Sunday 23 May 2010

Mahligai atau Rumah Agam?


Pulang sahaja dari JB,Cik Nisa bergegas bersiap untuk menghadiri Majlis Doa Selamat dan Tahlil di rumah jiran.Sebelum bertolak,dimaklumkan bahawa tuan rumah merupakan seorang kapten.Kapten askar atau juruterbang itu kurang pasti.

Sebaik sahaja melangkah ,tersergam indah dua buah rumah telah disatukan menjadi sebuah mahligai yang sangat indah buat keluarga.Konsep tradisional telah diterapkan dalam elemen pembinaan rumahnya.Rumah ini masih dalam proses naik taraf.


Sekali pandang,seolah-olah seperti berada di resort peranginan.

Treat Advisor - Advisee at JB


Pertemuan hati ke hati advisor advisee di Johor Bahru.Setelah sebulan VIVA melabuhkan tirai,akhirnya advisee tertumpu bertemu semula dengan advisor untuk pertemuan menyayat hati.Aduh,ayat tangkap muat.

Dengan semangat yang kental,hanya Cik Nisa dan tiga lagi rakan yang berjaya hadir ke majlis belanja membelanja ini.Yang lain tidak dapat hadir atas pelbagai halangan yang tidak dapat dielakkan.Nuriza hampir berjaya ke JB namun tayar motornya pancit ketika dalam perjalanan ke stesen bas.
Hanya empat orang yang berjaya sampai ke destinasi.Setiap yang hadir mempunyai kisah tersendiri untuk sampai ke JB.




Ini orang yang sanggup menduga lautan dan mengalihkan bukit demi tujuannya.Satu kerja gila ,tapi telah dilakukannya.Menuju ke JB dengan menunggang motosikal selama 4 jam 30 minit






Memilih keretapi sebagai pengangkutan termudah ke JB.Perjalanan yang memakan masa 5 jam memang berbaloi dengan penantian buah hati di hujung hari kan?








Cik Nisa memilih pengangkutan paling selamat.Menaiki bas PLUSLINER yang mengambil masa 3 jam 30 minit masa perjalanan.Cara paling mudah.



Gathering paling best.Puan Suhana belanja kami semua di Fish Manhattan Market di Jusco Tebrau City.The biggest Jusco in Asia!Pilihan yang terbaik.Semua sedap dan mengenyangkan.Dapat jugak gift dari Puan,buku untuk bekalan masa hadapan.Segan la pula rasanya kami datang dengan perut dan tangan kosong.Apapun,we have a great time!

Jutaan penghargaan diucapkan kepada Puan Suhana atas sumbangan waktu dan tenaga dalam mendedikasikan ilmu kepada kami semua.Kami akan hubungi puan selalu.Terima kasih atas nasihat dan tunjuk ajar puan selama ini.Ia tidak hanya berakhir di sini.Sebaliknya ia hanyalah permulaan bagi suatu pengakhiran.

Cik Afifah Abd Hamid,terima kasih atas layanan mesra di rumahmu.First Class lah..Lain Kali confirm Cik Nisa datang lagi.

Kepada rakan seperjuangan,walauapapun kisah kita di masa hadapan,teruskan lah berhubung.Harap semangat setiakawan ini berkekalan selamanya.

Majlis Pertunangan Adat Johor


Dalam diam, sepupuku seorang ini telah dirisik dan telah tiba masanya majlis pertunangan.Majlis dilangsungkan secara sederhana dengan dihadiri sanak saudara dan teman rapat sepupuku.



Yang paling menarik,ayah Cik Nisa telah menjadi wakil bagi pihak perempuan. Berbaris-baris pantun dikarangnya.Tetapi akhirnya hanya sebaris pantun yang keluar dimulut.Disebabkan ini kali pertama ayah menjadi wakilnya,maka majlis kelihatan seperti mesyuarat di pejabat dan agak formal.Walau apa pun majlis berjalan dengan lancar.



