Saturday 19 February 2011

Permulaan

Satu pengakhiran adalah tanda bagi suatu permulaan yang baru
Yang baru kini sedang mengorak langkah

Yang bertanya akan sentiasa tertanya
Bila?
akan datang..semua masih dalam peringkat perbincangan

Jangkaan :
Nantikan hasil perbincangan nanti
nak cari rotan..nak buat cincin..

Monday 7 February 2011

Warkah yang ditemui

Dulu..

Memang aku harap orang itu akan membacanya
akan fahaminya
akan dalami setiap baris dan ayat
akan selami setiap maksud tersirat
tanpa aku ungkapkan sebaris kata
sangat aku pinta orang itu baca

Sekarang..

aku tak mahu dia menilai aku
aku tak mahu dia memerhati
sebab tulisan yang terpatri
bukan untuk menagih simpati

Kini..

Mana lagi aku nak sembunyi
biarkan saja dia terus di sini
terus membaca kebahagiaan yang dinanti

Waktu..

Teruslah pantas berlalu
Agar aku terus lupa memori itu
Biar kekadang menjengah sanubariku
Namun ku terus harap kita tidak bertemu
kerana memori bersama dia
tak mahu ku ingat selalu.

Memori..
Andaikanlah aku dan dia tak pernah bertemu
Andaikanlah aku tak pernah mengenalinya
Andaikanlah dia tak pernah hadir di dunia

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...