Wednesday 15 August 2012

Photobook Promo

This is what i am waiting for. Promo from Photobook Malaysia and it is available in Groupon!

This is absolutely must grab item! Harga photobook promo terendah setakat ini.

And another great news is, this promo come with complimentary voucher of RM184 to print another photobook (Large ).SO kalau korang nak print lagi satu,guna voucher ni and korang kena tambah lagi RM184 sebab harga full complimentary photobook tu RM368.Tapi tak nak guna pun takpe.

Pay RM53 and you get more than the value you pay. Cepat..promosi ini akan berakhir dalam masa 3 hari lagi


Monday 13 August 2012

Don't Judge the Wedding by It's Blog

Sejauh mana persiapan perkahwinan bakal B2B bukanlah diukur melalui kekerapan update blog kan? Senyap tak bermakna tak buat apa-apa. Memang tak tau nak update apa. Bila disenaraikan banyak lagi pending, so tak jadi nak update list yang tak berapa nak update sangat tuh..

Majlis saya tidaklah segah mana, semua perancangan dibuat sendiri dengan bantuan dan nasihat ibu bapa. Blog ini bersawang, tapi  persiapan tetap berjalan, cuma tidak serancak sama seperti tidak rancaknya blog ini berupdate mungkin.

Sekarang tengah cari crepe paper aka tissue paper yang diingini. Pergi kedai hari tu borong sampai RM50, dekat 100 helai crepe paper. Auntie bagi RM 0.45 sehelai. Bagi sesiapa yang tinggal di N. 9, Kedai ni terletak berhampiran dengan Bank Rakyat Seremban. Sampai Kat Traffic Light dekat Bank Rakyat tu, korang belok kanan, pastu nampak la kedai tu. Ada tiga kedai jual barang-barang kahwin, korang pandai-pandailah tawar menawar. Dekat Mydin ada jual jugak dalam 36 sen sekeping tapi dalam satu bungkus dah siap pack 10 keping warna bercampur, so ada kaler saya tak nak, reject untuk beli kerana akan berlaku pembaziran di situ.



Sekarang tengah cari tissue kaler merah hati, merah jambu (bukan pink tau, kalau dalam pensel warna 12 batang tu ,warna ni terletak sebelah merah hati). Kat mana lagi kat KL ni boleh cari? Kat kedai semua House tu semua dah cari but semua colour yang nak takde..

Banyak DIY pakai tissue paper.Dulu senang je nak cari colour macam-macam, tapi sekarang susah mungkin sebab penggunaan tissue paper ni dah famous, ramai yang beli.

Kat aats ni one of my DIY project last year for my manager promotion aka farewell. Pakai frame Ikea , Doily Paper and Crepe Paper of course. Seminggu bertungkus lumus nak siapkan. Wedding pun ada nak buat projek macam ni tapi ada innovate sikit-sikit.Doakan semoga berjaya (dalam gambar tu alamat blog bisnes saya yang hangat-hangat tahi ayam,huhuhu)

Thursday 2 August 2012

Rezeki

Rezeki didatangkan dengan pelbagai cara. Lihatlah dari sudut yang lain, bukan dalam bentuk wang semata, malah dalam bentuk bantuan, dapat harga murah dari vendor,dipermudahkan urusan dan pelbagai lagi.

Dan..ini mungkin rezeki anda.Kina ada buat promo.Grab cepat tau!


Dah terima hadiah dari Kina jugak. Lipstick tu memang merah!dan telekung pun dah bawak gi terawih.Crest Whitestrips je belum sempat pakai


dan juga hadiah Rayyan T-shirt Bride & Groom




Perasaan bila menang..seronok..bila dah terima hadiahnya beronok-ronok.! Thanks to all yang bagi this all special gift.Jasamu dikenang..

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...