Friday 29 October 2010

Awe oh Awe

Hanya kerana sebuah buku,akhirnya aku dapat bertemu dengan AWE,seorang rakan lama yang telah menyepikan diri dari rakan-rakan.Dia juga mengejutkan rakan-rakan lain dengen berita pernikahannya dengan anak ustaz di tempat pengajian kami.Namun,begitulah aturan Yang Maha Esa.

Pertemuan kali ini,membuat kami berborak panjang.Segala perihal tentang rakan-rakan kami kongsi bersama.Dari yang solo sehingga ke rumah tangga sehingga pada rakan yang telah selamat melahirkan anak.Dia telah banyak kali tidak dapat menyertai gathering yang aku adakan.Tidak pernah sekali pun dia datang.namun kehadiran dia hanya untuk memulangkan buku yang sangat aku inginkan bagi membuat rujukan kerja telah membuat aku kembali bersemangat.


Katanya,dia tidak dapat melanjutkan pengajian kerana bekerja dengan abangnya di sebuah syarikat pembinaan. Hasil titik peluhnya memerah keringat bekerja di syarikat tersebut membolehkan dia menikah dengan gadis pilihannya. Kemudian dia cuba beralih menjalankan perniagaan lain.Dari satu perniagaan ke satu perniagaan dia mencuba.Walaupun telah juga cuba mendapatkan pekerjaan di syarikat swasta dan juga kerajaan namun masih belum membuahkan hasil. Kini dia menjalankan perniagaan makanan di puncak Alam. Cukuplah buat menanggung perbelanjaan keluarga baru baginya.Semoga Berjaya dan peroleh rahmat selalu dariNya.Aku doakan kau bahagia bersama pasangan.Semoga kita ketemu di lain masa Izkhairi Ibrahim aka Awe.


Sempat jua aku mengambil gambarnya buat tatapan.Masih dengan kenakalannya namun telah jauh berubah jalan kehidupan.Kini telah berstatus suami orang dan peniaga.

Thursday 28 October 2010

Japanese Food

Pengalaman pertama dan mungkin terakhir makan di restoran jepun.Bertemu dengan klien dan makan di hotel terkemuka (HILTON HOTEL ok?) mungkin merupakan salah satu skop kerja aku.Klien kami telah mengadakan temujanji makan tengahari.Agendanya cuma makan-makan berborak borak dan bertukar pendapat.

Menu pertama,raw fish( Ikan mentah ?).masa mula-mula itu agak teragak-agak nak menelannya.Memandangkan hidangan tersebut dipesan oleh pihak klien,maka dengan secara rela paksa aku menelan raw fish tersebut.Yang paling dikenali cuma ikan salmon.Jadi aku cuma berani makan ikan salmon mentah.Aiyoo..mentah ok!Rasanya kenyal-kenyal.Susah nak gambarkan seperti makan apa.Mujur ikan itu segar.

Menu pelik seterusnya adalah belut.Manis tetapi menggelikan.Menu-menu yang lain masih boleh ditelan seperti nasi bawang putih,Teppanyaki Daging dan Ayam serta Tempura Seafood.Makan Tengahari diakhiri dengan aiskrim teh hijau.

Kesimpulannya,pengalaman yang tak terduga.Tiada ruang untuk bergambar.Memandangkan kami duduk semeja dengan CEO klien,maka tidak boleh buat perangai seperti keluar dengan kawan-kawan.Hari-hari yang mendatang bakal dilalui dengan pengalaman seperti ini.Jadi tidak hairanlah boss saya menjangka saya akan bertambah berat badan sepanjang saya berada di sini.

P/s : Kemungkinan kadar kolestrol juga bertambah seiring kekerapan keluar makan bersama pihak klien.

Thursday 21 October 2010

Apa cerita

Ada sesetengah bloggers telah mula memprivatekan blog mereka atas alasan mereka diintip dan hanya ingin berkongsi cerita bersama teman terdekat.Kalau saya.ada ke yang nak menyinggah di blog yang tak punya apa-apa cerita ni.Well,depends on individual.For me,biarlah sesiapa pun yang baca.That's why macam malas je nak letak traffic yang detect pembaca.(Actually kalau buat asyik tak jadi je nak upload traffic,

Macam dah habis modal nak cerita.Cuma mahu berkongsi rasa.Hati ini telah mula membuka ruang untuk dihuni.Alhamdulillah,masing-masing telah meluah isi hati.Tinggal urusan keluarga yang dinanti.Aku tidaklah mengharapkan hubungan seperti pasangan bercinta yang lain.Serik kah?memang serik,dulu bercinta bagai nak rak ,tapi akhirnya kecundang di siang hari.Tidak berkesudahan seperti yang dinanti.Akhirnya sang lelaki pergi mencari yang lain.Cukuplah bercerita pengalaman dulu yang sebenarnya sangat menyakitkan hati.

Tentang lelaki ini...Dari keluarga yang baik,perawakan yang sopan serta punya kerja yang bagus.
Tentang aku...sama mungkin seperti dia.Biarlah perasaan ini disimpan.Cukuplah sekadar kami tahu kami menyukai satu sama lain.Tidak perlu terlalu berhubungan kelak kemanisan di alam perkahwinan akan lebih terasa.

Tentang lelaki yang telah jauh pergi..Pergilah jauh terus dari diri ini.Memang lega di hati,bila sebenarnya aku tahu siapa dirimu sebenarnya.Jelaslah janji yang kau ikat untuk sehidup semati hanya tinggal janji.Akhirnya kau pergi juga bersama insan pilihan hati.Walau apapun keputusanmu,aku akur kerana aku suka sangat sebenarnya tidak terseksa dan terbeban dengan persaaan untuk memiliki kamu.Memang tepat keputusan aku untuk menarik diri dari hubungan ini.Kerana memamg sudah tiada nilai di dalamnya.

