Wednesday 22 June 2011

Jejaka Pilihan

A : Hanisah, u dah bertunang ke? siapa jejaka pilihan tu? ke i yang outdated? oommmggg!!

B : Aku puaslah dok belek-belek FB kau cari siapa jejaka pilihan kau.Mana tau dok terselit kat mana-mana gambar ke.

Kenyataan rasmi : Saya belum bertunang tetapi sudah dirisik beberapa bulan yang lalu. Dia seorang yang sederhana dan buat ketika ini empunya diri masih kekal misteri. Bagi kalangan teman rapat, sudah diberitahu. Dan sudah tentunya ada beberapa orang telah melihat beliau dari FB (kerana saya sendiri yang link FB beliau kepada mereka).

Saya telah temukan housemates saya dengan beliau dan alhamdulillah menerima reaksi postif. Doakan beliau yang terbaik untuk saya dan doakan supaya saya dan beliau boleh bercinta sampai syurga. Semoga ke syurga FIRDAUSi hendaknya..

Addicted to B2B blog

Ok.Sejak dua menjak semakin hampir dengan hari kejadian, saya telah mula addicted membaca blog bakal-bakal pengantin. Punyalah banyak idea dalam kepala.Padahal nak tunang je.Baru 30% menuju hari kejadian.Dah menggelabah

Blog list utk wedding makin bertambah dari hari ke hari sampai dah tak boleh tambah (maybe jammed).Dah berkenan kat design atau konsep-konsep sesetengah B2b tapi lupa yang mana satu.Aish..kena make a list..buat buku idea.Nasib baik dah ada checklist dalam komputer.

Macam nak ubah blog ni jadi B2B tapi rasa macam kesuntukan masa.so abaikan lah..biar je berjela list b2b blog.AAK (Ada aku kesah?). Malam dah merangkak ke 1 pagi.Apalagi,buku conteng dicapai untuk design kad..eh.tunang pon nak ada kad? Over..tengok dulu tahap kerajinan.Bagi rakan-rakan terdekat, doakan kad saya tu dapat dijayakan dengan sepenuhnya kerana penerimanya adlah anda juga nanti.

Monday 20 June 2011

Rasa ini

Belum cinta

Tapi sudah ada rasa

Belum rindu

Tapi ingin ketemu

Belum suka

Tapi sudah mulai setia

Telah mulakah

Musim bunga cinta?

Thursday 16 June 2011

Perspektif

Dari pandangan mata orang lain : "You macam confident je,berkawan pun dengan Irene siap speaking lagi…

Dari empunya diri : Irene itu satu-satunya rakan yang dikenali dalam kumpulan tersebut.Dan bila bercakap dengannya perlulah berbahasa Inggeris kerana dia lebih memahami bahasa tersebut. Dan sebenarnya saya menyembunyikan rasa kekerdilan dalam diri. Rasa macam tersangat kecil dikalangan rakan-rakan yang lain. Tambahan pula, tiada siapa yang saya kenali dari universiti yang sama dalam kelompok tersebut. Menjadi calon tunggal mewakili IPTA, terasa seperti membawa harapan seluruh warga ipta.Confident? Gugup yang teramat sangatlah sebenarnya.

Kesimpulan : Apa yang kita perhatikan bukan seperti apa yang kita fikirkan. Fahami apa yang cuba ingin dilakukan dan disampaikan.

Wednesday 15 June 2011

Jangan Tegur

Situasi : Sekitar 8 malam

Cik L : Ok.Kita buat dia flow mcm ni…bla.bla..bla

Saya : Ok ..

Sedang khusyuk kami berdua membuat perbincangan, tiba-tiba kedengaran..

"Dap!...Dap!..Dap!

Saya : Bunyi apa tu wei..Lipas kot?

Dap!..Dap!..Dap!..semakin kuat seperti tapak kaki kedengaran bergerak dari arah pintu bilik perbincangan ke tingkap bersebelahan saya.Bunyinya datang dari siling.

