Wednesday 30 June 2010

Memburu kerja

'Hunting jobs'-satu perjalanan dan proses yang memerlukan kudrat dan mood di tahap yang sangat baik.Kalau takde mood,memang tak bergeraklah tangan ini untuk mencantikkan resume serta menghasilkan ayat-ayat yang yang 'vogue da vast' yang memuji diri sendiri tinggi melambung untuk menarik perhatian panel.

Sejujurnya,saya hanya mula menghantar resume pada minggu ketiga MEI.Agak lewat rasanya dibandingkan dengan rakan lain.Sebenarnya rasa kalut bila kawan-kawan lain mula mendapat panggilan untuk temuduga kerja walhal saya masih bergoyang kaki di rumah kerana telah ada rancangan sepanjang bulan Mei dan Jun.Maka JOBSTREET menjadi pilihan untuk memudahkannya.Di sini ingin saya kongsikan bersama rencah dan ragam beberapa interview yang sempat saya pergi.

Temuduga 1
Jawatan : Customer Service Executive
Panel : Akar Insan (One on one interview)
Syarikat : Maybank Berhad

Stage 1
English Test-Menilai kemampuan calon untuk berbahasa inggeris.

Topik yang saya dapat-Eyelashes: sangatlah confius sebab tiba-tiba blur dan tak tau eyelashes tu apa benda.tersilap fikir yang eyelashes tu adalah eyeshadow,padahal ia adalah bulu mata ok.Tak nampak sangat lah.Memang goreng garing ayat english.Alhamdulillah lepas stage 1 dan boleh ke stage ke 2

Stage 2
Seorang panel bertanyakan beberapa soalan latar belakang.

Panel : Tell me about your education background (sambil membelek sijil-sijil yang saya bawa)

Saya: I graduated from..bla..bla..bla

Panel : Where's your SPM result?How we should know your SPM?

Saya : I forgot to bring it.But i can tell my SPM result was....XXX

Panel : What is your career planning for another 5 years.

Saya : My future planning is to become diversified and not only focus to one job only...bla..bla..bla

Panel: IF we want to send you away from seremban,would you accept it?

Saya : Of course, Do i get this job?

Panel : I'm just asking,but if you do ,you will be working at Bukit Jelutong with RmXXXX salary and transportation will be provided from a point.

Saya : Ok.Good.When can i know reply from you?

Panel : We'll inform you next week and if you get through this you have to undergo another interview with Maybank.

Saya.Ok.Thank you.I'm looking forward to hear it from you.

Keputusan temuduga : Saya berjaya dan dipanggil untuk temuduga bersama Maybank.Sayang sekali saya terpaksa menolaknya dan telah memaklumkan kepada pihak Akar Insan bahawa saya telah menerima tawaran kerja lain.
-----------------------------------------------------------------------------

Temuduga 2

Jawatan : Admin Assistant
Syarikat : Koperasi Wawasan Malaysia Berhad (KOWAMAS)
Tempat : Seremban 2
(5 orang panel menemuduga seorang calon)

Panel : (sambil meneliti borang permohonan kerja).Kami nak panggil awak apa yea?

Saya : Baiklah,panggil saya anis

Panel : Ceritakan sedikit tentang diri kamu.

Saya : Saya seorang bermotivasi,suka membaca buku Dr. fadzilah Kamsah..bla..bla..bla

Panel : Awak tak berminat untuk memohon jawatan sales /marketing executives?

Saya : Saya boleh buat,tetapi kurang berminat.Saya pernah membuat bisnes cupcakes tapi itupun sekadar mencari pengalaman dan bukan keuntungan.Saya sedar sebagai eksekutif pemasaran adalah berdasrkan sasaran jualan jadi saya tak yakin syaa mampu mencapainya kerana saya sukar mendekati orang.

Panel : Jadi,saya boleh katakan awak ni takde bf la yea?

