Saturday 11 April 2009

Hakikat

BAHAGIAN SATU

“Tahniah encik! Encik dapat anak lelaki.”

“Alhamdulillah. Maha suci Allah. Terima kasih nurse.” rasa bersyukur diberi kepada yang Maha Pemberi.

“ Alhamdulillah Aishah. Kita dapat anak lelaki. Abang nak azankan dulu anak kita.”

Sulaiaman, ayah kepada bayi yang baru dilahirkan itu bergerak menuju ke tingkap yang terbuka setengah. Bayu laut disulami dengan angin subuh amat menyegarkan suasana. Sulaiman mula melaungkan azan di telinga kanan puteranya itu.

“Allahuakbar,Allahuakbar.”

“Allahuakbar,Allahuakbar.”

“Asyahaduallah illah haillallah, Asyahaduallah illah haillallah,”

“Asyahaduanna muhammadar rasulullah, Asyahaduanna muhammadar rasulullah,”

“Haiya alla solah, Haiya alla solah,”

“Haiya alla fala, Haiya alla fala,”

“Allahuakbar,Allahuakbar.”

“Laila haillallah.”

Air mata menemani di hentian azan tersebut. Ucapan syukur ke hadrat Ilahi tidak putus-putus menitip di bibirnya. Cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Siti Aishah selama 8 tahun akhirnya melahirkan seorang lagi hamba Allah di muka bumi ini.

Dia segera mengesat air mata yang bergenang dan berpaling dan menuju ke arah isterinya. Kerusi pelawat ditarik supaya berhampiran dengan isteri yang tersayang. Anak diletakkan bersebelahan dengan pejuang yang memperjuangkan nyawa dan darah untuk melahirkan seorang calon khalifah di muka bumi Allah ini.

“Kita nak namakan anak kita apa abang?” Aishah memula bicara tetapi suara sayup-sayup kedengaran kerana semua tenaga telah dikerah dalam satu pertarungan nyawa.

“Abang dah lama fikir. Abang nak letak nama anak kita, Amirul Mukminin. Amirul Mukminin bin Sulaiaman. Apa pendapat Aishah?” Sulaiman bertanya pendapat sang ibu pula. Tangannya lembut mempelai ubun-ubun putera kecilnya itu.

“Sedap nama tu bang. Amirul Mukminin bin Sulaiman. Apa maksudnya?” tangannya juga memegang puteranya. Sulaiman mengalihkan tangannya daripada ubun-ubun anaknya untuk memberi peluang kepada isterinya.

“Maksudnya ialah pemimpin bagi orang mukmin. Abang harap apabila dia besar, dia dapat berjuang di jalan Allah. Dialah yang akan memulakan saat kebangkitan orang Islam di dunia ini. Dia akan memimpin satu jemaah dan bersama-sama menegakkan syariat Islam dalam kehidupan. Tidak gentar dan tidak takut untuk berjuang demi mengharap keredhaan Rabbnya.”

Ucapan Sulaiman itu bagaikan pesanan seorang pemimpin kepada panglimanya. Harapan yang disandarkan kepada anaknya tidak terbayang tingginya. Pengharapan disertai dengan doa dari Allah supaya memilih puteranya ini untuk berjuang di jalan-Nya.

******************************************************************

BAHAGIAN KEDUA

“Ustaz, bila lagi nak buat aqiqah untuk anak ustaz?”

“InsyaAllah, ana akan buat dalam dua hari lagi. Lusa genaplah usia anak ana selama sebulan. Ana pun pernah berbincang dengan isteri hendak mengadakan kenduru aqiqah setelah genap umur anak kami selama seminggu.”

Sulaiman merupakan seorang ustaz di kampungnya, Kampung Haji Jamal. Nama kampung itu diberi sebagai penghargaan bagi Haji Jamal yang mula-mula meneroka tanah kampung tersebut.

Sulaiman menubuhkan satu sekolah agama yang bertujuan untuk mengajar ilmu-ilmu agama bagi penduduk kampung tersebut. Sekolahnya seakan-akan sebuah rumah panjang tetapi dijadikan sebuah sekolah. Ianya boleh menempatkan 50 orang dalam satu-satu masa.

Di sana, beliau mengadakan kelas fardhu ain bagi anak-anak kecil yang berumur dari 6 sehingga 10 tahun. Kandungan pelajarannnya persis sekolah agama kebangsaaan yang selalu terdapat di bandar-bandar. Tetapi keistimewaannya, beliau akan lebih menekankan aspek praktikal kerana beliau merasakan golongan yang masih kecil ini lebih memahami apabila kita menunjukkan di hadapan mata mereka untuk melakukan ibadah.

Pada hujung minggu, beliau akan mengadakan satu kelas di mana para syabab, iaitu pemuda untuk mendalami lagi ilmu agama mereka. Ini merupakan satu konsep pelajaran yang tidak formal di mana ia lebih seakan-akan taklim.

“Jangan lupa datang rumah ana. Hari Sabtu ni. Kita buat lepas solay isyak. Kita buat solat hajat, selawat, dan lepas kita jamu selera. Ana ada sediakan makanan.” jemput Ustaz Sulaiaman kerana anak muridnya.

