Monday 31 December 2012

Review Wedding Vendors : Wedding Cake

Saya bukanlah penggemar kek, begitu juga husband. Puas memikirkan apa yang perlu kami potong masa upacara memotong kek. Anis kurang gemar kek bertingkat.Takut membazir dan takde orang makan (plus  budget banyak hanya untuk kek yang diri sendiri tak makan).Pulut kuning apatah lagi. Jadi berkeputusan untuk  memotong sebiji kek sahaja ditambah dengan sedikit hiasan dan cake topper di atas kek yang Anis DIY sendiri dengan bantuan pengapitku Ailyn.

Sumber inspirasi datang dari dua gambar di bawah ni.













Hasilnya pada hari kejadian.......






Anis tergoda dengan buah strawberry yang banyak di atas kek tu. Berulang kali tengok website dan terliur sampai satu hari sebab tak tahan sangat (sebab hari tu puasa) ,terus order .Plan asal nak cuba dulu, baru tempah betul-betul untuk wedding nanti, tapi dah alang-alang tu terus order untuk pakai masa wedding
The inside

Cake topper tu DIY.Minta tolong pengapit tolong buatkan sebab pengantin tak cukup tangan.

Bahan-bahan untuk cake topper huruf H & F

Kain Felt hitan
Font cantik ( pilih dalam word atau mana-mana template di website)
Batang Lidi
Gam

Cara-cara

1.Print font yang bersesuaian atas sekeping kertas kemudian ambil kain felt serta lekatkan bersama font tadi.Gunting ikut bentuk. Buat dua kali untuk setiap huruf supaya huruf tu boleh berdiri dengan sendiri .

2.Selepas itu gamkan font yang dah siap tadi di batang lidi.Nak tambah cantik,potong bentuk love atas kertas merah dan buat cara yang sama macam step 1.Dah siap.Mudah kan? itupun pengantin tak sempat buat sendiri dah.

untuk tempahan kek boleh layari

Facebook : AnisBakery
Website : AnisBakery.Net

Highly Recommended..!!!



Thursday 27 December 2012

Pilihan Shawl Nikah/Sanding V2

Dalam entry pertama, ada share shawl nikah tapi cuma share dua je, jadi kali ni nak share pelbagai pilihan ikut kategori.

Untuk ready made shawl, pilihan boleh didapati di :

Range harga RM50 dan ke bawah 





Harga antara RM50-RM100


 from Shawlforyou

 


from Radiusite

 Range harga RM 100 ke atas

                                                               Najjah Boutique

Untuk customized pulak, range harga bergantung kepada design dan material.Kebiasaannya harga RM100 ke atas.Pilihan boleh didapati di :

 from Kita ke Situ 


 from Elya Shazleen


Dan kalau opt untuk shawl half moon kosong, tapi pilihan warna takde macam baju korang macam dalam radiusite ni, cuba DIY atau hantar kedai.

Yang ni paling selamat sebab material korang pilih sendiri, warna biar kasi matching dengan baju dan hantar kedai dia siap potong dan jahit (untuk kes tak pandai jahit macam Nisa ni). Mana nak cari kedai macam tu? Bagi yang berada di KL, boleh ke Jalan TAR(dah macam duta jalan TAR PLAK Nisa ni).Ada satu kedai namanya kedai Zailiana or Zailina , tak ingat sangat, boleh tolong buatkan shawl plain halfmoon.Kedai ni boleh customized shawl ikut gaya yang korang nak jugak. Harga upah jahit RM15 untuk satu shawl. Untuk kain, cari di Kamdar..Chiffon Sakura atau mana-mana chiffon yang namanya ala-ala jepun

Selamat mencuba!

Wednesday 19 December 2012

2012 Year End Promo by SBBN

YES..it's almost come to end of year 2012. Sekejap je kan? Nak war-warkan sikit la pasal one of promo by Something Borrowed by Nawal(SBBN). If still remember, Nisa pernah memenangi voucher RM200 dari vendor ni.Hadiah utama lucky draw.Memang tak sangka.Mula-mula sangka ini cuma khayalan dan mungkin skim promo vendor untuk tarik minat pelanggan supaya beli barang mereka lepas dah ambil barang free kan.Rupanya tidak sama sekali.Memang sejujurnya Nisa dapat total sewa barang RM200 dari SBBN. Tak perlu ambil extra barang pun.

Kak Nawal from SBBN is totally professional and very friendly. Nisa ambil barang-barang dari Kak Nawal 2 hari sebelum majlis.Senang je nak cari rumah Kak Nawal ni,dekat area Alamanda Putrajaya je.Mula-mula salah rumah, tapi bila call Kak Nawal balik, cuma kena patah balik 1 minit cari rumah yg betul.Kak Nawal dah siap bagi phone no in case apa-apa terjadi. Bila dah ambil barang,Kak Nawal keluarkan resit sebagai formaliti.Dan tiada bayaran la kan sebab menang voucher tu.

