Tuesday 31 March 2009

Akhirnya..kini pasti

Akhirnya..22 November 2008 detik yang aku nantikan.detik penganugerahan tamat diploma selama 3 tahun aku bergelumang mengejar ilmu dalam menguruskan bank. Tak ku sangka pilihan aku untuk melencong pada aliran sastera.Mengambil jurusan Diloma Pengurusan Bank.Rasa berdebar-debar pun ada. Yelah pertama kali kan.kelam kabut juga dapat sidang petang ni..aku dahla tak bersolek mana..pakai mane yang wajib jela.Tapi yang penting.Angan-anganku untuk memakai selempang pink menjadi kenyataan..kalaulah senior yang mepermainkan aku dulu masa part 1 tengok aku sekarang..mesti dia menyesal..menyesal mainkan aku.Ahh..persetan dengan buaya darat macam tu.. Pertama kali menjejakkan kaki ke menara gading,para senior hebat memperkatakan betapa sukarnya hidup di universiti tanpa arah tujuan. Lalu aku tetapkan matlamat.Seperti yang dikatakan seorang senior yang selalu ku damba itu. Aku selalu ingin menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Itulah yang aku lakukan.





Namun perjalanan di universiti tidak selurus seperti yang dijangka.Liku berbengkang bengkok aku tempuhi. Tahun pertama banyak mengajar aku mengenali manusia.Tidak semua orang yang kita lihat baik di khalayak ramai,baik juga keadaan sebenarnya. Aku antara insan yang hampir jatuh ke lembah cinta dusta. Cinta junior-senior. Sampai hati dia buat aku macam tu..memang sampai hati pun. Ramai sudah tewas ditangannya. Namun bukan aku. Aku tidak semudah itu tewas di tangan lelaki yang bergelar buaya darat. Mungkin orang lain akan jatuh tersungkur,teresak-esak kena penangannya. Aku hampir menjadi begitu tapi aku tak mahu digelar perempuan lemah. Lelaki seperti itu tidak layak mendapat titisan air mataku. Aku bangkit dari kekecewaan itu, aku terpaksa mengurung diri kerana malu diperbodohkan oleh senior yang memang bodoh tu.aku kuatkan semangat untuk terus belajar dan akhirnya aku mendaki puncak yang tak tercapai oleh orang lain.dan hari ini aku berdiri atas kekecewaan dan kegagalan dulu. Benar kata orang, kita perlu berani gagal untuk berjaya. Pengalaman adalah guru yang terbaik dalam hidup kita ..

Saturday 21 March 2009

Pertama Kali





Apa yang istimewa pada pertama kali kita melakukan sesuatu?


Pertama kali menulis, melukis, berjalan , memandu dan sebagainya.Apabila sesuatu itu dilakukan pertama kali, kita lakukannya dengan penuh berhati-hati kerana kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Maka setiap langkah itu dilakukan dengan penuh teliti supaya tiada cacat celanya.Namun kita hanya mampu merancang, tetapi ALLAH jua yang menentukan.Tatkala kita melakukan dengan penuh cermat,pasti ada sesuatu yang menduga atau menongkah arus perjalanan kita dan pada waktu itu kesabaran dan ketabahan kita diuji.Sejauh mana kita ingin meneruskan langkah itu dan setakat mana langkah kita terhenti.


Masih ingat pertama kali saya memulakan bisnes ketika zaman persekolahan rendah.Mula berjinak-jinak menjual kad nama, mengambil tempahan dan ayah yang membantu menghasilkan kad nama tersebut. Kemudian beralih kepada menjual sticker bermacam-macam bentuk.Sticker teletubbies,power rangers dan lain-lain.Sticker itu saya beli selepas sahaja selesai sessi petang sekolah agama.Dengan kayuhan basikal chopper,saya meredah kesibukan Taman Johor Jaya.Lalu saya masuk ke pasar raya dan memilih sticker yang menarik.Lalu sticker itu saya potong dan potongan sticker itu saya jual antara 20 sen 30 sen.Namun begitu, bisnes saya hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja.Ibu dan ayah telah mendesak supaya saya hentikan perniagaan.Lalu minat saya dalam perniagaan terkubur di situ.Apabila meningkat remaja, saya bertanya kepada ayah "Kenapa ayah tak bagi Kak Long berniaga dulu?".Jawab ayah.."Kak Long berniaga tak nampak untung pun.Asyik keluar duit saja,untungnya tak ada.".Mungkin benar, disebabkan saya ini terlalu bermurah hati,kekadang harga yang ditawarkan sanagat murah.Promosi yang tidak dirancang menyebabkan bisnes tidak menghasilkan keuntungan walaupun barang yang diniagakan habis dijual.



