Saturday 30 May 2009

Madinah-Jeddah-Mekah

Pejam celik..pejam celik sudah 3 hari berada di Madinah.Tiba masanya kami bertolak ke Mekah pula.Sebelum berangkat menuju Mekah kami memasuki kawasan Masjid Nabawi untuk membaca doa wada'.Indahnya perjalanan di Madinah.Setiap sesuatu itu punya aturannya.Mudah-mudahan dapat ke Madinah lagi.Kami bertolak pagi dari Madinah.

Di hadapan Masjid Nabawi

Sebelum berangkat meninggalkan Mekah,kami bermiqat di Masjid Bir Ali.(Bagi jemaah dari Madinah yang ingin menunaikan umrah,mereka perlu bermiqat di Masjid Bir Ali).Maka bermulalah perjalanan umrah .

Sekali lagi jumpa Nasi Arab..makan..makan..makan..ikan

Memandangkan perjalanan yang agak jauh ke Mekah,mutawif membawa jemaah singgah makan tengahari di pertengahan jalan.Kali ini kami makan nasi arab gak tapi lauk kali ini ada ikan.Nasi Arab kali ini lebih sedap sampai tulang ikan saja yang tinggal.Harga ..60 riyal.Biasalah tu.

Kami sampai di Mekah waktu Zohor..lebih kurang pukul 12 tengahari..Di Mekah,kami menginap di Abeer Garden yang terletak lebih kurang 100 meter ke masjidil Haram atau 10 minit perjalanan berjalan kaki...Setiba di Mekah,kami menunaikan umrah

Perasan semasa melakukan umrah..Debaran yang sangat kuat.Melihat kebesaran Allah..terasa diri ini kerdil lagi jahil.Syukur diberi kekuatan ketika usia ini untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci seterusnya menjadi tetamu Allah...Alhamdulillah

Friday 29 May 2009

Cinta Madinah

Lawatan Madinah diteruskan dengan melawat kilang pembuatan Al-Quran.Hanya kaum lelaki dibenarkan masuk ke kawasan kilang manakala kaum wanita hanya dibenarkan berada di bahagian jualan Al-Quran.Terkadang terfikir juga kenapa buat macam ni..mungkin sebab nak jaga wudhuk atau mungkin ada alasan yang lebih munasabah.


Di hadapan bahagian jualan dan pemasaran.Di sinilah kami berpeluang membeli Al-Quran dengan harga kilang.

Bahagian dalam kilang pembuatan Al-Quran
*Hanya Al-Quran yang dicetak di kilang ini sahaja yang boleh digunakan untuk diwaqafkan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram.Sekiranya Al-Quran yang diwaqafkan bukan dicetak di kilang ini,maka Al-Quran tersebut akan keluar dari Masjid Nabawi dan Masjidil Haram dan diwaqafkan pula ke masjid lain di Arab Saudi.


Jemaah turut dibawa melawat Bukit Uhud,salah sebuah bukit yang menjadi medan pertempuran suatu ketika dahulu.Sepanjang jalan menaiki bukit terdapat peniaga menjual pelbagai barangan dan ada juga peniaga yang menawarkan khidmat menangkap gambar berlatarbelakangkan Bukit Uhud.



Teh Arab dan Kurma

Hari kedua di Madinah kami dibawa melawat ladang kurma.Di sini pengunjung dihidangkan dengan teh arab.Minuman yang disediakan adalah percuma!Jadi saya tidak melepaskan peluang menikmati minuman tradisi masyarakat arab.Mula-mula tak nak cuba tapi bila sekali cuba nak lagi lah pulak..emm..segan nak tambah.Cukuplah rasa sikit dengan cawan kecil molek yang disediakan.Saya sekeluarga menikmati teh Arab sambil menikmati panorama kehijauan pokok-pokok kurma yang sedang berbuah.


Menikmati teh arab yang perlu ditambah dengan daun pudina untuk keenakan rasanya
Terbaik dari ladang...!

