Thursday 25 June 2009

Tag dari Syahmi..

Tag ni dah lama sangat Syahmi bagi ..tapi agak lama juga ambil masa nak jawab.Bukannya apa..tag ni minta gambar masa kecik-kicik.mane ada kamera digital dulu..so nak cari scanner pun x sempat.Jadi, sempena kemasukan printer + scanner ke rumah saya yang baru dibeli baru-baru ni, ada peluang la nak jawab tag Syahmi ni.Sorry yea Syahmi for the late..It's better late than never...

1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda!
Syahmi-kenal masa bengkel pemilihan biasiswa yang sengit dan buat jiwa senget.heheh

2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka... Sebanyak yang anda suka,dan nyatakan umur anda di dalam foto itu
Gambar-gambar di bawah adalah gambar paling kanak-kanak yang pernah disiarkan di alam maya..harap maklum..


umur 5 tahun..jadi mangsa ni..yang sebelah tu bukan bf yea.Kebetulan hari tu budak lelaki ni sedondon biru plak.Cikgu tadika pun amik la gambar kami berdua.

Ini sambungan pada gambar sebelum ni..acara angkat kaki dan hayun tangan.hahaha..Inilah barisan kita , yang ikhlas berjuang!!!

umur 6 tahun...sebelah saya ialah jiran masa tinggal kat JB..Fadli..tahun 92..umur 5 tahun..siapa tarik tudung nih..

3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)
1. Pengsan waktu tadika dan langsung tidak sedarkan diri.Bangun-bangun je dah ada kat bilik rawatan.Sejak dari hari itu,saya tak pernah pengsan atau tidak sedarkan diri lagi
2.Masa kecik-kecik minat sangat tengok ALONG..kucing besar kat TV tuh.pernah masuk pertandingan yang dianjurkan dalam rancangan tuh.Beria-ia hantar borang penyertaan dan memang mengharapkan kemenangan.Bila tiba hari nama pemenang diumumkan di akhbar,saya pun excited nak tengok nama ada ke tak..bila belek satu-satu takde nama saya pun.Frust yang teramat sangat.Nangis gila-gila.Sedih..Beberapa bulan kemudian,masa tengah kemas dashboard kereta ibu,terjumpa sampul surat yang beralamat ke rancangan Along..emm..patutla..memang takde peluang nak menang sebab borang tu tak pernah sampai ke penerbit rancangan aLONG sebab ibu lupa nak pos borang tu..Aduyai..
3.Satu hari kawan-kawan sekolah rendah ajak saya pergi petik buah delima kat rumah cina berhampiran sekolah kami.Memandangkan buah delima memang favourite saya,tanpa berfikir panjang..saya pun mengikuti misi ini.Dengan berkobar-kobar saya pun petik delima yang ditanam dihadapan rumah cina tu.Tiba-tiba saya dengar tuan punya pokok tu jerit-jerit dalam bahasa cina.Kami pun cabut lari pasal takut sangat.Sangkanya mungkin tuan punya jerit..ambil la buah delima tu..Bila dah besar panjang ni baru terfikir,rupa-rupanya aku curi buah delima tu.Bukannya tuan punya bagi free suka-suka.Saya telah ditipu oleh kawan-kawan tadi.Dah tak mau buat lagi dah..serik!
4.Masa darjah satu semua murid diwajibkan injection.Takde la takut ..disebabkan saya ini terlalu kurus..jarum injection itu terasa mencucuk tulang saya jugak..Adoh!nak bagitau nurse..segan..jadi senyap je menahan kesakitan.
5.Masa sekolah rendah selalu masuk pertandingan karaoke ,masa hari keluarga Telekom pun pernah masuk karaoke..biasanya nyanyi lagu ziana zain atau siti nurhaliza..tapi tak pernah menang.huhuhu.berani je lebih tapi suara tak merdu kot..


4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil
kak long..hanisah..anis..nisa..

5) Tag 10 kawan blog anda... Pastikan mereka jawab!!!
ini dia mangsa-mangsa seterusnya..tapi tak dapat la cukup 10
1.Siti Soleha
2.Sweetiebumble
3.Farid Ayob
4.Fahmi
5.echah-..come out come out where ever you are..
harap-harap sudi-sudi luang masa untuk jawab..