Pertama kali juga menjejakkan kaki ke sekolah yang kesemua pelajarnya adalah perempuan.Seronok kerana kami bebas melakukan aktiviti dan pergerakan tanpa diawasi oleh pelajar lelaki.Tidak perlu bersusah payah berkecil hati tidak mempunyai teman lelaki ketika itu kerana semuanya berseronok berkawan dengan perempuan sahaja.Semua pekerjaan ringan dan berat kami lakukan.Dari menyapu sampah sehingga mengangkat kerusi meja,semua kami lakukan.berbeza dengan sekolah biasa yang mana kerja berat akan dikhususkan untuk lelaki.Tetapi tidak bagi sekolah ini, tiada perbezaan.jadi di sini kami membina kuasa wanita.Mungkin disebabkan didikan di sekolah ini, menyebabkan sesetengah daripada kami agak kebal dan tidak berkira dalam melakukan apa jua pekerjaan sekalipun.


Pertama kali berada di menara gading.Semua berbeza.Masuk budaya campur yang menyebabkan saya agak kekok.Di sini jua saya belajar segalanya.Pertama kali meminati seseorang itu sungguh-sungguh.Keterujaan meminati seseorang itu telah membawa saya ke suatu tahap yang saya tidak duga untuk mencapainya.Kerana dia saya melangkaui sesuatu yang saya tidak fikirkan.Walaupun akhirnya, orang yang saya minati itu bukanlah seperti yang saya sangka.Namun begitu, mungkin saya boleh berterima kasih padanya kerana kata-kata semangat pertamanya telah membawa saya ke satu tahap yang tinggi."Be the best among the best!".




Jatuh cinta kali pertama.Indah rasanya.Dia yang terbaik kerana dia yang mengajar kita erti cinta.Kita terlalu sayang padanya.Biar apa orang kata,dia tetap bertakhta di hati.Biar apa yang dia lakukan pada kita,kita pasrah kerana kita percaya dia yang terbaik.Kita tak mampu nak lepaskannya kerana kita takut tiada yang sebaiknya.Biar kekadang sikapnya menguji kesabaran kita, tetapi kita tetap bertahan dengannya.Kerana apa? kerana dia yang pertama, dia yang terlalu istimewa dan kita tidak mahu kehilangan sesuatu yang memberi makna dalam hidup kita...Kerana dia yang pertama kali..

Friday 20 March 2009

Car Pooling

housemates @ car pooling
Sekembalinya saya dari Segamat dengan memandu pulang MYVI kesayangan (wah!dah boleh manja gitu).Otak ligat berfikir mencari solusi dalam menggunakan kaedah car pooling.Car pooling merupakan suatu kaedah dimana kaedah berkongsi menaiki kenderaan ke tujuan dan destinasi yang sama.Pada mulanya saya mengenakan RM 1 untuk sekali perjalanan.Tetapi apabila dicongak balik,rancangan itu kelihatan seperti tidak menjimatkan.Dengan itu, atas cadangan rakan-rakan, saya hanya mengutip RM 10 setiap seorang bagi permulaan.Kemudian, saya akan melihat sejauh mana dan seberapa minyak yang kami isi itu bertahan.Berikut merupakan anggaran perbezaan perbelanjaan antara menaiki bas dan memandu ke kuliah.
1.Anggaran Perbelanjaan bagi
Menaiki Bas (1 Bulan)

Pulang dari kuliah menaiki bas kuning

(Isnin,Selasa & Jumaat).......RM 2 x 3hari x 4 minggu=RM 24

2. Anggaran Perbelanjaan memandu kenderaan ke Kuliah

(Setiap hari..5 kali seminggu)

Setiap 2 minggu RM 10...jadi 4 minggu dalam sebulan..RM 20
Ini masih dalam anggaran.Hanya perangkaan.Bagi yang menumpang sekali sekala kadang kala ada yang membayar.Murah hati..ada yang setakat sekali dua tumpang tak bayar tapi kalau dah banyak kali tumpang tapi tak menghulur...bak kata Nabil...LU PIKIR LA SENDIRI!!!