Kurma yang dijual di ladang kurma ini adalah kurma yang segar dipetik terus dari ladang.Jadi sesetengah jenis kurma lebih mahal di sini memandangkan kualitinya yang tinggi.Pengunjung boleh merasa setiap jenis kurma yang dijual di sini.Bukan setakat nak merasa,nak makan banyak-banyak pun takpe.Jadi,mana yang berkenan saya rasa dulu baru beli.Macam tak percaya kan?Makanlah seberapa banyak pun kurma di sini..tak beli pun takpe..Tapi itu dah melampau la kan.Dah rasa pandai-pandaila nak beli sejenis dua.Munasabah la sikit..
Kurma yang dijual di sini adalah diantara 20 riyal-80 riyal per kg berdasarkan jenis kurma.Kurma Nabi merupakan antara kurma termahal di sini dengan dijual 80 riyal per kg.Kurma ini merupakan kurma yang paling baik,sekiranya seseorang makan 7 biji kurma Nabi sebelum keluar rumah,beliau akan terpelihara dari kuasa sihir dan hitam.Jadi, sesuatu yang berkualiti dan bermanfaat pastilah harganya lebih tinggi kan?

Kurma pelbagai pilihan,bentuk dan rasa



Memborong kurma,kismis dan kekacang berkotak-kotak

Pasar kurma

Di belakang saya ini kelihatan pasar kurma.Berbeza dengan ladang kurma yang mana penjualnya hanya satu sahaja.Di pasar kurma, terdapat banyak kedai yang menjual kurma,kismis dan kekacang serta menawarkan harga yang berpatutan.Di sini harga lebih rendah berbanding di ladang kurma.Namun begitu,kualiti kurma perlu diperhatikan semasa membeli.Kualiti di sini baik juga tapi mungkin tidak sesegar di ladang kurma.Bagi yang nak borong lebih banyak dan memakmurkan Madinah,lebih banyak kurma dibeli di sini.Tak berapa nampak suasana di pasar kurma?Mari kita lihat suasana di salah sebuah kedai yang disyorkan oleh mutawif kami..


Nampak seperti orang Melayu yang menjual kan?Lebih kurang begitula..Pemilik kedai kurma ini merupakan orang Indonesia.Dikatakan lebih mudah tawar menawar di kedai ini kerana mereka memahami bahasa kita..emm..sebenarnya kedai lain pun boleh beli.Peniaga Arab di sini pun boleh cakap melayu.hehehe.Terkejut?Lebih banyak menanti dalam cerita 'shopping' nanti.Tunggu...!!

Madinah al-Munawarah

Hari pertama di Madinah,kami dibawa oleh Ustaz Indera ke Masjid Nabawi yang terletak di belakang hotel penginapan kami.Ini merupakan lawatan rasmi, Ustaz Indera telah menceritakan sejarah penubuhan Masjid Nabawi kepada para jemaah.Selepas selesai membaca doa menziarahi makam Rasulullah, kami diberi kebebasan untuk melihat dengan lebih dekat Masjid Nabawi.

Memandangkan saya agak 'blur' ,salah seorang jemaah yang kami gelar nenek mengiringi kami masuk.Nenek juga yang berkobar-kobar membawa kami adik beradik perempuan serta dua lagi kawan baru kami masuk dan bersolat di Raudhah.Memandangkan sebelum ini nenek telah mengerjakan umrah dan pasti mengenal selok belok Masjid Nabawi.Ibu tidak dapat turut serta kerana masih uzur jadi nenek adalah tiang harapan kami.Syukur nenek masih ada kekuatan membawa kami walau kadangkala terpaksa berhenti seketika kerana keadaan kakinya yang sakit.

Syukur Alhamdulillah pada hari pertama kami dapat mengunjungi Raudhah (salah sebuah taman syurga).Walaupun hanya sempat bersolat seketika di situ, namun hati merasa sayu dan hiba kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk merasai Raudhah.Di bahagian wanita,kawasan Raudhah dihamparkan dengan karpet hijau.Di situ, ramai jemaah mengambil kesempatan dan berebut-rebut untuk solat sunat.Beberapa pengawal wanita berjilbab akan mengawal keadaan dan kekadang akan mengarahkan jemaah beredar dari Raudhah bagi memberi peluang kepada jemaah lain masuk ke Raudhah.Keadaan agak sesak namun masih terkawal.