11 dulang pihak lelaki berbalas


13 dulang pihak perempuan



Atas persetujuan kedua-dua belah pihak ikatan pertunangan diikat selama 2 tahun dan hantaran perkahwinan yang dinyatakan ialah sebanyak RM10,101.01.Kalau disebut,ten..ten..ten.Dan sekadar makluman,sekiranya pertunangan diputuskan atau dipanggil terlerai kasih, oleh pihak lelaki maka belanja baginya hangus begitu sahaja.Tetapi sekiranya pertunangan diputuskan oleh pihak perempuan,maka pihak perempuan perlu membayar dua kali ganda hantaran majlis pertunangan

































Wednesday 19 May 2010

Karnival Kerjaya


Selesai makan tengahari , kaki terus meluru ke PWTC.Hampir tersesat untuk ke tempat yang dituju.Tidak diduga karnival kerjaya diadakan di bangunan PWTC di seberang sungai.Akhirnya sampai jua walaupun kepenatan.Hakikatnya,saya sudah sangat tergoda untuk memasuki Ekspo Pelancongan di bangunan pertama.Sudah beberapa langkah kaki dijejakkan.Namun memikirkan keutamaan haruslah diberikan kepada kerjaya terlebih dahulu dalam pada waktu singkat ini.Dengan berlalunya satu pengalaman di karnival kerjaya tersebut,beberapa panduan ingin digariskan kepada penganggur (mengingatkan diri sendiri) dan sesiapa juga yang berkaitan

Tips-tips Karnival Kerjaya

1.Sediakan resume sebanyak mungkin.Pastikan resume kemas serta lekatkan gambar ukuran pasport berwarna yang terbaru.


2.Buat pra-pendaftaran di laman web penganjur bagi memudahkan proses temuduga sekiranya ada.Sekiranya tidak berkesempatan untuk mendaftar,jangan risau.Pihak penganjur telah menyediakan kaunter pendaftaran untuk mendaftar sebagai pemohon pekerjaan.

3.Sekiranya terpilih menjalani temuduga,pakai pakaian formal untuk menghadiri temuduga.Berkemeja lengan panjang,bertali leher bagi lelaki manakala berbaju kurung bagi wanita.

4.Sampai sahaja di tapak karnival,dapatkan peta lokasi.Kenal pasti kedudukan syarikat yang ingin dituju.Bagi temuduga,kebiasaannya diadakan di dewan berlainan.Pastikan kedudukan destinasi yang penting.

5.Perhatikan jawatan yang ditawarkan serta kelayakan yang diperlukan bagi memenuhi kekosongan di sesebuah syarikat.Jangan drop in resume sesuka hati tanpa usul periksa (besar kemungkinan,resume akan dibuang sahaja ke tong sampah sekiranya tidak memenuhi kriteria.Bukankah itu satu pembaziran?)

6.Ukurlah baju di badan sendiri.Kenal pasti kelebihan dan kelemahan anda.(Sekiranya fobia dengan kapal terbang,mengapa perlu sibuk-sibuk di booth Air Asia.Sah-sah la memang tak layak nak jadi pramugari.)

7.Sekiranya datang sebagai pelawat sahaja,kumpullah sebanyak maklumat di booth-booth berkaitan.Kumpulkan brochure dan gift-gift percuma.Ini memang macam melawat tapak kawasan saja.

8.Sediakan dokumen dan sijil-sijil berkaitan sekiranya terpilih menghadiri temuduga.Bawa salinan asal serta salinan yang disahkan.Susun dengan kemas.

9.Bawa resume dalam bentuk soft and hard copy

10.Bawa gambar berukuran pasport .Ada syarikat yang menyediakan borang permohonan kerja yang memerlukan pemohon menghantar gambar pasport.


Terlepas peluang mengunjungi Karnival Kerjaya kali ini..tidak mengapa, karnival ini akan diadakan sekali lagi pada 8-10 Oktober 2010.Nantikan kemunculannya dan lebih bersedia kali ini.Boleh juga layari laman web jobstreet.com untuk maklumat lanjut.Selamat berjaya!

Tuesday 18 May 2010

Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur

Dulu masa duduk di KL, tak peduli sangat nak pergi KLCC.Alahai,setakat KLCC tu hanya langkah keluar ke balkoni pun dah boleh nampak.Bukan setakat KLCC,malahan KL Tower,Eye on Malaysia,Perpustakaan Negara dan seluruh kotaraya Kuala Lumpur itu boleh dilihat hanya dengan berdiri di luar balkoni.Cakap saja mahu ke KLCC atau Ampang Park,dengan pakaian tidur pun boleh diredah ke tempat itu hanya dengan menaiki LRT.Sekelip mata orang kata.

