Wednesday 24 October 2012

Progress DIY #2 : Button Badge

Sebelum

Selepas



Atas pandangan saudara mara, mereka tak mahu badge ini diletakkan nama sebab malu nak tayang nama depan orang ramai. Si pembuat rasakan ia awesome tapi bakal si pemakai tidak.Jadi, biarkan sahaja kosong sebegini

Tuesday 23 October 2012

Progress DIY: Oversize Paper Flower

Sejak kali pertama lihat backdrop yang digunakan team Ruche untuk salah satu photoshootnya, Nisa terus suka.Gigih buat research cara nak buat "oversize flower".Rupa oversize flower tu seperti di bawah :



Hasil dari carian, terjumpa satu site Design*Sponge yang tunjukkan cara-cara nak buat oversize flower ni. Kebanyakan barang-barang yang digunapakai nisa cuba ubah sedikit ikut bahan yang ada di Malaysia. Dan hasil dari itu, salah satu percubaannya, jadilah begini :


Rasa ada rupa ke? Lupa nak letak crepe paper warna kontra sikit macam dalam gambar team Ruche tu. ada masa sikit, nak struggle buat. Baru buat satu, 9 oversize flower to go.Rasa-rasanya nak letak di mana ye oversize flower ni?Korang cuba teka..
 


Tuesday 16 October 2012

Antara Nilai 3, Ayer Hitam dan Jalan TAR

Tiga tempat ini merupakan 'hot spot' bagi bakal pengantin. Bagi Nisa setiap tempat mempunyai kelebihan tersendiri. Nisa sendiri beli barang-barang perkahwinan dari ketiga-tiga tempat ini. Nak share sikit apa yang ada kat ketiga-tiga tempat ni .

Nilai 3, Negeri Sembilan

Sekiranya anda tidak ke Bandung, Nilai 3 adalah alternatif bagi membeli kain untuk ahli keluarga. Selain dari pelbagai pilihan, harga berpatutan tapi kena pandai cari kedai ok.

Selain itu, nak beli beg-beg untuk isi doorgift pun murah, Contohnya untuk non woven bag saiz S dijual RM 2.20 sepaket yang berisi 10 beg di Jalan TAR,manakala di Nilai 3 dijual dengan harga RM2.00 sepaket dengan pembelian 1000 ke atas.

Variasi bunga yang dijual di sini pun menawarkan harga yang berpatutan. Ada kedai menjual bunga artificial hygandrea saiz S dengan harga RM3.90 sejambak. Saya jumpa ini di kedai VR Star. Rambang mata nak pilih bunga.Ada pelbagai saiz, bentuk dan warna. Kalau ada masa, survey dari satu kedai ke kedai lain dan kita boleh dapat harga yang murah antara kedai.

Door gift kat sini pun boleh tahan, tapi setiap kedai menawarkan barang yang hampir sama seperti balang kecil, cawan vintage, kipas dan sebagainya. Sekiranya mahukan kelainan untuk pemberian door gift,boleh cari di tempat lain.

Nak cari langsir pun ada, mereka boleh jahit dalam masa 1 jam!

Jalan TAR,Kuala Lumpur

Ini adalah tempat bagi penggemar kain berjenama. Sebut sahaja dan semua syarikat yang pernah masuk iklan TV ada di situ. Nisa pergi ke sini sekurang-kurangnya sekali sebulan. Paling kerap pun pergi dua kali seminggu

Nak cari kain boleh cari di JAKEL,KAMDAR,NAGOYA,OSMAN,EURO MODA,GULATIS

Nak beli ready made baju pun ada kat sini ,jenis cotton, chiffon beaded dan lain-lain lagi.Range harga dari RM100 dan ke atas. Baju cotton masa raya hari tu boleh jatuh RM50 sepasang.

Nisa suka pergi sini sebab beli material untuk hantaran dan hiasan. Bagi sesiapa yang nak beli tissue paper boleh la dapatkan di Kedai SIN YIN di tingkat LG dalam bangunan Semua House. Kalau beli yang dah siap pack 50 helai dijual RM20.Untuk yang dipaket 3 tissue paper dijual RM1.35. Untuk tissue aka crepe paper yang keras dijual dengan harga berbeza. Jadi terpulanglah pada keputusan dan planning anda. Pastikan anda merancang terlebih dahulu sebelum membeli sebab bila dah sampai sana rambang mata kerana kebanyakan barang murah-murah terutamanaya bahan-bahan 'mentah' untuk hiasan. Bunga artificial / palsu pun ada di jual di sini.Range harga bermula RM3.00 sejambak.

Tak jumpa barang di Sin Yin? Takpe ada lagi satu kedai barang perkahwinan sebelah dia. Biasanya Nisa beli crepe paper yang keras sikit di kedai ni.Di jual dengan harga RM5 satu gulung. Tapi kalau ada offer ,beli 1 gulung dapat 1 gulung percuma.