Memandangkan hari pertama kami di Madinah merupakan hari Jumaat, kami sempat menunaikan solat Jumaat.Inilah solat Jumaat pertama saya dan ia bermula di Madinah.Mendengar Khutbah dalam bahasa Arab..menyaksikan manusia berpusu-pusu dan menyelit untuk menunaikan solat Jumaat.Suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Pada hari terakhir,saya sempat mengunjungi Raudhah sekali lagi pada waktu malam.Kali ini suasana lebih kurang sama.Cuma pada waktu malam,jemaah wanita yang berkerusi roda lebih diutamakan.jadi,kami yang sihat dan berupaya hanya mampu solat di celah manusia berkerusi roda.Seperti kebiasaannya,pengawal wanita akan mengutamakan jemaah berkerusi roda solat di Raudhah.

Perkuburan Baqi terletak bertentangan Masjid Nabawi.Namun kami hanya melalui kawasan perkuburan ini.Kaum wanita tidak dibenarkan memasuki kawasan perkuburan tersebut.Menurut Ustaz Indera,suatu ketika dahulu, wanita dibenarkan memasuki kawasan perkuburan ini.Namun begitu memandangkan apabila wanita memasuki dan menziarahi perkuburan ini, mereka akan merintih,menangis dan meraung-raung.Perkara ini adalah perkara yang tidak elok. Oleh sebab itu,kerajaan Arab Saudi telah melarang wanita memasuki kawasan ini.Bukan semua orang yang meninggal di Madinah akan disemadikan di Perkuburan Baqi.Prosedur yang ketat perlu dilalui.Boleh dikatakan insan yang terpilih akan dapat disemadikan di sini.

Mendengar sejarah Masjid Nabawi dari mutawwif

(kecil molek berkopiah hitam..semua tertumpu pada dia saja)






Thursday 28 May 2009

Menuju Madinah

Selesai sahaja pemeriksaan pasport dan visa,kami menaiki bas menuju ke Madinah.Jemaah Andalusia kali ini diketuai oleh seorang mutawwif atau kita panggil tour guide.Mutawwif kami merupakan seorang pelajar sekolah di Mekah yang berasal dari Indonesia.Kalau tak silap, umurnya baru mencecah 24 tahun.Kecil molek saja orangnya.Kami memanggilnya Ustaz Indra.Beliau yang akan menceritakan sejarah dan perkembangan di Madinah dan Mekah sepanjang 12 hari ziarah.


Makan Nasi Arab dengan santainya


Sebelum tiba di hotel, kami singgah makan sebentar makan nasi Arab.Nasi Arab ini kebiasaannya dimakan oleh 2-4 orang Arab.Nasi arab ini terdiri daripada nasi,ayam ,timun,cili dan sedikit lemon.Harga sedulang nasi Arab lebih kurang 60 riyal lebih kurang RM 60 di Malaysia.Saya jamah sedikit memandangkan masih keletihan perjalanan.Kami juga menunaikan solat Maghrib dan Isyak berhampiran kedai makan.

Perjalanan diteruskan dan kami tiba di Madinah ketika azan Subuh.Subuh di Madinah seawal pukul 4:15 pagi.Belum sempat check in kami bergegas menuju masjid Nabawi yang terletak di belakang hotel sahaja untuk menunaikan solat subuh.Sebelum masuk ke Masjid Nabawi,kami perlu diperiksa oleh pengawal wanita di situ.Keadaan agak sesak di pintu masjid.Namun pagi itu,saya berjaya melepaskan diri dari kawalan keselamatan di situ.Saya masuk ke masjid tanpa diperiksa.Pengawal cuma ingin memastikan jemaah tidak membawa telefon berkamera dan kamera digital.







Keluarga kami ditempatkan di dua buah bilik.Bilik di hotel ini agak selesa.Bilik kami menghadap Masjid Nabawi dan dari tingkap kelihatan kubah hijau yang mana di bawahnya terletak Makam Nabi Muhammad s.a.w.

Penerbangan yang Mendebarkan

Tika langkah kaki masuk ke kapal terbang dan duduk di tempat yang disediakan,semua alatan di sekeliling seat hendak dicuba.nampak macam jakun.hehehe.Remote ditekan-tekan.Skrin di depan mata dipegang-pegang,memang macam tak pernah naik kapal terbang.Betul la..kali pertama menaiki kapal terbang untuk perjalanan melebihi 3 jam!Lihatlah aksi-aksi yang mendebarkan...





Aksi makan..tidak boleh dilepaskan

Makanan yang disediakan boleh tahan sedap.3 kali makan sepanjang lebih 8 jam perjalanan.Sampai tak termakan bungkus bawak balik.Jus yang disediakan terbaik dari ladang!