Back to cerita asal , Kak Nawal buat promo this coming 20.12.2012.Tarikh cantik kan? Kak Nawal nak bagi diskaun 20% untuk sewa barang. Bayangkan kalau harga sewa biasa bantal ottoman RM30 seunit,dengan 20% diskaun, cuma perlu sewa dengan kadar RM24,dan kalau sepasang dapat la harga RM48.Tak sampai RM50 pun!


Grab cepat ye.Tunggu Khamis ni untuk promo Year End Sale.Nisa pernah sewa barang-barang dari SBBN.Alhamdulillah berkesempatan rasa barang ekslusif untuk majlis.Sekurang-kurangnya ia penyeri majlis Nisa yang sederhana tu.

Macam-macam barang ekslusif disewakan di SBBN. Nisa dapat sewa beberapa barang dengan percuma untuk menaikkan seri pelamin DIY (post) dan masih dilayan baik walaupun barang diberikan percuma.Jadi,jangan ragu-ragu memilih SBBN sebagai vendor anda.Layanan pasti bagus.SBBN ada menambah portfolio menyewakan barangan untuk DIY pelamin.Barang seperti backdrop,platform boleh juga disewa dari beliau.Barang-barang baru nak disewa ni pun cantik-cantik belaka.








Ada yang berkenan? Boleh terus layari page FB kak Nawal for more updates.Nantikan Promo SBBN pada 20.12.2012 ni (Khamis).Jangan ketinggalan!

FB : SomethingBorrowed by Nawal

Grab the promo..Wait for tomorrow!

Tuesday 18 December 2012

Review Wedding Diy #3 : Hantaran for him

Ni DIY Projek ke 3 Nisa.Memang susah nak meyakinkan ibu untuk percaya yang Nisa nak buat sendiri.Tapi lepas tunjuk sedikit progress setiap minggu,akhirnya ibu benarkan jugak buat sendiri.Nak share sikit hasilnya

Tafsir Al-Quran

GPS
Jam  Tangan

Coklat

Buah-buahan

Cake in a jar

Sirih gubah

Nisa bagi 7 dulang berbalas 5 dari pihak lelaki. Barang yang Nisa gunakan untuk gubah
Crepe Paper (buy 1 free 1) = RM 10 (beli 2 dapat 2 gulung free)
Bunga hiasan tambahan = RM15
Gabus RM4 per piece = RM 28
Juraian manik = RM40
Crepe paper Hijau RM0.50 per piece=RM3.50
Kain Net = RM20
Reben 1 gulung = RM0.90
Gam Tembak (isi) = RM5.00 (anggaran)
Manik bunga di tengah =RM10

Total =132.40

Anggaran kos per dulang (tidak termasuk isi ye)= RM18.90

Ini anggaran saja, plus minus boleh cecah RM20 jugak sedulang (campur kos pergi balik kedai beli barang).Jimat la beberapa Ringgit kan. Final touch hantaran semua adik yang buat.Pengantin pandai buat bahan asas dan bunga je.Bab gubahan memang dah lantik adik bongsu.Dia ni pulak last minute baru ada mood dan idea nak buat.Layankan je la.Asalkan siap.

Sirih Gubah pulak beli je dekat kedai area Seremban.Ibu kata sederet dengan Bank Rakyat.RM30 untuk sirih gubah tu.Ok la kan.Alas sirih gubah tu memang saja je biar kosong.(padahal malas nak beli juraian manik baru)

Bunga tu Nisa buat sebulan sebelum majlis.Memang gigih la setiap minggu buat minggu ni.Nak alter sana sini.Itu je nak share.Setiap minggu up satu entry.Boleh la kan..

Thursday 6 December 2012

Review Wedding DIY #2 : Guest Note & Photo Booth Corner

Photo booth corner ni memang Nisa nak buat sungguh-sungguh,hingga saat akhir sebelum make up masih berusaha sedaya upaya untuk set up corner ni. Tapi Cik Nisa dah pesan dan lantik seorang cousin selaku ajk photo booth untuk jaga dan pastikan keadaan di situ berjalan lancar.

Buat kecil-kecilan mungkin sedikit berbeza dari upah orang tapi lebih puas hati.Jadi bagi B2B di luar sana, Nisa nak share tips untuk DIY photobooth ni.