Thursday 19 March 2009

MyVi..My Passion


Long : Ayah, long tengah tunggu bas ni


Ayah : Sabar Long. Sekejap lagi sampai la bas tu


Long : Kan senang kalau ada kereta kat Segamat.


Ayah : Syukur dengan apa yang kita ada Long.


"Cuba tengok orang yang takde kaki tu, tak boleh berjalan, Konsep bersyukur perlu ada, sekurang-kurangnya Long masih ada kaki nak berjalan..naik bas.


Saya terdiam tiap kali ayah kata begitu..Alahai,mungkin akibat cemburu kawan-kawan yang mudah perjalanannya menggunakan kereta,maka setiap kali saya fikir, hidup akan lebih mudah dengan kereta. Namun mungkin ALLAH telah tetapkan pada ketika itu ,hidup saya lebih mudah dengan menaiki bas berulang alilk ke UiTM.Mungkin benar..takda kereta,tak melencong ke mana.
Penantian yang menguji
Sepanjang pemergian ibu dan ayah ke Tanah Suci, kami adik beradik telah diamanahkan dengan tugas masing-masing. Ngah telah diamanahkan sebagai Ketua Keluarga.Walaupun saya anak sulung tetapi ibu dan ayah menetapkan lebih mudah Ngah yang memimpin adik beradik perempuan.Lelaki yang memimpin keluarga.Jadi segala urusan kewangan, percutian, perjalanan dan rumah diuruskan oleh Ngah. Tugas saya, membantu mana yang perlu. Kereta juga diberi kepada kami untuk digunakan.namun begitu, hanya Ngah yang dibenarkan memandu.Emmm...tak mengapalah.Saya pun kurang gemar memandu di KL dengan keadaan sesak begitu.Dugaan sangat hebat. Kedua-dua kereta kami tidak mempunyai penghawa dingin.Rosak!Aduhai..dugaan...Mungkin ini dugaan sebelum dapat kereta baru.

Ayahku pulang dari kota..ayahku uruskan kereta
Sejurus ibu dan ayah pulang dari Tanah Suci, memang ada ura-ura hendak beli kereta baru.Macam tak percaya tapi semua urusan pembelian kereta dipermudahkan ketika Cuti Tahun Baru Cina. Deposit dibayar, tiga hari kemudian..MYVI idaman masuk dalam keluarga kami.Seronok tak terkira.Memang berangan nak memandu pulang MYVI ke segamat waktu itu juga. Tapi....


Long : Ayah, ibu kata tak dapat bawa balik kereta ke Segamat.


Ayah : Takpe.Nanti ayah usahakan


Long : Susah la. Ibu kata dokumen tak siap lagi. Mana dapat bawak balik macam tu.


Ayah : Sabarlah wahai anakanda, akan ayahanda uruskan.
Mesej saya bersama ayah terhenti di situ. Tak sampai hati hendak merengek lagi.Agaknya ayah faham benar dengan anaknya yang satu ini. Manja sangat.Apalah kiranya bersusah sedikit berjalan kaki ke kelas dan menaiki bas. Ayah selalu berpesan, bersyukur dengan apa yang kita ada. Kereta digunakan dulu oleh ibu dan ayah.Tak mengapa,lagipun itu duit simpanan ibu.

Biarlah ibu gunakan dulu. Selang beberapa bulan kemudian,setelah dipujuk rayu akhirnya MYVI dipandu pulang ke Segamat.Terima Kasih ibu dan ayah.Mudah-mudahan urusan ibu dan ayah jua dipermudahkan..Anakmu ini akan memandu kereta ini ke jalan yang baik saja.InsyaALLAH.



Friday 13 March 2009

Kembara

Mudahnya bersolat walaupun kita dalam kembara..Mengapa saya berkata begitu?