Dan kini aku telah mula membuat perkiraan untuk majlis pernikahan.Sempat dan cukupkah dengan apa yang ada.Mudah-mudahan cik abang sayang pun turut mengumpul bersama.Memang diam saja komunikasi kami berdua.Diam tanda setuju ,mungkin?

Tuesday 19 October 2010

Akan hadirkah cinta antara kita?

Mengapa Allah turunkan hujan yang lebat,kerana selepas itu akan muncul pelangi untuk menceriakan bumi.Mungkinkah kau pelangi yang dinanti setelah aku melalui episod duka di hati?

Calon suamiku,

Terlalu tinggi harapan yang kau letakkan padaku.Dimatamu aku seorang wanita cukup budi pekerti,pandai menjaga diri dan ikhlas menyayangi.Usah kau harapkan kesempurnaan dariku kerana aku bukan seperti itu.Namun kiranya hadirku disisimu bagi menyempurnakanmu,mungkin itu boleh berlaku.

Calon suamiku,

Aku juga tidak mengharapkan kesempurnaan.Masing-masing di antara kita punya kisah silam berbeza.Andai ia akan meluka antara kita,usah dibuka cerita yang lama.

Calon suamiku,

Moga cinta kita ketemu di syurga.Biar ia halal selamanya.Jangan terpedaya dengan umpan syaitan yang dusta.Yang akan menzinakan hati kita.Peliharalah hubungan ini sehingga kita diijabkabulkan nanti.

Calon suamiku,

Tidakku marah andai kita hanya berbalas kerlingan.Tidakku kesal andai tiada detik pertemuan.Cukuplah seadanya kerana kita menjaga batasan.Semoga bertaut kasih di singgahsana impian.

Calon suamiku,

Andai memang kamu yang ditakdirkan untukku.Biarlah cinta antara kita hadir di saat yang sewajarnya.Jangan dipersoal mengapa aku tidak seperti wanita biasa.Kerana aku ingin cinta kita terpelihara untuk merasa manisnya asmara yang terbina atas mahligai perkahwinan.

Calon suamiku,

Bersabarlah untuk detik itu.Akan tiba saatnya nanti untuk hati kita bersatu.Mudah-mudahan peroleh rahmatNYa dan sentiasa direstu.

Mudah-mudahan kamu untukku.

Friday 15 October 2010

Kerjaya

Soalan yang kebiasaannya ditanya pada aku.


"How's work?"


and i replied


"Great,learn many new things"


as far as i concern, there is too many to absorb within this 1 year.Menjadi salah seorang FTP (FAST Track EXecutives) atau bahasa mudahnya ...nak naik pangkat cepat dalam masa 3 tahun,terlalu banyak benda yang perlu dikejar.Kena belajar apa yang orang lain dapat tangkap dalam masa 3 tahun,tapi aku kena tangkap 1 tahun je bila stay at one department.


So,basically my work memang so related dengan apa yang dipelajari masa zaman universiti dulu.Sampai hampir kebanyakan buku teks yang tebal-tebal yang aku selalu bawak pergi kelas terpaksa aku angkut sekali ke pejabat supaya aku dapat refresh kembali memori dan terma-terma finance yang selalu diguna pakai di sini.Investment, Derivatives,International Trade, dan yang paling penting sekali..CORPORATE FINANCE.Posisi aku sekarang ini.Assistant Manager,Tresury,Corporate fInance.Terngiang-ngiang segala pelajaran di zaman universiti dulu.Dan sekali lagi boss tidak pernah lokek berkongsi ilmu.Seakan-akan aku mengambil master tanpa perlu mendaftar di universiti.


I always wondering, ada tak orang nak berada di posisi aku sekarang ni?Bila kesemuanya berlaku dengan pantas.Dari luar,orang melihat kita mencapai segala-gala yang diinginkan.Beyond expectation,that's is what can i describe now.


I hope my career will success and get the support from family and friends.Sentiasalah doakan yang terbaik untuk saya.

Friday 1 October 2010

Musim Kahwin

Masa raya,masa cuti sekolah,masa cuti umum..pokok pangkalnya masa cuti mesti berderet jemputan kahwin untuk dihadiri.Dan pada masa itulah anak dara dan anak bujang akan dihimpit dengan soalan cepumas dari orang tuanya..

Situasi seperti ini kerap berlaku...

"Anak Cik M tu sebaya kau dah kahwin..anak sorang dah"

"Eh..dah kahwin budak dua tu?ekau bila lagi?'

Tidak terkecualilah diriku ini kerap dihimpit soalan seperti berikut

"Tarikh kahwin diorang kahwin ni cantik-cantik aje..10.10.2010..eh..orang tu tak nak pilih tarikh ke?'

"aih,kak long,dah kerja tu ..dah stabil boleh move to next stage"

"Kamu bila lagi?"

Kekadang nak jawab camni:

"Calon dah lari,nak cari pengganti bukan ambil masa sehari.Bagilah saya kenali potensi diri.Inikan dah kena ready jadi bini.Semua mesti steady.Nak cari pengisi hati,bila berkenan ada yang lari.Tunggulah satu masa nanti.Akan ada yang sudi."

Tapi bila di mulut jawab lain..

Doa-doakan lah jodoh saya ..insyaAllah..

Mudah-mudahan saya dapat labuhkan cinta pada insan yang melabuhkan cintaNya pada Allah.

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...