1. Rancang konsep photobooth & Guest Note Corner yang diinginkan. Ada pelbagai konsep boleh digunapakai.Antaranya guestbook, cap jari pada poster, gantung notes pada ranting dan sebagainya.Untuk majlis ini,Nisa guna pakai Guest Note. Inspirasi dariB2B Kina. Kak Kina guna pakai peti surat, Nisa pula guna kotak berbentuk rumah. Kotak nisa beli di kedai kraf di One Utama.Tak ingat nama kedai ye

Side view

Front view


2. Sediakan pen pelbagai warna atau cop pelbagai bentuk.Boleh didapati di kedai DIY atau Daiso (kini dibuka di Midvalley!) untuk menarik perhatian pengunjung

3. Sediakan Guest Note yang bersesuaian.Kalau tak pandai guna adobe, cari je template sedia ada di internet..Just google it!


3. Sediakan sedikit cenderamata atau gula-gula untuk pengunjung yang sudi menitipkan nota pada kalian.Untuk majlis Nisa, Nisa beli klip kerta s yang ada pelbagai corak dan kepilkan nota "A little Something for You" sebagai tanda penghargaan. Nisa beli di kedai DIY dan sangat murah.Tak perlu beli banyak.Berikan pada yang terawal menulis.Ini sebagai satu inisiatif supaya tetamu tertarik untuk menulis

4.Lebih mudah, tempatkan guestbook/note corner bersebelahan dengan candy buffet.Sekiranya kehabisan cenderamata, kita boleh ambil coklat candies dari meja candy buffet!


5. Letakkan juga signages bagi menandakan atau memberitahu tetamu bahawa di situ adalah photo booth/guest note corner.Sertakan beberapa arahan mudah supaya mereka faham apa yang boleh dilakukan di situ.


 6. Sediakan props dan letakkan di bekas yang bersesuaian.Sekiranya ada perkataan yang 'catchy' akan kelihatan lebih menarik.Props ni pun boleh google dan dapatkan di website.Taip props for photobooth dan kalian akan jumpa beberapa props yang kalian suka.


7. Paling penting sekali, lantik seorang ahli keluarga anda untuk menguruskan photo booth/guest note corner pada hari tersebut. Takkan pengantin nak berjaga di situ sepanjang hari kan? Nisa dari awal lagi telah berhubung dengan cousin Nisa mengenai konsep photobooth ni.Memandangkan konsep ini merupakan konsep yang baru pertama kali digunapakai dalam keluarga, jadi Nisa perlu sediakan beberapa bahan rujukan seperti website vendor yang menawarkan perkhidmatan photobooth dan guest note corner di Malaysia supaya dia mendapat sedikit gambaran mengenai corner tersebut.Alhamdulillah, dia dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baik. Saya telah ingatkan pada mak cik2 yang lain supaya tidak mengganggu cousin saya yang telah ditugaskan menjaga corner tersebut supaya beliau dapat fokus dan tidak berlari ke sana ke mari dengan tugas lain.



8. Akhir sekali, just go with the flow.Majlis nisa ni simple saja jadi photobooth and guest note corner ni jadi tumpuan saudara mara berkumpul, mengorat awek (ye ini berlaku), berborak dan sebagainya. Urusan katering tidak banyak yang perlu campur tangan kerana mereka sangat efisien. Will review about that later too.

mangsa keadaan

budak-budak pun nak tulis sebab nak klip kertas yang comel tu

nenek pun nak bergambar
kawan-kawan adik yang sporting
pengantin cari props
Us!


Tuesday 4 December 2012

Reveiw Wedding DIY #1: Pelamin


Pelamin yang diusahakan sendiri atas bantuan adik beradik yang bertungkus lumus touch up sehingga saat akhir.


DIY Paper Flower

Idea asal sepatutnya diletakkan di frame gambar.Namun terdapat lebihan bunga, jadi diletakkan pada candle lantern sebagai penyeri .Idea last minute daripada adik.

Candle Lantern from Something Borrowed by Nawal
Courtesy from Kak Nawal. Boleh refer post menang giveaway
Karpet bulu rent from Zila..You have been very helpful girl!i owe you something

DIY Oversize Paper Flower
Inspired from Ruche.Refer post

Paper Lantern from Something Borrowed by Nawal


Bantal bulu from Something Borrowed by Nawal
 Bantal Mr & Mrs inspired from Mrs Gaban
 Full View on Solemnization Day

Full View on Reception Day

Spot the difference between these two days?

 Bunga Telur by SSF Home Deco
Bekas Pahar courtesy of Something Borrowed by Nawal

Pelamin tidak segah mana tapi tetap comel di mata saya..Memang kena million and trillion thanks to my brother , sisters and family who support and help to realize this idea.Mereka yang banyak menolong saya.



2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...