Wednesday 24 June 2009

Award..i'm touched

Thanks Sol for the award..first award ever..Dan saya telah memilih hari istimewa iaitu hari ini merangkap hari jadi saya..(berbangga la Sol..saya terima pada hari yg istimewa..hehehe).bila bace2 rupanya ada terma dan syarat.Ok..i try to follow the terms and regulations yea





Terma dan syarat:


♥ Letakkan logo award ini di blog anda.


♥ Anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.


♥ Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.


♥ Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.


♥ Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.



Boleh bagi dua je setakat ni..boleh gitu?harap sudi terima

1.Syahmi... http://cybertechpb.blogspot.. cerita menarik

2.http://hidupdalamjournal.blogspot.com.. pengalaman seorang pendidik yang sangat memberi inspirasi serta memuatkan gambar yang memukau..

Monday 22 June 2009

Kuantan

Terlepas pula satu cerita..masa ikut rombongan merisik hari tu sempatlah jalan-jalan sekitar Kuantan.Kat kuantan kami menginap di Hotel Vistana.Sejajar dengan tarafnya 4 bintang.Biliknya boleh tahan.Tahun lepas pergi biasa-biasa je tapi rasanya hotel dah upgrade jadi apa yang saya nampak berubah paling ketara ..ada flat screen TV kat bilik! dengan 30 saluran TV..Bilik di tingkat paling atas dan boleh nampak swimming pool.Boleh tengok je tapi tak terjun..segan dah besar la katakan..Tapi yang paling best kat hotel ni ialah masa breakfast..memang berbaloi la breakfast kat hotel ni.macam-macam boleh makan.Dengan RM 18++ ada nasi lemak,nasi goreng,pancake,mee rebus,bubur,roti canai,salad,cereal,jus,kopi ,teh..fuh..banyak.Puas hati makan kat sini berbanding ada satu hotel kat Kuantan gak bayar lebih kurang RM 18 untuk breakfast tapi setakat makan nasi lemak ngan roti baik tak payah.Serik gak nak tidur hotel macam tu.So..Hotel Vistana adalah pilihan terbaik.



Ada beberapa tempat menarik yang perlu dikunjungi di sekitar Kuantan.Dulu masa kecil selalu jugak lalu Kuantan sebab dah jadi laluan untuk balik kampung Kelantan.Tapi masa kecil mana nak ingat..so dah besar ni baru la ingat..Ayuh la ke Kuantan




SATU
Telok Cempedak


pantai yang bersih,pemandangan yang indah dan sesuai untuk mandi manda.


DUA

Tanjung Lumpur.Kawasan yang menyajikan pelbagai hidangan segar dari laut.Deretan kedai makan yang menawarkan hidangan segar dan istimewa.Pada malam itu,ayah memilih untuk makan di ANA IKAN BAKAR PETAI.Keistimewaan masakan di sini ialah Ikan Bakar Petai.Memang terangkat..!Ikan yang segar dan petainya masih ranggup dimakan walaupun telah dibakar.Boleh bagi 4 1/2 bintang dari 5 bintang..Malam itu kami order..Tomyam,lala masam manis,kailan ikan masin ngan telur bistik..Fuh..MANTOP!!!



Lala masam manis...gian nak makan lagi




Ikan Bakar petai..cicah ngan asam @ kicap


Jadi perjalanan kali ini memang seronok walaupun sepanjang perjalanan saya asyik tidur aje.(tapi bila dah berhenti kena la bangun kan..).Walaupun waktu singkat tapi we have fun..!

Friday 19 June 2009

Wajah-wajah


Reunion?of course..salah satu acara tahunan sejak saya meninggalkan lapangan menjadi MPP..berkumpul bersama teman-teman seperjuangan ni seronok sangat.Kalau dah berkumpul macam ni teringatlah kisah-kisah lama.Ungkit mengungkit kisah lama ni seronok..Dan update cerita cerita terbaru mengenai teman-teman yang lain.Ada yang sudah berkerjaya,berlakon,berkahwin,bertunang dan masih belajar.Sebelum saya terlupa biar saya update progress teman-teman lain.Well i'll start with people who attend the reunion.Others can't make it because they have other commitment.