Saya : (Adoi,nak jawab macam mana ni).Emmm...baru je clash cik

Panel : Atas alasan apa?

Saya : (Lagi payah ni).Adalah cik..alasannya

Panel :takpe,mungkin ada hikmahnya,awak boleh fokus dan tumpukan perhatian pada study.

Saya : Ok

Panel : Kami nak tawarkan awak jawatan ni,awak sedarkan sebagai lepasan ijazah tentunya mahukan jawatn eksekutif,jadi berapa lama awak boleh stay dengan syarikat kami?

Saya : Saya sedar cik,kalau persekitaran syarikat baik,mengapa saya perlu pindah walaupun saya ditawarkan ke tempat lain.Kalau saya boleh hold kontrak saya dengan syarikat lain,saya akan hold.

Panel : Baiklah,kalau kami tawarkan jawatan ni berapa awak nak?kami cuma mampu bagi RM 800.Bukan seperti yang awak tulis nih..RM 1500

Saya : RM 800?emmm RM900 boleh?

Panel : Baiklah,nanti kalau awak diterima,kami akan beritahu

Saya : Ok.Kalau macam tu bila saya akan tahu jawapannya ya cik?Lagi cepat lagi bagus,jadi tak perlulah saya pergi ke temuduga yang lain.

Panel : Dalam masa 2 minggu kerana kami perlu proses pemilihan ini dulu.

Saya : Kalau lebih awal lagi bagus cik.Terima kasih.Saya amat berharap dengan keputusan cik

Keputusan temuduga : Keesokan harinya saya telah dipanggil untuk menghadiri kursus di Ipoh,Perak dan Kuala Lumpur.Memang cepat tapi sekali lagi saya menolak kerana dipanggil untuk menghadiri kursus bersama Yayasan TM.
-----------------------------------------------------------------------------

Temuduga 3

Jawatan : Penolong Pengurus (Eksekutif)
Syarikat : Telekom Malaysia (TM)
Tempat : Kolej TM ,KL
(2 orang panel temuduga seorang calon)

Temuduga ini adalah khusus untuk pemegang biasiswa TM yang memperoleh First Class Honour.Calon yang berjaya dalam temuduga akan dapat mengikuti Fast Track Program (FTP) yang mana calon yang berjaya menunjukkan prestasi kerja yang baik,akan dinaikkan pangkat menjadi Manager dalam masa 3 tahun.Kebanyakan calon adalah lepasan MMU.Calon dari IPTA hanya 3 orang sahaja terdiri daripada 2 orang lelaki,seorang daripada UIA dan seorang lagi dari UiTM.Manakala saya merupakan calon tunggal wanita dari IPTA.Tanggungjawab yang berat untuk memikul nama IPTA.Namun,saya hanya yakinkan diri .Mudah-mudahan saya dapat menempuhi temuduga ini dengan lancar.
Temuduga berjalan selama 2 jam setengah.Soalan -soalan panel adalah soalan yang standard dan kebanyakan berkisar tentang kemahiran dan kepimpinan.
* How do you motivate others?
*How do you see yourself as a leader?
* How do you adapt to change?
*What do you do to make others follow you?
*How do u solve problems?
Begitulah beberapa soalan yang ditanya.Soalan-soalan tadi perlu dijawab disertakan dengan pengalaman semasa di universiti.Puaslah saya menjawab dan bercerita sehingga kekadang terpakasa mengulang cerita yang sama kerana tidak dapat mengingati pengalaman lampau.Tetapi beberapa pengalaman sempat saya kongsikan bersama panel.Pengalaman yang saya boleh kaitkan adalah sepanjang bergelar MPP,menjadi pengarah projek,setiausaha serta menjadi ketua bagi kebanyakan assignment sepanjang bergelar mahasiswa.Saya meminta panel memberikan saya beberapa minit untuk berfikir supaya dapat menceritakan pengalaman yang diperlukan.Alhamdulillah,panel pun sangat sporting.Ada orang nasihatkan supaya tidak terus menjawab soalan panel supaya kita tidak kelihatan terlalu desperate.Itulah yang saya lakukan.
Keputusan temuduga : Saya mendapat tawaran kerja di TM cuma belum dimaklumkan samada tersenarai dalam program Fast Track atau tidak.Saya akan bermula pada 1 julai 2010 dengan menjalani induksi selama 10 hari kemudian ON JOB Training selama 6 minggu.Mudah-mudahan saya dapat menjalaninya dengan penuh ketabahan dan kesabaran.
----------------------------------------------------------------------------
Moral of the story : Berusahalah selagi upaya dan yakin dengan keupayaan diri.Tanam dan niatkan dalam hati untuk memperoleh kerja dan rezeki yang halal.InsyaAllah akan dipermudahkan urusan untuk mencapai apa yang dihajatkan.Andai doa lambat dimakbulkan,Allah telah menyusun yang lebih baik untuk kita.
p/s : Semoga ini juga adalah satu rezeki dan laluan saya untuk menuju ke gerbang dan alam rumah tangga nanti.

