Friday 19 November 2010

Sekitar Aidiladha


Antara lembu yang dikorbankan.Lembu 1..siap ditag


Salam Aidiladha diucapkan kepada semua. Tahun ini saya beraya di Seremban. Memandangkan cuti raya di pertengahan minggu maka sambutan kali ini diraikan di Seremban. Walaubagaimanapun ia tetap meriah dengan 11 ekor lembu telah berjaya dikorbankan dan diagih-agihkan. Berkat tenaga dan usahasama jiran tetangga,kerja yang banyak rasa sikit je. Bak kata pepatah," Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

Adeh..kena pulak potong ayam

Ayam...

Sepakat membawa berkat

Salam Aidiladha!

Monday 15 November 2010

Tuesday 9 November 2010

Bila Hidup seperti Novel dan Drama

Kalau nak disamakan hidup seperti drama, boleh aku katakan perjalanan hidupku ketika ini seperti drama Chinta. Wataknya,plotnya hamper serupa. Aku seperti Sadatul Saadiah dan si dia seperti Rasul Iman. Kami dijodohkan oleh keluarga. Dan kini aku sedang melalui plot yang sama akan dilalui oleh Sadatul Saadiah dan rasul Iman. Yang mana selepas peringkat pengenalan oleh kedua ibu bapa , kami akan bertemu empat mata dan berkongsi pandangan. Benarkah perjalanan plot aku lalui kini akan serupa seperti yang dilakonkan mereka.Aku mengharapkan hubugan itu ke jinjang pelamin. Namun tidak pula mengharap kehadiran watak Chinta dalama hubungan kami berdua. Debaran kian terasa untuk bersemuka dengan si dia.

Dalam waktu yang sama kisahku jua seperti novel melayu.Seperi kata riz ,teman blog yang juga seorang penulis novel melayu.Saat watak wanita menemui cinta barunya, saat itulah jua kekasih lama datang menagih simpati untuk membina janji yang tidak dapat terpateri dulu. Pelik hati seorang lelaki. Walau kekasih lama itu telah menemui cinta barunya sendiri, mengapa tidak dapat dilupa kenangan lalu bersama kekasih lama.Apa guna kenangan andai telah tercipta harapan bersama kekasih baru. Peliknya kekasih lama tidak dapat memaafkan diri sendiri kerana melepaskan watak wanita tadi. Memang begitu dugaan tika kita bertemu yang berkenan di hati.

Akhirnya kita jua membuat pilihan untuk tinggal dalam kenangan atau membina harapan. Aku memilih untuk membina HARAPAN.

Monday 8 November 2010

Yang Merah itu Persona.

Segala urusan dipermudahkan. Urusan peminjaman lulus tanpa penjamin.Tanpa persoalan daripada pihak bank segalanya berjalan dengan lancar. Akhirnya . PERSONA datang dengan penuh gaya . Boleh dikatakan juga PERSONA kereta raya kerana kedatangannya jatuh pada hari Deepavali.

Pemanduan penuh gaya

Plastik pun masih belum dibuka.Baru dan bergaya.PERSONA elegance memang tepat.


Kereta ini adalah kereta yang dibeli bagi menggantikan Honda Accord yang telah berusia hampir 2o tahun. Honda Accord diganti dengan Persona Elegance.My Vi tetap menjadi keretaku.PERSONA kini milik ibuku walaupun dipinjam atas namaku.

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...