Pesawat kami melalui ruang udara Dubai dan Ngah sempat menangkap gambar ini.Teringat pula presentation Soleha yang menceritakan pembinaan bangunan di Dubai yang akan kelihatan seperti pokok palma dari udara.Inilah dia..cantik





Akibat terlalu lama duduk di dalam pesawat, apabila pesawat mendarat saya sangkakan sudah tiba di Jeddah.Rupanya pesawat mendarat seketika di Damam untuk mengisi petrol.(ha?).Kebanyakan penumpang sudah bergegas siap untuk turun seketika berjalan-jalan di lapangan terbang Damam namun dihalang oleh 'flight attendant' dengan alasan kami tidak akan pulang kembali dan susah untuk mengesan penumpang jika kami keluar nanti.Jadi kami menunggu sahaja sehingga kapal terbang kembali terbang ke udara.

Setibanya di lapangan terbang Jeddah,hari sudah malam.Pemandangan bercahaya dapat dilihat dari tingkap.Sebaik mendarat, kami turun dari pesawat dan dibawa menaiki bas menuju lapangan terbang untuk pemeriksaan pasport dan visa.


Pemeriksaan di sini agak ketat.Bagi perempuan yang masuk ke Arab Saudi,mereka perlu ditemani mahram.Sekiranya tiada mahram,maka tidak dibenarkan masuk.Pemeriksaan mengambil masa yang agak lama disebabkan sistem pada hari itu tersekat-sekat.Apapun ia suatu pengalaman yang menguji kesabaran.

Jalan ke sana

Gugup,gementar,seronok,teruja dan bermacam-macam perasaan bercampur baur dalam perjalanan ziarah kali ini.Cuti kali ini bukan seperti cuti ke luar negara terdahulu.Cuti kali ini bukan lagi melepasi Golok,Thailand tanpa pasport dan bukan juga melawat Singapura untuk membeli kasut cinderella.Cuti kali ini saya sekeluarga akan menziarahi Madinah al Munawarah dan Mekah al-Mukaramah.Jadi persiapan rapi perlu dibuat termasuk mendapatkan suntikan untuk pelepasan visa,menghadiri kursus umrah dan memastikan butiran pasport adalah sah.Kali ini ayah telah mengambil keputusan mengikuti rombongan ANDALUSIA TRAvEL AGENCY memandangkan pengurusannya bagi jemaah umrah sangat baik.Ini dilihatkan berdasarkan pengalaman ibu dan ayah ketika mereka menunaikan haji pada November yang lalu.Setiap jemaah dibekalkan dengan beg rasmi Andalusia berwarna kuning dan biru.Jadi tidak hairanlah sekiranya kelihatan banyak beg seperti itu di lapangan terbang.Mari kita lihat apa yang berlaku sebelum berlepas menuju Madinah!

Masih sempat study bagi perjalanan menunaikan umrah.siap kena perli study macam ada exam!

Inilah beg-beg kami.Ada lagi 1 troli tau...

Sebelum menaiki pesawat..ambil gambar dulu..Saudi Arabia Airlines(tanda di belakang)

*Sebelum menaiki pesawat,tanpa disangka saya terserempak dengan En Sukor,pensyarah International Financial Management.Beliau turut menunaikan umrah bersama isteri tercinta.Kami menaiki pesawat yang sama tetapi En Sukor mengambil pakej Tabung Haji Travel.Kecilnya dunia..

Kembali di sini

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi akhirnya saya sekeluarga selamat tiba di Malaysia pada pukul 1:00 petang waktu Malaysia.Tak terasa begitu cepat masa berlalu.2 minggu meninggalkan tanah air dijemput menjadi tetamu Allah terasa begitu nikmat sekali.Walaupun masing-masing mengalami 'jetlag', tapi masih mampu mengangkat beg-beg yang semakin bertambah isinya.


Muka-muka keletihan menunggu bagasi


Banyak pengalaman yang ingin diceritakan,tapi biarlah satu persatu.Terlalu seronok sampai tak terucap dengan kata-kata.Mungkin entri akan datang hanya akan memaparkan gambar dan sedikit cerita diselitkan.Keseronokannya kita perlu rasai sendiri.Kini saya tahu mengapa setiap orang yang pergi ke Tanah Haram ingin menjejakkan kaki berulang kali ke situ.Nikmatnya dirasai keseronokan dikecapi hanya diri sendiri sahaja dapat mentafsirnya.