Hati tersentuh dengan sikap pemandu bas semasa lawatan kami ke Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam perjalanan pulang ke Segamat, malam telah menjelma.Waktu Maghrib telah tiba sewaktu kami melalui Tangkak. Selepas sahaja menghantar pensyarah ke Tangkak, perjalanan diteruskan.Saya sangka saya malam itu saya akan bersolat di dalam bas.Sekadar solat menghormati waktu.Harapnya pulang nanti diqadakkan solat itu.Namun begitu beberapa minit selepas keluar dari Tangkak, bas berhenti di sebuah surau di tepi jalan.Alhamdulillah!Allah mempermudahkan urusan hambaNya untuk menunaikan solat. Pemandu bas itu menghormati waktu dan sentiasa mengingati perintahnya.Syukur kerana mempunyai staff UiTM yang menerapkan nilai murni seperti ini.
Sedang saya bersiap untuk menunaikan solat, kedengaran suara lelaki di sebalik tirai mengimamkan solat.Suara seperti selalu kedengaran.Apabila diamati suara itu, nyata sangkaan saya benar,seorang rakan lelaki mengimamkan solat jemaah bersama-sama rakan lelaki yang lain termasuk pemandu bas tadi.Semoga imarah mereka semakin mengikat ukhwah antara mereka.
Syukur perjalanan kembara ini dipermudahkan jalan dan selamat tiba ke destinasi.

Wednesday 4 March 2009

Dari mata dan hati

"Perempuan melihat sesuatu itu dari sudut berbeza. Mungkin dia tidak memilih awak kerana dia tidak memenuhi ciri-ciri yang dia mahu.Jangan salah faham.Dia tidak membenci awak,cuma tidak memilih awak sebagai teman lelaki.."

Ahh..sudah.Kelas Islamic Finance hari ini bertukar menjadi rancangan bual bicara "Lelaki pilihan wanita". Semuanya gara-gara Pn Faridah mengusik Zaminor dengan mengatakan ingin memperkenalkan adiknya kepada Meenor.Mencuba nasib mungkin kasih bertaut.Seperti biasa,pasti saja ada yang mengusik.

Yang menarik perhatian ialah apa yang dikatakan oleh Pn Faridah.Seorang rakan lelaki yang mengaku kononnya cintanya ditolak oleh Meenor mengatakan dia sedikit Islamik dan mungkin memenuhi ciri-ciri yang diinginkan oleh seorang perempuan.Lalu Pn Faridah dengan berseloroh menjawab "Wajah awak kurang menyerlah cahayanya".Seluruh kelas gelak besar.Kasihan..malu agaknya kawan tadi.Tapi tidak mengapa,mereka memang suka mengusik dan berjenaka di dalam kelas.Pensyarah tak menang tangan melayan kerenah orang-orang seperti ini.

Lalu disimpulkan di sini,lelaki yang menjadi pilihan wanita masa kini perlulah mempunyai cukup ilmu agama, supaya kelak bila berumah tangga dapat membimbing isteri itu dengan baik.Lebih elok kiranya bacaan al-Quran fasih supaya kelak dapat mengimamkan solat seterusnya mengeratkan hubungan kekeluargaan.Oleh itu, berfikir-fikir dahulu wahai wanita,(mengingatkan diri sendiri juga), lelaki boleh membuat pilihan wanita mana yang mahu didampinginya tetapi kita sebagai perempuan juga yang menentukan untuk menerima atau sebaliknya.

