapan perkahwinan.So i would like to share my engagement day.Idea hantaran, ringkas tak reti gulung-gulung atau nak buat tinggi macam KLCC.So, this is what i have made for both sides

For Him
1.Sirih gubah
2.Kasut
3.Baju Batik
4.Songkok+Kain samping
5.Kain Baju Nikah+ Kain pelikat
6.Motivation Books
7.Buah-buahan
8.Kek
9.Homemade Chocolate





For Her
1.Sirih Junjung
2.Cincin
3.Kasut
4.Telekung
5.Baju Nikah
6.Kek
7.Buah-buahan
8.Tepak Sirih ( additional item)




All of the flower hantaran was made by me and semua bahagian melipat-lipat dibuat oleh adik bongsu.All i mean ...SEMUA hantaran Lelaki dan Perempuan.(tidak termasuk tepak sirih dan sirih gubah bunga kuning tu)

Konsep yang diguna pakai adalah Paper Flower.Sangat senang nak buat paper flower ni dan menjimatkan. Bayangkan rate untuk sedulang paling murah sekarang ialah RM30 dan kita ada (9 vs 7) 16 hantaran, dan itu akan menjadikan jumlah perbelanjaan RM480.Tapi dengan menggunakan konsep paper flower kos yang dikeluarkan kira-kira RM150-200 sahaja.(termasuk sewa dulang )

Sumber inspirasi paper flower.One stop portal untuk idea-idea DIY wedding


Selamat Mencuba!





Thursday, 8 September 2011

Nilai hubungan

Sekiranya kejayaan sebuah hubungan dikira melalui kekerapan perjumpaan , pastinya aku akan gagal dalam perhubungan ini kerana pertemuan kami boleh dibilang dengan jari .Sekiranya kebahagiaan sebuah percintaan diukur dengan jumlah jam yang diperuntukkan untuk berkomunikasi, pasti cinta kami berderai kerana komunikasi hanya akan terjadi untuk perbincangan majlis penting kami. Sekiranya nilai perkahwinan diukur dengan hubungan yang mampu bertahan lama sebelum diijabkabulkan, maka nilainya tidak setinggi mana kerana pertemuan kami dijodohkan keluarga.

Aku bukanlah tinggi ilmu hingga bisa mentafsirkan soal urusan takdir. Yang aku tahu hanya hukum ALLAH yang boleh aku aplikasikan serba sedikit. Lebih indah andai perjumpaan, komunikasi dan nilai perkahwinan kami tinggi di sisi ALLAh bukan tinggi di samping Syaitan. Bukan sempurna diriku ini untuk bicara soal hukum hakam hidup berpasangan.Aku juga pernah terjerumus, hidup terpedaya dengan godaan syaitan. Godaan yang membawa aku pada Zina Kecil.Waktu itu, aku pasti tiada salahnya.Sebab aku selalu kata ."Bukan buat apa-apa pun , kami Cuma berborak je".

Berborak memang tidak mendatangkan apa-apa tetapi yang berada di samping aku itu? Yang berada di tengah antara kami? Syaitan men'tarbiah' ketika kami sedang berborak. Semasa berborak kononnya tenteram jiwa, namun jiwa kita diharu birukan apabila berjauhan.Men'didik' kita semakin memuja kekasih tetapi menjauhi ALLAH.

Seberapa pasti aku pada pilihan yang telah ditentukan. Soalan yang kerap kali diajukan acap kali aku menyampaikan berita bahawa aku bakal melangsungkan perkahwinan dengan pilihan ibubapa. Mudah-mudahan aku dapat tetapkan pendirian aku hingga ke akhirnya . Aku bukan seperti dulu lagi, yang rasa macam 'meroyan' kalau sehari tiada khabar berita dari sana.Kini aku lebih tenang serta tenteram tiada rasa jiwa kacau. Sehinggakan ibu sendiri risau dengan cara hubungan aku dan si dia.

Pernah aku ajukan soalan kepada seorang teman rapat yang selalu aku jadikan rujukan di kala aku kurang yakin dengan jawapan yang aku ada. Jawapannya sangat memuaskan dan menambahkan lagi keyakinan aku. Bicaranya penuh tertib menasihati supaya aku teruskan mengikut syariat dan binalah hubungan erat selepas berkahwin kelak. Alhamdulillah ..aku temui jawapan pada nilai satu hubungan. Halal di sisi agama dan mententeramkan jiwa.