Thursday 14 May 2009

Pre-umrah

Kelihatan beg ditulis dengan nama masing2 utk elak kecelaruan



Hari ini tibalah masanya kami sekeluarga berangkat menunaikan umrah .Cepat sahaja masa berlalu.Sudah 4 hari berturut-berturut saya mengemas pakaian dan barang-barang untuk ke sana.Sekejap keluar,sekejap masuk.Bimbang ada yang kekurangan.Sudah berkali-kali ditegur.Banyak betul dugaannya.Semalam pula saya berasa kurang sihat dan terus berjumpa doktor untuk meminta nasihat dan mengambil ubat.Satu lagi dugaan kecil."Sakit itu tanda penghapus dosa".Saya insan yang kerdil ini terasa diuji.

Kami akan bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi ini.'Check in' pada pukul 12 dan seterusnya berlepas pada pukul 3 petang.Mudah-mudahan urusan kami dipermudah di sana.



Tuesday 12 May 2009

Inikah Cinta

"mengapa kau sakiti
mengapa kau kecewakan
mengapa kau lukai
mengapa kau dustakan"

Betulkah cinta begitu.Lumrah alam bercinta, apabila suka dan keadaan aman, dialah pengarang jantung , buah hati, bulan yang menyinari malam dan sebagainya.tetapi apabila perselisihan faham berlaku, lirik seperti di atas sangat kerap kali diguna pakai.Ketika itu, dia yang paling jahat di dunia.Aneh bukan?

Tetapi kata-kata atau lirik seperti di atas tidak akan kita fikirkan untuk diungkap jika cinta kita pada YANG SATU.Mengapa begitu?Cinta pada YANG SATU perlu dengan hati yang tulus dan ikhlas.DIA Maha Pengasih dan Penyayang."Selangkah kita melangkah mendekatkan diri kepadaNYA, sepuluh langkah ALLAH semakin dekat dengan kita.Cinta kepada Allah tidak akan membuat kita kecewa.

"Di kananku cinta penuh berrmadu
di kiriku racunmu"
Cinta kepada manusia yang tiada ikatan halal sangat rapuh.Ketika bercinta kita melihat pasangan dengan kedua-dua belah mata tetapi apabila sudah bernikah, kita hanya melihat pasangan dengan sebelah mata sahaja.Ketika bercinta, kita melihat baik dan buruk pasangan kita, dan dapat menerima kelebihan dan kekurangan.Tetapi apabila bernikah, kita mungkin melihat dari satu sudut sahaja, samada dari baik atau buruk sahaja.Jika dilihat dari sekeliling ramai dari kita yang melihat bahawa budaya ber'couple' ini suatu keperluan dan bukan kehendak.Teori 'Needs and Wants' ini diguna pakai dalam percintaan.Sekiranya couple dilihat sebagai suatu keperluan, maka seseorang itu sangat bergantung dan perlu mempunyai pasangan.Tanpa pasangan dikatakan mereka tidak macho atau tidak laku.Mungkin disebabkan itu,budaya bertukar pasangan menjadi kebiasaan dalam hidup mereka.
Seterusnya jika couple dilihat sebagai suatu kehendak, seseorang itu masih boleh berdiri dan berdikari serta hidup tanpa bercouple.Budaya berpasangan cuma dilihat sebagai suatu pelengkap dalam hidup mereka.Tanpa pasangan mereka masih boleh berjaya dan hidup dengan bahagia.Di sini mereka hanya melihat hidup berpasangan menuju bahagia apabila hubungan itu diikat secara sah.Ketika ikatan yang terjalin sah, hidup mereka akan lebih bererti dan seterusnya teori kehendak bertukar menjadi keperluan.
Tika dan saat artikel ini ditulis, saya sendiri masih keliru, dimana perlu saya letakkan prioriti budaya yang semakin menular ini.Mudah-mudahan saya tabahkan hati dan kuatkan hati untuk menghindar daripada perkara-perkara yang tidak dingini dan menangkis bisikan syaitan.Biarkan perkara yang telah berlalu menjadi sejarah dan mudah-mudahan saya dapat membina sebuah kehidupan yang diredhaiNYA.

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...