Tak jumpa lagi,tapi masih nak berlegar di Semua House dan shopping dengan keadaan lebih luas? Korang amik lif pergi ke tingkat U5(tingkat paling atas sekali).Ada satu lagi kedai yang lebih besar. Harga lebih kurang sama je dan kawasan lebih luas. Tak ramai sangat orang dalam ni,mungkin sebab orang tak tau. nisa baru tau wujudnya kedai ni selepas diberitau rakan yang sama hunting to Jalan TAR dua hari berturut-tutut.Kitorang sempat singgah kat kedai ni pada hari kedua sebab sampai awal. Untuk pengetahuan,kedai di SEMUA HOUSE kebanyakannya ditutup pada pukul 8 malam.Jadi, kalau nak pergi lepas kerja,pergi awal sikit.

Kedai Bunga Reben was recommended by Zila. Nisa plan nak buat button badge,ada kain tapi takde bling-bling sebab tak tau nak beli kat mana. Biasanya lalu je depan kedai reben ni sebab ingatkan jual barang jahitan dan tak menarik.Sekali masuk, lagi sekali rambang mata nak pilih. Thanks to Zila,finally i found the bling-bling to my button badges dan pin belakang tu pun dibeli di Kedai Bunga Reben.

Tudung pun banyak gaya dijual di Jalan TAR. Bagi yang nak cari Shawl ala2 Shasmeen Sakura tu,kat sini banyak di jual. Harga range sama dengan Radiusite dan boleh tawar lagi. Inner yang kemas pun baru keluar di pasaran Jalan TAR ni.Sebelum ni susah nak cari kat situ. Bukan semua kedai kualiti dia sama, jadi kena pandai pilih. Kalau pergi masa kedai dah nak tutup memang harga kaw-kaw la korang dapat.

Ayer Hitam. Batu Pahat,Johor

Bagi orang Johor, disarankan singgah la ke Ayer Hitam,ada pelbagai pilihan door gift..Ada kelainan sikit je berbanding di Nilai 3. Harga pun boleh tahan murah.Dengan RM1.00 dapat cawan yang kecik2 je kat Nilai 3 tapi kat Ayer Hitam ni dapat la cawan besar sikit siap dengan sudu comel.Doorgift untuk rombongan pengantin lelaki pun Nisa beli di sini. Tawar dengan pekerja pertama tak dapat langsung diskaun.Cuba dengan pekerja lain di kedai yang sama.Dapat la diskaun 10 sen? Boleh la kan dari takde (sedapkan hati). Nisa biasanya singgah Ayer hitam kalau balik kampung, Untuk beli door gift saja nisa perlukan 3 trip. Tak boleh angkut semua, setiap trip bawak 500 unit dan trip terakhir nisa pergi on 23 Sept untuk beli Door Gift VIP. Dinasihatkan, sila guna skill tawar menawar anda.

Untuk makluman, Ayer Hitam ada banyak bahagian. Bahagian Ayer Hitam Lama banyak jual soft toys, kerepek dan cenderamata serta hiasan rumah. Kerepek kat sini pun sedap-sedap. Nisa suka kerepek pedas dan Nisa suggest untuk pergi Kedai Pak Cik Cowboy untuk beli kerepek ubi pedas kat situ. Time raya ramai orang borong kerepek di situ.

Ayer Hitam Baru pula lebih banyak barang untuk perkahwinan dari bunga, door gift, hiasan dan sebagainya. Yang penting,kena pandai tawar menawar.

Kesimpulan : Walau dimana pun destinasi pilihan membeli belah, pastikan kita mempunyai perancangan awal untuk pembelian barangan. Banyakkan buat rujukan dan tanya kawan sekeliling.Sebab kalau jalan jauh-jauh pastu benda yang kita cari takde, itukan satu kos dan pembaziran juga. Best of Luck untuk kalian

p/s : dah penat nak shopping dan survey. Nak duduk rumah siapkan projek D.I.Y je sekarang ni


Progress : Kad Kahwin Delivery

Nisa dah start hantar kad kahwin sejak 15 Sept 2012 lagi.Kad baru je sampai kat tangan masa tu dan terus edar. Golongan pertama yang dapat adalah saudara mara yang bau-bau bacang la.Maksudnya saudar mara kepada mak cik dan pak cik.Tapi mak cik dan pak cik tak dapat sebab memang dah tradisi jemput pakai mulut pun mereka akan datang.

Seterusnya bagi pada rakan-rakan rapat dalam ofis. Ni group yang saya dah anggap macam famili sendiri. Oleh sebab tak bersedia sangat nak bagi,terpaksa tulis nama diorang depan-depan diorang.Agak terkilan sebab tak sempat tulis awal,but it thoughts that counts.

Minggu ketiga giliran untuk kad dihantar by pos. Tak ramai pun.Pakai setem 60 sen sebab sampul surat kosong. Tulis alamat pakai tangan dengan anggaran 5 kad sehari tulis alamat sahaja.Effort tu diperlukan,jadi tulis sikit-sikit

Minggu lepas, edar kad di kawasan perumahan pulak.Saya yang drive cari jalan sama-sama dengan ayah.Berpusing-pusing tapi itupun tak cukup satu taman, baru conquer separuh dari kawasan tu,Inilah gaya seorang ayah yang dengan selamba berkain pelikat dan berbaju pagoda menghantar kad dari rumah ke rumah.