Wednesday, 7 September 2011

Kalau dah jodoh

Tiada apa yang dapat menghalang sekiranya seseorang itu sudah menemui jodohnya seperti yang tertulis di Loh Mahfuz. Siapalah kita untuk menentang takdir Ilahi.Sekuat mana tentangan dan rancangan itu,Allah lebih berkuasa ke atas sesuatu. Mengapa soal jodoh yang ingin dibicarakan? Kerana ia terlalu dekat dengan semua orang dan semua sentiasa tertanya siapakah jodoh mereka.

Tahun ini sahaja, saban hari aku menerima berita daripada rakan-rakan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Ditambah pula dengan beberapa siri majlis pertunangan diikuti majlis perkahwinan berlangsung di kalangan rakan-rakan sekolah dan rakan universiti.Apabila berita gembira itu sampai ke pengetahuanku, aku turut tumpang gembira.

Namun begitu, situasi berbeza pula dialami tatkala berita gembira itu aku terima daripada rakan baik sendiri. Pertama, perasaan terlalu gembira kerana mereka telah menemui pasangan hidup yang bakal menemani mereka sepanjang hayat.Kedua, sebak dan hiba, kerana kehilangan teman bercerita dan berkongsi rasa. Memang benar, aku sendiri bakal hidup bersama pasangan hidupku.Namun ia tak akan sama nilainya dengan rasa yang dikongsi bersama rakan baik dan yang paling utama sekali rakan baik wanita. Lelaki amat jarang untuk berkongsi rasa dan suara namun berbeza dengan wanita yang merasa lebih puas apabila rasa dan suara dikongsi berbeza.

Sehingga hari ini , aku masih belum menerima sepenuhnya bakal kehilangan rakan baikku. Memandangkan aku hanya bakal melangsungkan perkahwinan hujung tahun 2012, perkahwinan rakan baikku yang bakal dilangsungkan pada awal tahun 2012, sedikit sebanyak bakal mengubah perjalanan hidupku. Mudah-mudahan aku dapat kuatkan semangat untuk menyusun semula rancangan agar diberkati dan dirahmatiNYA.

Tuesday, 23 August 2011

Duit Raya

Minggu ini , unit kami sibuk menukar duit raya. Memang kebiasaannya unit kami yang volunteer jadi orang tengah untuk pertukararan duit raya memandangkan unit kami banyak berhubungan dengan bank. Hari ini masuk hari kedua atau pusingan kedua pertukaran duit raya. Bagi mereka yang sempat di pusingan pertama saja yang berkesempatan menukar duit raya kepada RM10.Pada pusingan kedua kami dimaklumkan stok RM10 telah pun habis.

Berpinar-pinar mata kira duit.Bagi yang bekerja di bank , nilai yang kami kira itu biasa namun bagi kami yang berdepan dengan nombor tanpa memegang duit itu sendiri,memang terkebil-kebil dibuatnya. Itulah dah menjadi kebiasaan dengan paperless money, bila tengok duit betol jadi tak keruan.

Wednesday, 17 August 2011

Iftar 1

Papan kekunci mula menaip dan tajuknya ialah IFtAR @ Berbuka Puasa. Alhamdulillah dalam menjengah minggu ke-3 berpuasa, sempatlah 3  kali berbuka di luar. So antara tempat berbuka puasa di BEN's KLCC. Disebabkan Chilli's dan Nandos penuh (la sangat) kami kena berbuka di Ben. Di sini tak dapat nak buat keputusan nak makan apa sebab semua macam sedap!Layan gambar..


Lasagna yang menggoda


The Spagheti

The Girls

Wednesday, 22 June 2011

Jejaka Pilihan

A : Hanisah, u dah bertunang ke? siapa jejaka pilihan tu? ke i yang outdated? oommmggg!!

B : Aku puaslah dok belek-belek FB kau cari siapa jejaka pilihan kau.Mana tau dok terselit kat mana-mana gambar ke.

Kenyataan rasmi : Saya belum bertunang tetapi sudah dirisik beberapa bulan yang lalu. Dia seorang yang sederhana dan buat ketika ini empunya diri masih kekal misteri. Bagi kalangan teman rapat, sudah diberitahu. Dan sudah tentunya ada beberapa orang telah melihat beliau dari FB (kerana saya sendiri yang link FB beliau kepada mereka).