NIK FARHANA- she's the project manager for this time reunion.(wearing pink scarf)Well, sekarang Nik tengah study external course in accounting.Katanya silibus luar negara tapi belajar kat malaysia.Tempat pengajiannya di UiTM Shah Alam..Dia dah bersusah payah contact yg lain untuk reunion ni..siap buatkan souvenirs untuk kitorg.Sweet sangat...Bila time cuti kadang-kadang kerja kat booth CIMA.Interesting..

JOANA-She's studying at UiTM Shah Alam in International Business..An excellent student which actively participate in english debate..a representative for UiTM.Jo dah pergi sejauh Bangladesh untuk debat sahaja.wow..i'm proud of u Jo!All i know is her life is all about debate..debate..and debate..

FAIZ-this business minded man is now continuing his Master in corporate at S.Alam.Faiz ni memang otak berniaga.Sekarang ini pun dia jadi middleman untuk travel agency and pencetakan t-shirt.After this,kalau nak melancong or print a t-shirt memang boleh contact dia.Lagipun untuk 3 sem berturut-turut faiz dah jadi supplier t-shirt untuk Minggu Mesra Siswa di UiTM Segamat.

HASSAN-my dearest..heheh..still study in Bachelor Library science (is it ?).Sekarang ni dia yang masih meneruskan perjuangan sebagai MPP.Hassan jadi MPP di UiTM S.Alam dan memegang jawatan sebagai Biro Perhubungan dan Alumni..selalu sibuk dengan kamera shoot sana sini..thanks to him we can capture beutiful picture that day..

What about the others...?
SHA'ARI-dengarnya dia dah bekerja..sebagai apa..dan di mana tidak dapat dipastikan
RIZAL-pun dah keje..but we lost contact
CIK YAM-tengah sambung Master kat S.Alam..sama-sama dengan Faiz.Sudah bertunang dengan buah hati dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa setahun dua ni
KAK SHASHA-sedang berbahagia bersama suami tercinta ..juga sedang menyambung pengajian Master bersama Faiz dan Cik Yam.
AMAN-pun study kat S.Alam..in ACCounting
KAK ZARINA-khabarnya kini dia menjadi guru taska di S.Alam
ILMI-tengah study kat UiTM S.alam
JIHA-khabarnya dapat sambung pengajian di UiTM bahagian Utara..we miss her mulut becok!
AZFAR-study kat S.Alam gak.Kekadang jadi pelakon extra dalam iklan dan drama.Pernah nampak azfar berlakon watak kecil sebagai penjahat dalam siri PEPAYA (did i spell it right?..whatever..)
WAN-menurut sumber yang dipercayai..Wan baru sahaja melangsingkan perkahwinan dengan buah hati tercinta..cinta jarak jauh..merentas semenanjung dan Sarawak ke Sabah..Akhirnya ke jinjang pelamin.Tapi agak terkilan jugak sebab tidak diberitahu..Takpe.Asalkan Wan bahagia..
AKMAL-sekarang tengah praktikal..belajar kat UiTM S.alam..
AIDIL-we really LOST him..huhuh
AWE- sambung belajar di Segamat.Now he is my junior..Bachelor Finance.Sedang menceburkan diri dalam MLM..Khabarnya ketika kami sedang reunion,dia dalam perjalanan menunaikan umrah..Alhamdulillah..

did i miss any name?i hope not...

Next time we will plan another reunion.Maybe a photo shoot session with all of others MPP..Dah dua kali buat reunion kat Mid Valley..next time it's gonna change..any suggestion is allowed..

I Miss all u GUYS!!!

Monday 15 June 2009

Rombongan Merisik

Anak dara mana yang nak dirisik?Macam mana rupanya..elok budi pekerti?indah santun bahasa,baik pergaulan orang tua..hehehe.persoalan itu sengaja saya timbulkan..

Saya baru saja pulang mengikuti rombongan merisik di Kuantan..atau lebih spesifik di Beserah.Bukan saya yang dirisik yea..(lama lagi..kena habiskan belajar dulu.heheh).First time ikut rombongan merisik pihak lelaki.Sebelum ni pernah la ikut rombongan meminang,romomgan orang kahwin, nikah..rombongan ni kira melengkapkan silibus .hehehe..Pihak lelaki merupakan sepupu saya (abg boy..memang panggilannya begitu).Alhamdulillah,abg boy jumpa juga yang berkenan di hati.Takdelah Che Ngah(mak abg boy) asyik tanya-tanya bila nak kahwin.Lepas ni,soalan tu takkan ditanya lagi.