Minggu ni nak edar kad untuk kawan dalam department dan department lama pula..Yang ni memang banyak..

Ada sesiapa nak kad? Dengan ini setulus hati Nisa jemput ye.Boleh bagi address pada link berikut and tinggalkan comment kat sini jugak.takut tak perasan.Segan nak jemput sebenarnya.Lepas pergi wedding Nisa, boleh la singgah Nilai 3 .hehehe

Link Form

Monday 8 October 2012

Review Giveaway : Gift from Shaja Ratul Design

 Nisa pernah join contest yang dianjurkan oleh Shaja Ratul Design  dan Alhamdulillah telah terpilih sebagai salah seorang pemenangnya.Ini merupakan hadiah yang paling tidak disangka. Niat dihati cuma nak masuk suka-suka sebab pemenang pun dipilih berdasarkan cabutan. Nisa dapat tahu pun melalui seorang rakan yang nisa ajak sekali join contest tu. Kalau dia tak bagitau,nisa pun tak tahu menang.

Perasaan masa tu..Excited!Dalam minggu yang sama nisa menang another giveaway (pun berdasarkan cabutan).Rasa nak pengsan ok.Dahla masa diberitahu oleh rakan tu,kami masing-masing dalam training.Balik je training,gigih la cari line internet. Dan sah saya pemenangnya

Sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang, terus pm Kak Shaja beritahu details majlis. Nisa tak tau nak pilih warna apa so cadangkan Kak Shaja nak ungu dan clear colour dengan merah sikit.Atas cadangan Kak Shaja, bunga tu dia letak clear,pink and purple colour sebab merah tu 'out' sangat dengan warna purple. Seminggu yang lepas follow up lagi dengan Kak Shaja dan baru nak confirmkan warna, dalam minggu tu jugak bunga tu siap. Alhamdulillah, cepat jugak siap.So Sabtu lepas,ajak housemates teman ke kedai Shaja Ratul Designs.

Dan mesti nak tau rupa kan? Tak yah teaser sangat lah..nanti lepas kahwin , takut tak ter review, so presenting the Special Gift from Shaja Ratul Designs

Pemenang di hadapan kedai
Pada sesiapa yang nak walk in ke kedai Kak Shaja, boleh refer peta .Area bandar Kinrara, dekat sikit kalau masuk ikut stadium bukit jalil.Nisa dah siap berpusing-pusing sebab pakai GPS yang bawak ikut jalan Puchong.Don't fully trust your GPS.Follow your instinct.


Nisa pick up handbouqet kristal ni di Shaja Ratul Design. Kedai tu di tingkat 1.Atas kedai yang jual hardware.naik tangga sikit terus jumpa kedai. Kedai tu ada staff Kak Shaja yang jaga.Dalam kedai ini khusus untuk hantaran,handbouqet dan bunga pahar

Ada satu kedai lagi di bawah Kak Shaja iaitu Shajaratul Collections.Kat situ jual doorgift, paper lantern reben dan beberpa akesories untuk hias doorgift. Kedai tu seperti dalam gambar di atas.Kedudukannya terletak beberapa meter dari Shaja Ratul Design. Tak susah pun nak cari kedai ni sebab ada sign board besar.

 Close up sikit hand bouqet kristal

 

Jangan segan nak tanya Kak Shaja, senang nak berurusan,Zaman sekarang canggih, komunikasi through FB dan telefon.Dah masuk kedai tu, nisa sarankan untuk explore apa yang ada. Rugi nisa hari tu sebab sampai masa kedai nak tutup dan tak sempat nak terjah sebab dah penat drive campur sesat.

Check it out !

Shaja Ratul Design blog : http://shajaratul.com/

Shaja Ratul Design FB







Thursday 4 October 2012

The Spare Wedding Shoes

Ibu nisa raise a concern mengenai wedding shoes. Katanya

Ibu : Kasut yang pakai buat jalan kat luar rumah tu takkan la nak bawak masuk rumah? nanti kotor rumah

Saya : Takpe ibu, nanti long cari kasut spare untuk pakai dalam rumah je


Yup, nisa jumpa kasut ni on clearance sale di Times Square.Sangat murah,you will be surprised,tak kisah la kalau orang kata tak elok atau tak cantik,yang penting i'm loving it. Kalau nak beli kasut di Times Square,kena pandai cari kedai,rajin-rajin pusing.Alhamdulillah Nisa tak banyak kali pusing pun sebab sebelum ni pernah jumpa kedai ni cuma tak ada saiz dan takde design yang berkenan.

Sepasang kasut ini akan digunakan hanya di dalam rumah.Berbaloi untuk kasut yang hanya akan dipakai sehari.

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...