Tuesday 3 March 2009

Yang Menjadi Pilihan


Saya suka gambar ini sebab :
1. Semua orang dalam gambar ini memakai baju warna hijau (warna kegemaran tu..)
2.Diambil menggunakan telefon bimbit yang hampir lusuh dan sudah tercabut kulit tapi masih
boleh diguna pakai..konon ada nilai sentimental..
3. Orang-orang dalam gambar ini baik belaka walaupun kadangkala ada perangai yang tak dijangka
Jadi, di sini biarlah saya perkenalkan setiap seorang,
Dari Depan...
Siti Soleha- Mula-mula kenal dalam kelas ijazah.Satu kelas dengan Soleha ni.Dulu kawan sebilik Syaerah.Sekarang ini menghuni bilik seorang diri di rumah sewa kami di tingkat bawah.Boleh juga dipanggil LEHA, tapi dia tak suka sebab kononnya nama tak
komersil.Nama Leha diberi oleh Apok sekadar usikan sahaja.Harapan Sol supaya nama Leha itu tak melekat sebab takut dah tua nanti orang panggil dia MAK LEHA @ NEK LEHA atau yang seangkatan dengannya.Antara orang dalam rumah yang suka memasak.Sol boleh buat kek..boleh tahan sedap.Kira boleh klasifikasi pandai masak..suka mencuba resipi baru.
Nur Syaerah-Kenal masa sama-sama belajar diploma.Saya menjejaki Era ketika diploma bahagian 2.Kenapa?kerana dia telah merampas jejaka yang saya amat minati.Tetapi kami tidak berdendam kerana seorang lelaki.Kami berlagak profesional sebagai pelajar ketika itu,sama-sama membuat tugasan tanpa bergaduh.Hakikatnya di hati seperti ditoreh ketika itu. Namun, keadaan berbeza sekarang.Lelaki itu sama-sama kami lupakan.Kerana insiden itu, kami menjadi rapat.Dan apabila bertemu,antara topik yang dibincangkan..lelaki yang kami minati itu.betapa mata kami dikaburkan dengan kata manis seorang lelaki 'playboy'..namun semua itu tinggal memori.
'Afifah Berbeza pula dengan kawan seorang ini,lebih senang dipanggil Ifa,kawan baik si Syaerah.Kata-katanya cukup lantang kadang-kadang sinis juga.Dengan kata lain lebih senang berkata yang benar.Kebenaran itu kekadang memang pahit.Yang pahit itu kena telan juga.
Noor Sharena-A business minded person. Orang yang bertanggungjawab mencari rumah sewa di Segamat.Katanya jualan T-shirt dapat keuntungan besar ketika dia monopoli perniagaan itu suatu ketika dahulu.Tapi sekarang,jualan agak perlahan kerana banyak saingan dari orang baru yang tumbuh bak cendawan.Orang ini pun pandai masak.Katanya main campak saja bahannya.Akhirnya jadilah masakan yang sedap!
Lelaki dihujung...bila masa beliau masuk dalam gambar ini?tak mengapa..Lelaki itu baik juga..Fairul Azri aka APOK.Kadang-kadang kami tumpang kereta dia balik rumah sewa.Seorang yang kelakar dan kadang-kadang saya tak tahu bahawa sebenarnya dia sedang memanupilasi kata-kata( mengusik la tu)..

Menulis itu satu seni

Sejak dari kecil kita teruja untuk menulis.Huruf pertama yang diajar mungkin A,B,C atau bagi ibu bapa yang mendidik anak membaca Muqaddam,huruf ALIF,BA, TA antara huruf pertama yang menjadi pilihan pertama dalam penulisan mereka.Pernah atau tidak kita terfikir, hasil penulisan kita boleh mengangkat kita ke satu martabat yang lebih tinggi.Kalau sesuai lenggok
bahasanya, indah susun kata, tulisan atau coretan yang kita anggap hanya sekadar suka-suka menjadi tatapan masyarakat dan dijadikan pedoman dan pengajaran.

Hakikatnya,penulisan itu mencerminkan jiwa seseorang.Bagi yang gemar menyampaikan idea atau coretan dalam keadaan bersahaja, bahasa santai yang menjadi pilihan.Penggunaan kata-kata atau ayat yang bercampur itu sudah menjadi kebiasaan.Bagi yang minat bidang sastera, sajak atau puisi menjadi pilihan untuk menyampaikan rasa hati.Yang maksudnya hanya boleh difahami oleh insan-insan yang benar-benar menghayati keindahan bahasa.
Jadi,apa pilihan saya?
1. Menulis dari hati menggunakan bahasa bonda (Bahasa Melayu)
2.Ayat-ayat yang mungkin kelihatan seperti karangan SPM Bahasa Melayu
3.Mungkin disampaikan dalam bentuk puisi seperti pantun,sajak dll..tak termasuk syair sebab tak boleh dialunkan di dalam blog ini.
4.Kombinasi pengetahuan yang akan ditambah dari hari ke hari.
Sesungguhnya ketika saya menulis blog ini,banyak lagi yang mahu ditulis.Idea-idea berterbangan dan tak dapat ditangkap oleh minda yang dalam keadaan kusut memikirkan tugasan yang diberi pensyarah.Mudah-mudahan selepas ini saya dapat menghasilkan karya-karya seni bermutu (gaya macam kata seorang sasterawan ni).

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...