Rombongan pihak lelaki tiba di rumah pihak perempuan selepas Zohor.Setibanya di rumah pihak perempuan,acara merisik pun terus dijalankan.Bagi pihak lelaki,ayah abg boy yang menjadi jurucakap..manakala pihak perempuan telah mewakilkan pak ciknya.Tiada berbalas pantun..terus straight to the point.Apa yang melucukan ialah apabila pak cik pihak perempuan tiba-tiba je buat lawak.

Pak cik : Kita pun belum tengok orangnya.Ada bawak gambar orangnya?
(masa ni,muka nampak panik sekejap..masa ni pula nak minta gambar..aduyai..
Che Ngah : Gambar?Emm..takpe....orangnya datang sekejap lagi..
(control protokol la masing2)

Agenda seterusnya ialah membincangkan tarikh pertunangan dan pernikahan.Pihak lelaki mencadangkan supaya majlis pertunangan dan pernikahan diadakan serentak.Maknanya,majlis pertunangan diadakan sehari sebelum majlis pernikahan.Ini bagi memudahkan saudara mara yang jauh datang bertandang menghadiri majlis. Memandangkan ibu bapa pihak lelaki ialah orang Kelantan.(Bagi orang Kelantan, pertunangan yang lama tidak digalakkan,bagi mengelakkan perkara tidak diingini.Seeloknya ketika merisik atau meminang,persiapan untuk menikah telah ada).Namun di pihak perempuan pula,mereka ingin mengikut adat orang Pahang.Katanya lebih elok majlis pertunangan dan pernikahan dijarakkan sedikit masanya.Bapa pihak perempuan pula ingin berlaku adil pada anaknya memandangkan anak-anak perempuannya yang lain melalui tempoh pertunangan yang jarak masanya.Justeru,kata sepakat dicapai.Orang Melayu yang tinggi budi bahasa,sebagai menghormati tuan rumah..pihak lelaki yang bertandang akur dengan cadangan pihak perempuan.Perbincangan akan diadakan dari semasa ke semasa mengikut persetujuan kedua-dua belah pihak.
Selesai perbincangan,sarung merisik disarungkan.Tahniah Kak Akma..Mudah-mudahan jodoh sampai ke jinjang pelamin!


Cincin merisik disarungkan oleh Che Ngah



Dari pihak lelaki...


Dulang girls..with dulang balas dari pihak perempuan


Akhir majlis..sudah tentu makan..rombongan dijamu dengan nasi ayam dan pelbagai kuih tradisional..akok perisa pandan,kuih lompang dan macam-macam lagi.

Thursday 11 June 2009

Debaran yang kian terasa

Hari ini merupakan hari yang paling mendebarkan dalam hidup saya.Perasaan debaran ini juga saya rasai ketika nak masuk universiti,mula-mula masuk sekolah dan bila masa melangkah masuk ke dewan peperiksaan.Walaupun riak muka gugup dan gementar cuba saya sembunyikan tetapi adrenalin dalam badan bertindak lebih pantas dan tidak dapat menyembunyikan debaran yang saya rasakan.

Sejak pukul 9 pagi, diri ini setia melayari internet dan pada setiap jam saya cuba memeriksa keputusan peperiksaan semester keempat yang lalu di portal pelajar.Namun setiap jam itu juga jawapan menghampakan.Keputusan masih belum dipaparkan di portal walaupun sudah menunjukkan pukul 5 petang.

dup..dap..dup..dap..Niat di hati nak tengok keputusan lepas Maghrib tapi ditangguhkan sebab portal tidak boleh dilayari.Jadi,usai Isyak saja terus buka portal tapi web page cannot displayed plak.Hati berdebar sangat-sangat.ada dalam 2-3 kali saya berulang alik ke tandas..sakit perut ...terlalu berdebar.