“InsyaAllah ustaz. Ana akan datang. Nanti ana bagitau pada sahabat-sahabat yang lain.”

“Terima kasih Aiman. Oh ya! ada apa anta datang hari ni? Bukan ke anta sepatutnya datang hari sabtu? Hari ini untuk budak-budak kecil je. Takkan anta nak join sekali.” usik Ustaz Sulaiman diiringi gelak kecil.

“Eh, takdelah ustaz. Ana sebenarnya datng nak sampaikan hajat ibu ana. Ustaz kan tau adik ana tahun ni ambil SPM. Jadi ibu harap ustaz boleh buatkan solat hajat untuk adik ana. Bolehkan ustaz?” Aiman meminta, penuh pengharapan.

“InsyaAllah. Haji Salim pun ada minta ana adakan solat hajat bagi cucu dia. Cucu dia ambil PMR tahun ini. Kalau orang dah berhajat, ana cuba tunaikan. Bukankah menunaikan hajat itu salah satu cara kita bersedekah. Bukan begitu Aiman?” Ustaz Sulaiman cuba menguji ingatan murudnya itu.

“Betul tu, Ustaz. Ana minta diri dulu ustaz. Ana kena singgah pekan sekejap. Ana nak uruskan perbelanjaan dapur. Assalamualaikum.” Aiman mengiyakan kata-kata gurunya itu. Dia memperbetulkan kopiahnya dan beransur menuju ke pekan.

“Waalaikumusalamwarahmatullah.”

Ustaz Sulaiman berpaling dan menuju ke jendela pintu. Tiba-tiba isterinya muncul di jendela pintu.

“Siapa tadi bang?” tanya isterinya.

“Aiman. Dia minta abang adakan solat hajat untuk adik dia. Katanya nak ambil SPM. Malam ni lepas isyak.” jawab Ustaz Sulaiman.

“Aishah, kenapa Aishah berjalan ni? Kan abang dah kata, Aishah jangan banyak berjalan. Aishah masih dalam pantang lagi. Abnag takut nanti Aishah sakit.” Ustaz Sulaiman memimpin tangan isterinya menuju ke tilam. Diletakkan puteranya di dalam buaian. Bersebelahan dengan tilam tersebut.

“Aishah rasa bosanlah bang. Asyik duduk je. Makan minum abang pun Aishah tak boleh buat. Aishah rasa bersalah. Sepatutnya sebagai seorang isteri, itu tanggungjawab Aishah menjaga makan minum abang.” air mata mula bergenang di matanya.

“Jangan begitu aishah. Jangan rasa bersalah. Abang tak pernah anggap Aishah tidak pernah menjalankan tugas sebagai seorang isteri. Selama ini abang asyik berdoa kepada Allah kerana telah mengurniakan Aishah sebagai teman hidup abang. Aishah merupakn penyeri dan pelengkap dalam hidup abang. Tambah-tambah lagi, dengan kehadiran Amirul Mukminin, abang rasa dah terlalu banyak Aishah berkorban untuk abang. Sepatutnya, abang yang rasa bersalah jika abang masih tidak menjalankan tanggungjawab seorang suami dengan sebaiknya.” bercucuran air mata Ustaz Sulaiman. Tangannya mengusap wajah isteri kesayangannya itu.

Siti Aishah merupakan calon pilihan hatinya. Dia mengenali Siti Aishah apabila menghadiri sebuah program sukarelawan di kampung orang asli. Dari situ, dia melihat Siti Aishah mencukupi kesemuanya. Semasa berniat untuk memiliki Siti Aishah, dia smelihat hadis Nabi S.A.W supaya mencari isteri berdasarkan empat perkara, rupa, harta, keturunan dan agamanya. Yang paling menguatkan niatnya untuk menikahi Siti Aishah kerana agamanya. Siti Aishah merupakan seorang wanita ditarbiyah. Ilmu agamanya hebat, berasal daripada keturunan ulama, serta seorang wanita yang sentiasa membuat sesuatu dengan seikhlasnya. Setelah berniat, dia mendirikan solat istikharah untuk minta petunjuk daripada Sang Kekasih adakah Siti Aishah merupakan jodohnya di dunia dan di akhirat sana. Atas cinta yang mengharapkan redha Ilahi, dipertemukan kedua-duanya dan maka lahirlah satu pasangan yang bercinta demi mengharap keredhaan Rabbnya.

“Takpalah Nur. Abang boleh buat semua ni. Nur rehat cukup-cukup dulu.”

“Kenapa ni bang? Abang penat ke? saya Aishah bang, bukan Nur.” Aishah kehairanan suaminya memanggil dirinya, Nur.

“Nur tu sebagai tanda terima kasih dan penghargaan abang kepada Nur. Aishah merupakan “Nur” (cahaya) dalam hidup abang. Aishah memberikan sinar dan seri dalam hidup abang.” ujar Ustaz Sulaiman. Dia mengukirkan senyuman kepada isterinya.

Isterinya tersenyum malu apabila mendengar kata-kata suaminya itu. Dalam hatinya dia bersyukur telah dijodohkan dengan seorang lelaki yang mampu membawa menuju kerahmatan Ilahi.

“Alhamdulillah”



No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...