Saya : Burung ke (dalam hati)

Cik L : Pergilah! Jangan kacau

Selang beberapa minit bunyi itu semakin perlahan dan mula menghilang.Wajah kedua-duanya pucat dan cuba menyembunyikan apa yang berlaku sepeninggalan rakan yang lain menunaikan solat. Selesai perbincangan,kami terus bergegas keluar dari pejabat.Mengemas apa yang patut dan segera pulang.

Bunyi apa yang kami dengar masih menjadi misteri. Dan hari ini kami telah melalui pengalaman yang telah dilalui oleh orang lain.Namun ia tidak boleh mematahkan semangat kami untuk menyiapkan tugasan di pejabat. Bukannya selalu kena stay back. Bila dikenang kembali ada juga lucunya walaupun rasa seram pada mulanya.Mudah-mudahan tidaklah 'mereka' mengacau lagi malam ni

Saturday 11 June 2011

Setel ke...??


Preparation untuk majlis pertunangan. Tak tahulah dah berapa peratus selesai. Buku checklist selalu je bertukar-tukar.Jadi selalu lupa mana satu yang dah setel dan mana satu yang perlu diselesaikan.Dah jadi mcm tu.Tangan ni ternampak la satu aplikasi Setelkahwin.com

Wah..Majlis Tunang pon serabut lagi dok advanced sangat nak kahwin pulak. Actually aplikasi ni beri idea pada saya untuk buat checklist untuk pertunangan gak. Lepas ni kena buat 2 copy.Hardcopy and softcopy.In case buku hilang,boleh rujuk dalam komputer.dalam komputer hilang???Yes.Aplikasi SETTLEKAHWIN akan banyak membantu. Cuma taip saja.Lepas log in sebagai ahli, 56 checklist keluar.Mak aih..camne nak shortlist jadi sikit untuk pertunangan nanti.Ok.Cepat-cepat.En Bakal Tunang belum dihubungi untuk dimaklumkan pembelian kain untuk dipakai waktu tunang nanti

Ingatkan si dia nak pakai kemeja je.Sekali nak pakai sedondon la plak.Colour baju tempah hari tu plak pelik..nasib baik tak pilih pink.Ok.jangan risau Encik Bakal Tunang, walaupun saya dah syok sendiri awalnya..tapi insyaAllah kita akan perbetulkan.

Semua nak pakai sedondon sekali..satu famili? Tak yah la ..baru bertunang..Nak jugak?Ok la..Saya cuma tak mahu menyusahkan.Tapi kalau dah nak pakai ok jugak

p/s : Tarikh kahwin hanya jangkaan.Subject to changes

Thursday 9 June 2011

BFF Contest Siri 2

Memandangkan sambutan hangat untuk siri 1 bff contest, eightDesign Boutique telah menganjurkan BFF contest untuk kali kedua dan kali ini di datangkan dengan hadiah yang sangat lumayan sehingga bernilai lebih RM 4 ribu!

Walaupun gagal dishortlist pada siri 1, namun saya mencuba nasib untuk siri kedua pula dan Alhamdulillah telah dishortlist antara peserta yang boleh di'like'. Jadi saya telah memilih gambar bersama teman rapat ketika zaman universiti berdasarkan gaya yang boleh dikateorikan sebagai 'luar biasa'.Tambahan pula, saya telah mengarang sajak yang lahir dari isi hati mengikut apa yang telah saya lalui bersama teman teman. So, marilah vote. Blog ni dah lama sepi tapi bagi sesiapa yang terlintas untuk baca blog ini. Sila support saya dan bff serta ikuti langkah berikut:

*Pastikan anda membuka FB terlebih dahulu

Step 1 :

Sila tekan butang 'LIKE' pada http://www.facebook.com/eightdesigns


 

Step 2:

Like my Pic with BFF

http://www.facebook.com/?ref=home#!/photo.php?fbid=10150190897365808&set=a.10150181630375808.300271.130763970807&type=1&theater


 

Step 3:

Copy Paste step 1 & 2 serta sebarkan pada yang lain.

 
 

Sumbangan dan sokongan like anda semua amatlah dihargai

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...