Debaran berakhir melhat keputusan peperiksaan dan secara rasminya berakhirlah semester keepat dengan rasminya dan rasminya permulaan semester kelima.ALHAMDULILLAH,keputusan memuaskan walaupun tidak seperti yang diharapkan.Anugerah Naib Cancelor masih menjadi buruan...

Tuesday 9 June 2009

Ta'ruf Asasi

Alhamdulillah..Abby ,adik bongsu berjaya juga sambung belajar.Abby memilih untuk mendaftar sebagai pelajar asasi UIA.Sebelum ini abby ada ditawarkan belajar di matrikulasi Tangkak tapi tawaran itu ditolak.Rezeki masih berpihak pada abby,beberapa minggu selepas dia menolak tawaran ke matrikulasi datang pula tawaran dari UIA.
,
Bidang pengajian yang ditawarkan ialah Ekonomi dan Sains Pengurusan.Walauapapun,proses pendaftaran berjalan dengan lancar walaupun abby terpaksa menangguhkan pendaftaran pada sessi kedua yang diadakan pada 7 Jun

Di UitM kita panggil program Minggu Mesra Siswa tapi di UIA mereka namakan program Ta'ruf.Tiada banyak beza dengan MMS di UiTM cuma pengumumannya dibuat dwibahasa..Melayu dan Inggeris.Mungkin menjangka UIA menerima pelajar antarabangsa.

Bila tengok Abby melalui proses pendaftaran ni teringat plak masa mula-mula mendaftarkan diri di UiTM Johor.Dulu perasaan pertama masuk jalan UiTM ,perasaan pelik..sebab tak jangka yang ada sebuah universiti terbina di tengah kehijauan rimba.Macamlah ceruk sangat UiTM ni.Tapi momen yang paling istimewa apabila kesemua yang hadir pada hari pendaftaran dijamu dengan durian.Kenduri durian..tak sangka pihak universiti bermurah hati mengalu-alukan kedatangan pelajar dengan durian yang sangat terkenal di Segamat.Kebetulan ketika itu,musim durian..durian berlambak-lambak sehingga jatuh harga di bawah RM1.00!

Berbeza dengan Abby yang mendaftar di pusat pengajian di tengah-tengah bandar.Untuk program ta'ruf Abby ditempatkan di UIA Petaling Jaya yang jaraknya kira-kira 10 minit dari office ayah.Hari ini,Selasa..jadi Abby telah berpindah ke UIA di Nilai.

Begitulah proses yang Abby lalui berpindah -randah...Alahai,dekat je dengan rumah..kalau nak apa-apa boleh telefon.Anytime pun boleh datang..

Thursday 4 June 2009

Penghargaan

Suatu ikatan yang terjalin tanpa disangka.Bermula dengan tangan kecil yang menghulurkan bantuan lalu ia berkembang dengan mengukuhkan ikatan sesama insan.


Pergi berangkat meninggalkan Malaysia berenam tetapi pulang ke Malaysia keluarga kami semakin bertambah.Seronok berkenalan dan bertemu dengan keluarga baru..peramah,saling tolong menolong dan kelakar.


Mungkin ini rezeki kami bertemu dengan orang baru yang baik belaka.Di sana kami rapat dengan Kak Emilia dan Amira.Dua orang gadis yang ke Tanah Suci tanpa ditemani ahli keluarga yang lain.Kami menjadi keluarga mereka di sana.Molek dan elok budi pekerti.Di Malaysia kak Emilia bekerja sebagai seorang doktor Bedah dan Amira seorang pelajar jurusan Bioteknologi di Unisel.


Kak su dan mak ..Tidak ppernah kering gusi dengan telatah kak su.Nampak awet muda..di sangka kak su baru mencecah usia 30 rupanya sudah 30 lebih..


Pak Ngah dan Mak cik.Dua sejoli yang masih romantik hingga kini.Tidak lupa juga Nenek Zainul yang peramah.Nenek telah membawa keceriaan dalam keluarga kami.Terima kasih nenek kerana memberi saya pengalaman yang berharga ini.Betapa besarnya kuasa Allah nek,saya sungguh tak sangka Allah memberi kudrat pada saya untuk menolong nenek di sana.Allah beri kekuatan pada saya nek ketika itu..dalam ribuan manusia itu..Ya Allah..saya sentiasa berdoa mohon diberi kekuatan untuk membantu nenek.Alhamdulillah.Walau pertolongan ini tidak seberapa,tapi ia amat terkesan di hati saya.