Namun keadaan berubah sejak duduk di Seremban.Sampai mengidam-mengidam nak makan Laksa Shack ..teringin juga nak rasakan kelembutan pretzel Auntie's Anne.Mana nak dapat semua benda tu di Seremban.Maka dengan tekad dan berbekalkan duit tuntutan claim yang diterima 2 hari sudah (tunggu sebulan baru dapat),dengan keazaman tinggi memasuki gerabak komuter menempuh perjalan 1 jam 30 minit yang melenakan.


Usai sahaja selesai urusan penghantaran resume dan borang lapor diri tamat belajar di Menara TM, terus aku jemput ayah ikut serta makan tengahari.Mendengar saja anaknya ini yang akan belanja,tanpa berlengah terus menuju ke KLCC tanpa ragu.























Aduh,boleh tahan selera..anak yang belanja,memang tinggi taste

Friday 14 May 2010

Terlerai Kasih


Bukan aku ingin
Kau kait bintang di angkasa
Bukan aku mahu
Kau lakar lukisan di awangan

Yang aku dambakan
Cuma setitis kasih
dan sehampar belaian
Sang kekasih

Mungkin kau sangka
Aku inginkan mahligai dari permata
Atau mungkin jua kau fikir
Aku mahukan
Emas berlian setinggi banjaran


Tika ketetapan diungkapkan

Kau tetap ingin terbang

Menawan langit terbentang

Menjajah bulan dan matahari

Merempuh badai dan gelora

Lalu tinggalkan impian

Untuk menyemadikan

Subur rasa cinta


Andai bintang di langit jadi sandaran

Andai bulan di angkasa yang ingin digapai

Capailah ia

Sampai terbuku di genggaman

Tinggallah janji setia

Terkubur fana


Kasih sejati tetap menanti

Namun bila kau kembali

Janganlah ditangisi

Andai cinta terbang pergi


Untuk cinta yang telah pergi

Hanya seikhlas penghargaan

mampu kudedikasikan

Cintamu hanya persinggahan

Akan aku kuatkan kudrat

Meneroka cinta

pada yang memberi

Thursday 13 May 2010

Lagu-lagu seolah Memerli aku

Selalunya aku selalu post di FACEBOOK bait-bait lagu yang terkesan dengan situasi dan keadaan aku semasa mendengarnya.Kebanyakan yang aku post lebih berunsur sedih dan kecewa.Suatu ketika dulu ia lebih pada rasa rindu yang mendalam seperti isi hati yang tak terungkapkan.Kini, baru aku sedari kebanyakan lagu yang dicipta memang berunsur kekecewaan dan keperitan. Memang patut Yuna menulis dalam liriknya ,"Lagu di Radio Seolah Memerli Aku".Begitulah yang aku rasakan.Dan lagu yang paling terkesan buat ketika ini didendangkan oleh Nicky Astria-Mengapa.


Andai cinta lama menjengah kembali,bait-bait lagu ini persis ingin aku lontarkan.Tiada kata, hanya rasa dalam lagu mencermin segalanya.

Mengapa kau pergi
Mengapa kau kecewakan
Mengapa kau hancuri
Mengapa kau menghinakan
Mengapa kau sakiti
Mengapa kau melukakakan
Mengapa kau memberi
Mengapa kau melupakan
Mengapa kau akhiri
Mengapa kau memulakan
Dengan getaran jiwa
Ku kemukakan pertanyaan

Tak inginku kau pergi
Tak inginku di kecewakan
Tak ingin cinta dinodai
Tak ingin dihancurkan

Tak inginku disakiti
Tak inginku dilukakan
Tak inginku kau beri
Bila kau melupakan

Tak inginku diakhiri
Bila kau memulakan
Dengan perasaan hampaku meminta jawapan

Dikananku cinta penuh bermadu
Dikiriku racunmu
Kalimah sakti yang mana untukmu
Dapat kau membuat pilihan
Agar kita dapat bersama

Kau bisa membahagiakan, menceriakan
Kau bisa menggembirakan, mempesonakan

Aku ingin dicintaimu dan menyintai
Aku ingin bila terjaga
Kau disampingku selamanya

Wednesday 12 May 2010

Mungkir Bahagia

Hari ini,sepatutnya ulang tahun hubungan kami untuk tahun ke 3.Namun, manusia hanya merancang ,Allah jua yang tentukan. Sangat hampir..hampir usia hubungan kami 3 tahun tetapi terputus jua di tengah jalan.Semacam tidak mampu menanggung derita dan keperitan perpisahan.Makin dikenang makin parah luka yang ditinggalkan.Sebagai seorang yang lemah,hanya mampu memanjat doa agar ditabahkan hati untuk meneruskan kehidupan ini.

