Monday, 3 April 2017

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak menyepikan diri dari FB sebab banyak sangat post pasal barangan jualan dari rakan-rakan dan too much negativity . Walaupun my top 10 newsfeed adalah pasal hartanah tapi lepas dari 10 newsfeed tu terus keluar promo pasal jualan.Bukan tak boleh,sebab saya sendiri pun menjual di FB tapi dah rasa muak dan bosan.FB dah tak macam dulu. Boleh dikatakan 8 /10 daripada rakan FB akan mengiklankan produk yang mereka jual.Bukan lagi pasal kehidupan masing-masing

Tambahan pula FB sekarang bukan setakat berkongsi cerita gembira, malahan cerita sedih seperti kematian,kemalangan dan banyak perkara lain yang menggusarkan fikiran sahaja.Jadi kalau sesiapa yang mengenali diri memang dah jarang share atau upload status di FB. Instagram pun dah hampir menyamai FB.Nak lari dari Fb,akhirnya org di Instagram kongsikan juga apa yang ada di FB melalui instagram.Jadi berbalikla semula ke blog.Aman sikit bila hanya tengok feed sendiri dan yang baik-baik saja

Ok,Nak share post pertama pasal Trip ke Sarawak dalam next entry.Nak kumpul gmbar .Hi followers! anda masih lalu di blog saya? Jika ada drop your comment and i have special gift for YOU :)

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...