Terima kasih nenek,Allah membantu saya melalui nenek untuk mengunjungi Raudhah jua.Namun begitu,saya tidak sekuat dan secekal nenek untuk mengucup Hajarul Aswad.Doakan saya nenek , supaya saya dapat ke sana lagi membawa ibu ayah dan dapat peluang mengucup Hajarul Aswad ..
Saya sayang semua..Moga kita akan dipertemukan kembali..
Dan Jutaan dan berbillion terima kasih kepada ibu dan ayah atas hadiah percutian yang sangat bermakna ini...Akan datang giliran anak-anak pula yang bawa ibu dan ayah..InsyaAllah

Wednesday 3 June 2009

Kemalangan

"Saya accident la tadi..tak sedar..alih-alih je dah bunyi..BOOOMMM!!"


Ibu kemalangan petang tadi sepulangnya dari tempat kerja.Kata saksi yang berada di situ, kereta ibu dari jalan kiri mula masuk ke jalan kanan kemudian memecut laju.Maka kereta ibu berlanggar dengan sebuah kereta wira.Nasib baik ibu memakai tali pinggang keledar.Syukur, ibu selamat.Tiada kecederaan, begitu juga dengan pemandu dan penumpang kereta wira tadi.Ibu cuma terkejut saja.Ngah bergegas ke tempat kejadian..(takdela bergegas sangat sebab ibu terlalu shock sampai tak tau buat ape.).Laporan polis dibuat segera untuk tuntutan insurans.

"Cik ni kenapa?langgar kereta
saya?"

"Maaflah,saya tak sedar..rasanya
saya tertidur tadi"

Insiden pertengkaran hampir berlaku tetapi disebabkan ibu menjawab dalam kelembutan maka pertengkaran tidak berlaku sebaliknya perundingan damai diadakan.Pemandu kereta wira dan ibu saling bermaafan.




Kereta yang terlibat dalam kemalangan ini...MYVI..kereta baru dah kena accident..dalam sejarah kemalangan kereta yang melibatkan kerosakan teruk..Bahagian hadapan agak remuk sehingga tidak boleh ditunda sebaliknya perlu diangkat dengan kren..Alahai MYVI..

*Satu musibah yang perlu direnungkan bersama..Muhasabah diri..

Masjid Rahmah @ Laut Mati


Tempat terakhir yang kami lawati sebelum berangkat pulang meninggalkan Arab Saudi ialah masjid terapung atau lebih dikenali sebagai Masjid Rahmah.Masjid ini dibina terapung di Laut Mati iaitu laut paling masin di dunia.

Antara shot-shot menarik..

Muzium

Mana-mana negara yang kita lawati pasti ada sebuah muzium.Begitu juga di sini, sebuah muzium yang mempamerkan barang sejarah di Madinah dan Mekah.Kata Mutawif , surat kebenaran diperlukan bagi membolehkan kami melawat muzium ini.Syukur,kali ini jemaah Andalusia dibenarkan masuk.
Pelbagai gambar dan barang bersejarah dari Madinah dipamerkan di sini.Waktu lawatan sangat singkat..30 minit
Di belakang kami merupakan tangga yang kebiasaannya digunakan oleh Raja dan pembesar untuk memasuki Kaabah melalui pintu Kaabah

Ladang Unta

Unta lebih sesuai habitatnya di padang pasir.Jadi di padang pasir ini jua kami berkesempatan melawat ladang unta.

Unta malu-malu

Yang menarik di sini,pengunjung berpeluang menikmati susu unta segar yang diperah di situ.Satu lagi tips yang menarik,sekiranya kita membasuh muka dengan susu unta,kita kelihatan 10 tahun lebih muda..Betul ek?Tak cuba tak tahu..Jadi ,saya pun ambil peluang menyapu susu unta ke muka.Geli ke tak geli tolak tepi..10 tahun lebih muda?jadi 12 tahun la..heheheh.Sejuk je rasa muka bila sapu susu unta di muka.Nampak 10 tahun lebih muda..emmm..Nak beli bawa balik..5 riyal sebotol..


