Thursday 14 April 2011

Teguh

Ya, saya tetap dengan keputusan saya untuk tidak berpaling darinya. Tidak akan sekali pun berubah. Tidak akan ku nyanyikan lagu Mila "jika kau ubah fkiran, aku kan setia menanti".


 

Malam ini mudah-mudahan dapat bertahan untuk mendengar dan menonton rancangan semanis kurma dengan tajuknya " Bila cinta lama kembali semula"

Wednesday 6 April 2011

Persiapan

Mana nak mula. Perhitungan menuju hari pertunangan..5 bulan..rasa macam lama tapi melihatkan satu pun tidak dimulakan lagi, ibu bapa kedua-dua belah pihak telah mula menimbulkan resah. Baik,cuba bersabar,saya akan mulakan untuk mencari baju bersesuaian.Haruslah busana muslimah tapi nak cari area Seremban,adeh mana yang berkenan tu payah. Kalau dah susah sangat, mahu saja disarung baju kurung mengerlip. Barang perlu dicari sejak awal memandangkan jenis sikap last minute hanya akan meributkan majlis. Mudah-mudahan berjumpa dengan apa dicari

Kenangan mengusik kalbu

Baru aku mengerti istilah kenangan itu mengusik kalbu.
Situasi di pasar malam. Seorang perempuan memesan Kuey Tiaw Goreng daripada brader gerai yang bertungkus lumus membungkus pesanan. "Bang, saya nak ini dan campur yang itu sekali" Selesai brader itu membungkus dengan gaya innocent dia menoleh ke belakang "Awak, bayar kan"- sambil menunjuk ke arah Kuey Tiaw tadi. Dengan gaya gentleman (dan mungkin terpaksa ) si lelaki mengeluarkan not berwarna hijau dan menghulurkannya kepada perempuan tadi. Perempuan tadi tersipu malu (tapi mahu) lalu membayar Kuey Tiaw yang dipesannya. Maka berlalu pergi sepasang kekasih menelusuri hiruk pikuk pasar malam. Dari gaya dan pemakaian kelihatannya mereka adalah pelajar universiti (obvious sangat sebab pakai baju tertera nama universiti kot!). Melihatkan situasi ini, teringat aku zaman universiti melihat rakan-rakan mempunyai teman pendamping sendiri dan tidak terkecuali aku. Insiden itu benar-benar menusuk kalbu menyingkap memori masa lalu. Hendak dan cuba dibiarkan berlalu tanpa ia singgah di fikiran namun ia tetap menjengah. Mungkin sekadar imbasan supaya aku sentiasa sedar siapa diriku yang sebenar.

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...