Saya telah temukan housemates saya dengan beliau dan alhamdulillah menerima reaksi postif. Doakan beliau yang terbaik untuk saya dan doakan supaya saya dan beliau boleh bercinta sampai syurga. Semoga ke syurga FIRDAUSi hendaknya..

Addicted to B2B blog

Ok.Sejak dua menjak semakin hampir dengan hari kejadian, saya telah mula addicted membaca blog bakal-bakal pengantin. Punyalah banyak idea dalam kepala.Padahal nak tunang je.Baru 30% menuju hari kejadian.Dah menggelabah

Blog list utk wedding makin bertambah dari hari ke hari sampai dah tak boleh tambah (maybe jammed).Dah berkenan kat design atau konsep-konsep sesetengah B2b tapi lupa yang mana satu.Aish..kena make a list..buat buku idea.Nasib baik dah ada checklist dalam komputer.

Macam nak ubah blog ni jadi B2B tapi rasa macam kesuntukan masa.so abaikan lah..biar je berjela list b2b blog.AAK (Ada aku kesah?). Malam dah merangkak ke 1 pagi.Apalagi,buku conteng dicapai untuk design kad..eh.tunang pon nak ada kad? Over..tengok dulu tahap kerajinan.Bagi rakan-rakan terdekat, doakan kad saya tu dapat dijayakan dengan sepenuhnya kerana penerimanya adlah anda juga nanti.

Monday, 20 June 2011

Rasa ini

Belum cinta

Tapi sudah ada rasa

Belum rindu

Tapi ingin ketemu

Belum suka

Tapi sudah mulai setia

Telah mulakah

Musim bunga cinta?

Thursday, 16 June 2011

Perspektif

Dari pandangan mata orang lain : "You macam confident je,berkawan pun dengan Irene siap speaking lagi…

Dari empunya diri : Irene itu satu-satunya rakan yang dikenali dalam kumpulan tersebut.Dan bila bercakap dengannya perlulah berbahasa Inggeris kerana dia lebih memahami bahasa tersebut. Dan sebenarnya saya menyembunyikan rasa kekerdilan dalam diri. Rasa macam tersangat kecil dikalangan rakan-rakan yang lain. Tambahan pula, tiada siapa yang saya kenali dari universiti yang sama dalam kelompok tersebut. Menjadi calon tunggal mewakili IPTA, terasa seperti membawa harapan seluruh warga ipta.Confident? Gugup yang teramat sangatlah sebenarnya.

Kesimpulan : Apa yang kita perhatikan bukan seperti apa yang kita fikirkan. Fahami apa yang cuba ingin dilakukan dan disampaikan.

Wednesday, 15 June 2011

Jangan Tegur

Situasi : Sekitar 8 malam

Cik L : Ok.Kita buat dia flow mcm ni…bla.bla..bla

Saya : Ok ..

Sedang khusyuk kami berdua membuat perbincangan, tiba-tiba kedengaran..

"Dap!...Dap!..Dap!

Saya : Bunyi apa tu wei..Lipas kot?

Dap!..Dap!..Dap!..semakin kuat seperti tapak kaki kedengaran bergerak dari arah pintu bilik perbincangan ke tingkap bersebelahan saya.Bunyinya datang dari siling.

Saya : Burung ke (dalam hati)

Cik L : Pergilah! Jangan kacau

Selang beberapa minit bunyi itu semakin perlahan dan mula menghilang.Wajah kedua-duanya pucat dan cuba menyembunyikan apa yang berlaku sepeninggalan rakan yang lain menunaikan solat. Selesai perbincangan,kami terus bergegas keluar dari pejabat.Mengemas apa yang patut dan segera pulang.

Bunyi apa yang kami dengar masih menjadi misteri. Dan hari ini kami telah melalui pengalaman yang telah dilalui oleh orang lain.Namun ia tidak boleh mematahkan semangat kami untuk menyiapkan tugasan di pejabat. Bukannya selalu kena stay back. Bila dikenang kembali ada juga lucunya walaupun rasa seram pada mulanya.Mudah-mudahan tidaklah 'mereka' mengacau lagi malam ni

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...