10 tahun lebih muda?emm....

Kalau nak tahu betapa lentiknya bulu mata wanita Arab.lihatlah bulu mata unta ini..

Jabal Nur...Gua Hira'

Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. di sini melalui perantaraan Malaikat Jibril..Di sini juga menyaksikan pengorbanan Saiditina Khadijah pada suami tercinta.Khadijah menghantar makanan kepada Rasulullah ke Gua Hira' dengan mendaki bukit berbatu ini..Inilah dia..GUA HIRA'

Mendaki menuju Gua Hira' antara perkara yang paling mencabar saya lakukan.Kecerunan bukit ..memang cerun ..rasa macam tak boleh naik kalau ditengokkan dari kecerunannya.Silap la masa ni ..nak panjat bukit tapi pakai kasut jalan.Memang tak confident nak naik memikirkan kasut yang licin dan bukit yang berbatu..Tapi di sinilah kekuatan mental dan fizikal diperlukan.Yakin boleh!Lawatan mendaki Gua Hira' diadakan pada waktu malam.Tentu kita terfikir bagaimana nak daki bukit pada waktu malam dan tanpa lampu suluh!Memang satu keajaiban..Sesuai dengan namanya Jabal Nur..Bukit bercahaya..Bukit ini mempunyai cahaya dan terang dengan cahayanya tersendiri tanpa ditemani lampu jalan atau lampu neon.Jadi kita boleh mendaki dan apa yang diperlukan adalah kecekalan dan kecintaan kita untuk mengetahui tempat berpijaknya Rasulullah s.a.w.

Sepanjang mendaki Jabal Nur ada beberapa perkara yang saya lalui...
1.Terserempak dengan kucing..macam mana kucing boleh sampai atas ni?..emm..kucing kan salah satu binatang kesayangan Rasulullah.Jelmaan mungkin..
2.Nampak kambing ...tak tahu la warna apa..nampak macam hitam.Bila kami lalu depan kambing tu,kambing tu relax je duduk atas batu.Takdelah nak lari-lari.(Kalau kat Malaysia dah lari bertempiaran.
3.Bila sampai puncak ada gerai jual air dan cenderamata.Dari situ dah boleh nampak jemaah lain yang dah sampai ke Gua Hira'.Tapi bila kami nak cari tempat mereka berkumpul tak jumpa pula.Masa tu dah gabra..Dah minta tolong..(jerit..TOLONG!).Sebenarnya kena lalu satu gua kecil untuk menembusi ke kawasan Gua Hira'.Buat suspen je..Dah masuk gua kecil gelap pula..terkial2 pegang batu..Tiba-tiba ada lampu suluh menyuluh..rupanya ada pak arab tolong suluhkan..bagi nampak laluan..Malu..(sebab dah terjerit2 atas bukit)..Aiyaa...


Akhirnya berjaya juga menjejaki Gua Hira'..Bukan setakat saya,nenek yang berusia 60 an pun boleh sampai ke puncak ni tau..Gua Hira' ini masih berbau harum sehingga ke hari ini..

Kita yang nak naik dan turun Jabal Nur ini pun dah menggigil-gigil.Bayangkan Saiditina Khadijah yang sanggup berulang kali mendaki Jabal Nur untuk menghantar makanan kepada Rasulullah..Cekalnya seorang wanita..
Antara yang menuju puncak

Juara Kategori kanak-kanak..(buat muka comel plak Akeem ni)

Juara kategori warga emas(Nenek berbaju merah dipimpin Kak Emilia)

Bukit Thur

"Kita hanya di sini selama 20 minit sahaja "

Apa yang boleh dibuat selama 20 minit?Hanya sempat mengambil gambar sahaja di Bukit Thur ini..Begitulah lawatan ini..Sempat family picture je la..