Tanpa disedari sudah 3 minggu perpisahan itu berlaku.Bagai sedetik cuma ucapan itu diungkapkan,maka terlerailah kenangan dan kasih sayang antara kami.Bagai halilintar membelah bumi aku bayangkan perasaan ketika itu.Sama seperti kali pertama dia melamar aku dulu,kaki bagai tidak berpijak dibumi yang nyata.

Setiap perhubungan pasti mengharapkan dengan ikatan pernikahan.Dan seterusnya menyuburkan rasa cinta dengan ikatan suci yang diredhai Ilahi.Itu juga yang aku harapkan.Namun mampukah aku melawan takdir kiranya perpisahan tertulis ketika ini.

Aku masih bersyukur dikurniakan ibu bapa yang memahami, adik beradik yang sentiasa menasihati serta rakan-rakan yang sentiasa meluangkan waktu untuk berkongsi kedukaan ini.Tempoh pasca perpisahan ini sesungguhnya sungguh memeritkan. Tapi sekurang-kurangnya nadi ini masih berdenyut untuk mengharungi kehidupan mendatang dan aku tidak menjadikan CLOROX sebagai pencuci kedukaan hati ini.

Lagu Mungkir Bahagia nyanyian Hazami bagaikan satu cerita tentang perjalanan cinta ini

Sayang kumungkir
pada kejujuranmu
Menolak segala bahagia
di hadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
berlari aku
jauh dari cintamu
Ku sesali.
Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
kugenggam bagai hukuman
Mengheret Langkahku
maafkan daku
kekasih hati cinta kita berakhir
maafkan daku
kerna kumemungkirinya
maafkan aku
kekasih hati cinta jadi begini
maafkan daku
kumungkir bahagia
Kiranya masih ada harapan..mampukah aku menggapainya andai ia sekadar angan cuma..

Saturday 8 May 2010

Majlis Resepsi di Country Club


Seperti kebiasaan, hujung minggu pasti dipenuhi dengan undangan dan kali ini mendapat jemputan untuk ke Majlis Resepsi di Rasah Kemayan Country Club.Country Club ini merupakan sebuah kelab golf yang ada di kawasan perumahan saya.


VIP Seat


Pasangan Yang Diraikan




Pasangan Penyambut Tetamu (Pengantin Lama yang Sentiasa nampak Baru)




The Meal..Delicous sebab ada lauk ikan





View From wedding cake..3 tingkat





Meja Makan Beradab..nice



Pelamin yang diletakkan di luar dewan.Seluruh bahagian di tingkat 2 digubah dan susun atur khas untuk majlis ini.Tiada acara bersanding,cuma bergambar sahaja bersama pengantin.Segan nak ambil gambar dengan pengantin.Sempat snap pelamin je.

View luar dewan.Majlis pun boleh dibuat by the pool side.That should be in my wedding list.Tapi mungkin agak panas buat di pool sebab bahang air naik ke permukaan tatkala cuacana panas terik.Whatever,still in my wishhing wedding list.Kalau ikutkan,nak ambil gambar kat padang golf.tak pasal-pasal kena bola golf melayang nanti.Jadi,simpan dalam angan je.





Eager waiting for next wedding at same place.

Monday 3 May 2010

Break from Work

Kadangkala timbunan kerja di pejabat membuatkan saya tertidur.Kadangkala terpaksa membuka radio buruk dan mendengar lagu Sinar FM untuk membuatkan terus terjaga.Tetapi bila dah tahap terlampau mengantuk dan bosan,maka inilah aksi yang selalu dilakukan
Masih mengekalkan kesopanan demi menjaga reputasi baik di pejabat
Mula menunjukkan ciri-ciri yang tidak dapat dikawal..


Dan menyangka pejabat itu rupanya sebuah aquarium?Gulp..Gulp..Gulp


Dan akhirnya menghilangkan rasa mengantuk..baaa.dengan menjadi kambing?

Aksi ini tidak digalakkan dibuat selalu.Dikhuatiri akan didaftarkan sebagai pesakit di Hospital Tampoi satu hari kelak.

