Wednesday 26 September 2012

Paper Flower

Paper flower is my favourite. Dah buat percubaan dan diteruskan pembikinannya sebelum puasa lagi. Dan hasilnya seperti di bawah.Lepas siap terus off mode sebab buat cukup-cukup untuk frame gambar.



Sekarang nak on balik.Baru nak mula buat warna lain untuk diletak di hantaran.Sebab plan asal nak pakai crepe paper tapi tak berapa menjadi dan tak kembang . Jadi ubah ke paper flower yang ni untuk buat bunga besar-besar yang makan ruang dalam dulang.Gulp! 45 hari lagi ke bersamaan 12 hari lagi hari minggu untuk membuat persiapan. Kuatkan semangat,terasa nak demam.ayoh...semangat!!!


Wednesday 19 September 2012

Baju Persalinan

Baju Bertandang dah siap jahit..Hari tu singgah kedai saja nak tanya boleh tak tukar kaler lace untuk finishing tu.Sekali dia cakap baju dah siap, tapi belum beading je.Wah apa lagi, ambil kesempatan fitting, overall i like it ! Mula-mula pakai rasa macam tak muat, Pelik juga sebab berat badan maintain. Rupanya tak bukak zip sampai habis,Kalut punya pasal sebab kedai pun dah nak tutup masa tu. So tinggal tunggu outcome bila dah beading nanti.Baju tentatively akan diambil pada hujung bulan 10, saja ambil awal dan set kan tarikh untuk tailor siapkan 2 minggu sebelum majlis.Vendor ni kat KL.Will be reveal later.

Baju sanding pulak, bahagian atas almost siap,kain tak siap lagi. Tailor kat Seremban suruh ambil minggu depan. Untuk tailor seremban nisa hantar untuk jahit baju je,tak minat sangat dengan beading di kedai tu,so decide to find Beading & Lace Expert.

My List of Beading & Lace Expert

1. Zaza Beadme Please
2. Pearlnity
3.Beads & Bling
4.Hariz and Team Wedding Services
5.Dyang Lovely Lace.

Belum hantar lagi ke beading , Yang lain ada cadangan tak? Nisa memang tak reti menjahit,Bahagian seni lain boleh tapi bukan seni jahit. Kalau ada cadangan share ye.

Tuesday 18 September 2012

Final Kad Kahwin

Akhirnya, siap sudah kad kahwinku.Takde la drama sangat. Nisa memang target cari vendor di Pameran Pengantin.So,tarik sekali Mr Fiancee to survey and book together masa Pameran Pengantin Julai lepas. Susah juga nak cari yang berkenan. Kriteria utama, Mr Fiancee mesti berkenan pada design vendor tu..Berjam-jam pusing, akhirnya jumpa.Surprisingly Mr Fiancee minat design yang kartun-kartun,but not me.Since we can do separate card (yes!separate card eventhough we live in one area), i just agree on what he choose for his side.

And what he like is



The final product to match the theme



As for me, kena la cari design yang berkenan di hati di booth vendor yang sama.Boleh la dapat diskaun ke bunting free ke kan..

And i found what i have been searching for




And the final product.

 
Nampak macam nipis, tapi itulah spesifikasi kertasnya 210gsm art card. Sampul kosong sebab nak pakai setem RM0.60 je. Nisa minta ubah sikit-sikit supaya nampak la gaya Galaxy Note. Saiznya antara Galaxy Note 1 dengan Galaxy Note 2 (10.1).Korang bayangkan je la.Ini la gayanya bila dah suka sangat dengan Galaxy Note.Sampai Kad Kahwin pun ada rupa phone.

Bila nampak kad tu, terus hilang dah nak tampal-tampal reben pada kad, nak hot stamping ke bagai, Yes,it's modern dan tetiba bila dah siap rasa malu plak nak edar. huhuhu


En Khairul bagi kami 2 free bunting.Pujuk la kan, sepatutnya dapat satu je.Thank you

Senang nak berurusan dengan Grazine Design, kami tak perlu deposit apapun masa pameran, cuma book design saja. Kalau ikutkan sebulan je dah boleh siap, tapi sebab daku ini dok peram lama otak nak lukis peta jadi la 2 bulan. Bila dah hantar draf peta pertama, Grazine akan balas dalam masa 2-3 hari selepas itu dan kalau adaperubahan selepas itu dia akan terus jawab balik pada hari yang sama atau  1-2 hari kemudian.Jadi bila tolak tambah ada dalam 2 minggu masa untuk 'finalize' kad dan selebihnya 2 minggu untuk urusan 'print' kad.Bayar deposit pertama hanya bila dah finalize kad sahaja Dari segi produk akhir, boleh la berpuas hati. Takde kesalahan ejaan or bagai. Mr Fiancee has to self collect from Grazine Design showroom in Klang. Sepatutnya kena deliver, tapi sebab nak masa minggu cuti 1 Malaysia, Mr Fiancee pergi ambil di Klang. (Thank you Mr Fiancee, i terharu you gerak dari Klang pukul 6.30 pagi sebab nak amik kad kite and sorry tak dapat teman)

Pada sesiapa yang berminat nak berurusan dengan pihak Grazine Design boleh juga hubungi contact person berikut atau lawati Show Room mereka di Klang.

 Mohd Khairullah Burham
Art Director
1st Floor, No. 9A
Lintang Bt 3 Off Jln Bt 3
41300 Klang,Selangor
Tel :03-33424927/012-6912917
email : grazines@yahoo.com
http://grazine.com/index.htm
 


Wednesday 12 September 2012

Not Settle

Stress....!!!! kurang dua bulan dari tarikh itu tapi OP masih belum ketemu... Cerewet ke ? pon ada, tolak tambah dengan budget ciput ni..bila dah jumpa harga mak aih..sebulan gaji boleh habis..

Ciri-ciri photographer yang dikehendaki :


Boleh capture dan edit dengan vintage style plus warna ceria style
mestilah seorang periang dan peramah
output dan layout yang simple (tak nak ada tulisan bagai)
Album nak dalam photobook ( malas nak bawak berat-berat)

Ada yang berkenan, tapi tak padan dengan budget. Thinking to revise budget.Help me..Pandangan dan bantuan anda semua adalah sangat dihargai.Give opinions please

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...