Cinta Adam dan Hawa

Cinta Adam dan Hawa
Terbit di Syurga terang di jiwa

Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah

Begitulah antara bait-bait lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian Misha Omar.Pasti kita masih ingat kisah Nabi Adam dan Siti Hawa.Asalnya dari syurga namun dek godaan dan hasutan syaitan,akhirnya buah khuldi yang menjadi larangan di makan jua.Allah telah mencampakkan mereka berdua ke bumi.Nabi Adam di India dan Siti Hawa di Madinah (disebabkan itu Madinah merupakan kota paling tua..atau digelar nenek tua).Berpisahnya mereka berpuluhan tahun akhirnya bertemu di Jabal Rahmah.Indahnya kisah nabi dan lebih indah dan bermakna sekiranya kita melihat sendiri tempat yang menyaksikan pertemuan dua insan yang terpisah berpuluh tahun ini.Saya juga berkesempatan melawat Jabal Rahmah..tempat yang dikatakan orang sering berdoa jodoh mereka di sini.



"Tulislah nama atas batu tu,mana tau ketemu jodoh lepas ni.."kata Kak Rubi salah seorang jemaah rombongan ini..Ha?ada juga orang buat macam tu ke?ingatkan kalau pergi Kuala Kubu je orang tulis nama atas batu (lagu Sudirman la kan).Pergi Jabal Rahmah pun orang buat macam tu?Sejauh mana kesahihannya perlulah kita lihat sendiri.Lalu kekuatan dikumpulkan untuk mendaki Jabal Rahmah.Naik tangga lepas tu sampai puncak..Sampai-sampai je orang offer pen marker..nak buat apa pula pen marker ni..tapi saya tolak..sekali pandang saja pada batu yang terletak di puncak...macam2 nama ada atas batu..

Cuba perhatikan batu yang dipegang wanita ini..Kelihatan hitam di bahagian bawah dan putih di atas..sebab bahagian bawah dipenuhi nama-nama yang ditulis oleh pengunjung-pengunjung..Merah..Biru..Hijau..macam-macam warna


Di puncak Jabal Rahmah

Di sini juga pengunjung berpeluang menunggang unta..(ke menaiki?ape2 aje la).Unta di sini semua dihias cantik.Tapi saya tak naik pun.Tak berani..Jadi hanya sempat bergambar di samping unta berhias ni..

Nasi Unta

Nasi Unta?apa pula makanan nak dicuba kali ni.Ayah yang beria-ia mengajak kami mencuba makanan popular di Arab ..Nasi Unta..sebab apa..sebab dia dah pernah makan waktu November lalu..macam mana rupa..makan nasi dalam dulang letak la daging unta.Boleh la makan sekadar nak cuba..

Nasi Unta...

*Makan nasi unta ini tidak termasuk dalam pakej lawatan.Kami pergi atas inisiatif sendiri.Naik van..itu pun nasib baik ada..


Bergambar dalam kedai makan..sebelum nasi unta dihidangkan..inilah hiasan dalaman kedai..simple je but nice

Tuesday 2 June 2009

Entri in line

Waduhh..banyak sangat mahu dicerita..semua masih dalam line.Sekarang ni masih mengingat kembali nama-nama tempat yang dilawati ketika umrah..Bukannya tidak boleh online di Madinah atau Mekah tetapi melihatkan kadar yang dikenakan 5 riyal sejam..emm..lebih kurang RM 5 sejam!Baikla salurkan 5 riyal tu pada perkara yang lebih berfaedah.

Jadi,ketika ini,semua cerita masih dalam barisan untuk menunggu dipublish.Kalau dilihatkan kekadang gambar kuar dulu,citer kuar kemudian.Waduh,jadi pening kuar separuh2..hehehe..takpe.akan diusahakan untuk mengeluarkan cerita penuh pada entri akan datang..Memang tak pass jadi wartawan kalau kerja macam ni..buat liputan separuh-separuh.

Haraplah blog ini dapat diupdate tiap hari.Jadi mane yang jauh2 tak tau khabar berita diri ini akan senang hati membaca kisah yang tak seberapa ni.Saya budak baru belajar.Nak jadi penulis atau blog paling laris tu tak boleh lagi.Sekadar mencatat luahan dan kisah hidup saja yang termampu.Harap siapa yang melawat teruskan lawatan anda dari semasa ke semasa kerana selepas ini saya akan cuba tingkatkan usaha memperbaharui blog saya dengan cerita saya.Kalau menarik,teruskan follow..kalau tidak teruslah simpan ia dalam history anda.Wassalam..

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...