Saturday 21 August 2010

Saya betul ikhlaskan awak pergi

Awak..saya tak tipu bila saya betul kata nak awak pergi dari hidup saya.Hari ini saya buka facebook awak.Setelah beberapa minggu saya blocked FB awak.Itu sebagai tanda pintu hati saya memang sudah tertutup untuk awak.
Memang mimpi saya benar.Tempoh hari saya bermimpikan awak.Saya datang pada awak tapi awak senyum dan toleh pada orang lain.Kali ini saya tk menangis dalam mimpi ini.Kerana saya memang telah merelakan pemergian awak dan sudah tiada rasa dalam hati ini untuk awak.
Hari ini,mimpi saya memang hampir tepat.Awak memang bahagia,memang tersenyum dengan orang lain.Ayat antara awak dan si dia memang bunga-bunga cinta.Pilihan awak tepat,semolek dan secantik yang saya bayangkan.
Awak,ikhlaskanlah diri mencintai dia.Jangan buat apa yang awak buat pada saya.Tapi kalau dia menerima awak seadanya,teruskanlah.
Awak..saya kini sedang memberi hati pada yang lain..Jaga dia baik-baik ye awak.Saya memang suka sangat-sangat.Ikhlas ni.bukan hipokrit.Saya rasa sangat lega.

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...