Ilham kreatif

Atas cadangan Soleha,akhirnya saya edit gambar-gambar.Inilah hasil eksperimen tersebut



Gambar diambil bersama Sharena sementara menunggu kelas bermula.Macam - macam gaya.Anyway,kredit to Soleha kerana telah memberi saya inspirasi untuk semua ini.Thanks.Tak perlu ADOBE PHOTOSHOP.Google for PICNIK dan download software itu.Lebih mudah dan nampak cantik bukan?

Melaka Duck Tour

Sedang Cik Nisa menggodeh gambar-gambar dalam laptop,lalu terlintas gambar-gambar cuti yang dulu.Rasanya belum pernah post lagi mengenai aktiviti ini.Jadi saya nak berkongsi secebis pengalaman bersama keluarga di hujung minggu. Inilah dia..."MELAKA DUCK TOUR"


Sangat mengharapkan itik comel itu turut berada dalam bas ini untuk mengelilingi Melaka.Namun sayang sekali itik diganti dengan 'tourist guide'.


Inilah dia Duck Bus.Bas Dua Alam yang boleh dipandu di darat dan di laut.


Ini masa di laut . Kami sedang melalui selat Melaka ketika ini.Hujan mula menunjukkan tanda mahu turun.Cepat-cepat ke darat.Tak mampu mengharung badai gelora selat ini.



Turut Melalui Kapal yang terkenal di Melaka..

Eye on Melaka dalam Kenangan


Dan akhir sekali Window Shopping.Cuci Mata tengok sunglasses.Malu kena tegur dengan sales girl pasal snap gambar dalam kompleks beli belah tu.Apalah...Apapun tetap vogue gitu.Abby menggayakan sunglasses sebelum dicekup salesgirl.

Bagi yang berminat dengan Melaka duck tour.Just GOOGLE "MELAKA DUCK TOUR".

Saturday 1 May 2010

Perpisahan itu


Perpisahan adalah suatu yang selalu kita elakkan. Bukan mudah menghadapi getir perasaan yang pilu. Walau sekuat mana kita nafikan, perasaan sedih dan kecewa itu tetap ada. Namun begitu,perpisahan bukanlah bermakna pengakhiran sebuah kisah malah merupakan permulaan bagi sebuah perjalanan.Bagi ramai yang mengalami, mungkin ramai yang tidak dapat menerima hakikat. Namun begitu, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk melalui satu episod duka dalam hidup ini

Petua menghadapi perpisahan..(no matter break alive or dead)
1.Berserah pada Allah.Mengadu padaNya.Jadikan Allah tempat mengadu kerana Dia Maha Mendengar

2.Bangun setiap hari dan katakan "Aku redha dengan perpisahan ini". Katakan sebanyak mungkin sehingga hati kita percaya dengan kata itu.

3.Percaya dan Yakin bahawa Allah telah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

4.Menangislah sepuasnya,jika perlu.Ia akan mengubat sedikit kelukaan dan akan merasa lega.Biarlah banjir beberapa daerah.Menangis sehingga habis air mata dan tiada lagi tangisan akan mengalir selepas itu.

5.Berkongsilah cerita dengan teman rapat.Kita tidak boleh melaluinya seorang diri.Melalui sokongan mereka,kita akan lebih selesa.

6. Dapatkan sokongan keluarga kerana keluarga yang selalu berada dengan kita pada susah dan senang.



7.Sekiranya perlu, buang segala kenangan.Derma barangan yang boleh kepada orang yang memerlukan.

8.Dengarlah motivasi dan lagu-lagu yang bersemangat tinggi.Elakkan mendengar lagu di radio kerana lagu di radio kebanyakannya menyayat hati dan sayu.Bak kata Yuna "lagu di radio seolah memerli aku"


9. Isi masa lapang melakukan perkara-perkara berfaedah.Mulakan hidup baru dengan melalui pengalaman yang lebih menyeronokkan.

10.Lakukan perkara yang baru.Sesuatu di luar jangkaan dan ia akan mengubah persepsi kita dalam kehidupan.

Kesimpulannya, hanya masa yang dapat mengubat hati yang luka.Berikan peluang dan masa untuk diri sendiri menerima musibah ini.Kita hamba yang banyak berdosa,diturunkan musibah untuk menghapus dosa.Lalui dengan penuh ketabahan.

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...