Saturday 26 June 2010

I am 23

Wow! 23 already.Cepatnya masa berlalu.Alhamdulillah saya masih bernafas dan mampu berpijak di bumi ini.

Tiada sambutan hari jadi secara rasmi.Ucapan daripada rakan-rakan di FB dan di telefon sudah cukup gembira bagi saya.Kecanggihan memang membantu.

Tahun ini saya memperoleh hadiah terbaik pada hari jadi saya.Yes!Akhirnya saya akan memulakan kerjaya di TM.Syukur,setelah melalui sesi temuduga selama 2 jam 30 minit,akhirnya saya dipanggil bagi jawatan Penolong Pengurus.Nama macam gempak ,atau nama lain dipanggil eksekutif.Namun begitu,pihak pengurusan tidak memberitahu bahagian yang akan ditempatkan.Tak mengapa,asalkan saya dilantik sebagai pekerja tetap di situ

'Wish' saya pada tahun ini ..emmm..biarlah diringankan jodoh.Emm..sebut pasal jodoh,pada malam hari lahir ,sempat jua saya menjeling calon suami (eh ..boleh tahan.)Bila dia turut menjeling,saya buat tak tahu.Masa ni memang nak call je besties beritahu..Eh..mamat tu boleh tahan la..rezeki hari jadi..dulu nampak belakang je,tapi malam itu...ringan jodoh kah?

25 JUN-Selesai saja mengambil offer letter,singgah di Secret Recipe.Berkongsi sepotong Chocolate Indulgence bersana adik-adik.Umpama keraian kecil.Cukuplah.Hujan di KL umpama merahmati lagi rezeki ini.Mudahah-mudahan saya dapat menempuhi alam pekerjaan yang penuh mencabar ini dengan ikhlas.

Tuesday 1 June 2010

Memori Pengapit

Syukur Alhamdulillah,Majlis Perkahwinan Cik Yam berlangsung dengan meriah dan jayanya.Maklumlah anak sulung pasti disambut sebegitu.Siap ada zapin sekali.

Yang paling terharu sekali apabila Cik Nisa terpilih untuk menjadi pengapit pengantin perempuan,Cik Yam.Suatu pengalaman yang menyeronokkan.Walaupun terasa penat di akhirnya ,selama 3 hari 2 malam menjadi pengapit Cik Yam namun kepuasaan dan kegembiraan sampai tak terucap kerana dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pengapit.

Cik Nisa cuma mahu share gambar-gambar semasa manjadi pengapit.Akan dikongsikan bersama nanti tips-tips sepanjang bergelar pengapit.Ambil berkat
.


Akad Nikah

Malam Berinai


Majlis Pihak Perempuan

Majlis Pihak Lelaki

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...