Buat julung kalinya pada semester ini,MPP UiTM Johor berusaha menerbitkan Buletin MPP di bawah kelolaan Biro Publisiti bagi menyebarkan informasi dan maklumat.Namun begitu,usaha itu dilihat seperti 'melepas batuk di tangga'.Buletin yang sepatutnya menjadi wadah pemancar idealisme pemimpin pelajar ini tidak sehebat seperti yang dijangkakan.
Buletin MPP kali ini hanya memaparkan isu semasa yang diketahui umum dan mudah didapati di media massa yang lain.Begitulah yang dikomen oleh pensyarah Strategic Managment kami.PM Kamel telah mengkritik hasil buletin ini dan mengatakan buletin ini ketandusan idea dan kurang mencapai objektifnya.Banyak yang perlu diperbaiki dari segi idea,gaya penulisan,pemilihan bahan dan rencana serta susun aturnya.Justeru,beliau telah memberikan beberapa cadangan untuk memperbaiki mutu penulisan buletin tersebut seterusnya meningkatkan kualiti MPP sebagai suara mahasiswa.Di kesempatan kelas petang itu telah dipenuhi dengan perkongsian idea dan contoh sebuah buletin yang pernah sensati suatu ketika dahulu di UiTM Johor iaitu The Executives
The Executives merupakan buletin yang diterbitkan sekitar awal tahun 1994 oleh pelajar Diploma Perniagaan ketika itu bagi memenuhi keperluan markah bagi subjek PERSONAL RELATION.Buletin ini bergerak di bawah bimbingan PM Kamel dan 300 edaran diterbitkan bagi setiap keluaran dan diberi secara percuma kepada pelajar.Pada peringkat permulaan,buletin ini hanya memuatkan sedikit ruangan dang beberapa karya puisi.Melihatkan sambutan yang kurang memuaskan,penasihatnya ketika itu iaitu PM Kamel bertindak meningkatkan mutu bahan yang dipersembahkan dengan mencetak The Executive dalam tulisan berwarna.Namun begitu usaha itu juga tidak membuahkan hasil.Lalu kesemua editor dan penulis menggembleng tenaga dan mengerah keringat menghasilkan tulisan yang bermutu.Akhirnya,buletin ini mula mendapat perhatian ketika satu artikel yang mengkritik salah sebuah program yang dianjurkan di UiTM Johor sendiri.Program itu dikritik hebat dengan laporan mengatakan program berkenaan tidak terurus,kucar-kacir dan tidak menggambarkan persatuan berkenaan.Hasilnya,pensyarah juga mula menjadi pembaca setia The Executives.Sejurus saja Executives mula mendapat sambutan,lebih banyak isu dan cerita menarik menjadi kupasan antaranya 'Budaya Apakah itu?', Pembaziran di Dewan Makan dan sebagainya.The Executives juga menyajikan ruangan gosip yang memberi peluang kepada penulis bebas bercerita mengenai gosip di kampus.
Ke mana menghilang sebuah buletin yang sensasi suatu ketika dahulu?Saya pun masih tertanya.Mengapa budaya penulisan ini tidak diteruskan dan mengapa buletin yang diterbitkan di kampus sekarang tidak sehebat dulu?
Sewajarnya pihak editor bahagian MPP mewar-warkan dengan lebih hebat mengenai ruang untuk menulis di buletin ini.Saya yakin pasti ramai mahasiswa/mahasiswa uitm johor yang kaya dengan idea serta boleh mencurahkan pandangan dalam pelbagai bidang.Benar seperti apa yang dikata buletin MPP merupakan cermin pada mahasiswa universiti.
Alangkah bagusnya suatu hari hasil tulisan saya juga terpilih mengisi ruangan dalam buletin.Sebagai mantan MPP,saya menyokong usaha mereka menerbitkan buletin ini.Malah usaha buletin ini sudah bermula sejak dulu lagi cuma barisan kepimpinan MPP mungkin ketandusan idea kerana terlalu sibuk menolong melakukan perkara yang tidak penting atau menjadi office boy. Tugasan ini perlu didelegasikan kepada seseorang yang mahir dalam bidang penulisan dan mempunyai gaya bahasa yang baik.Dari segi penyusunan pula, boleh diserahkan kepada ajk yang mahir dalam bidang IT.Anda mempunyai kemahiran itu di barisan kepimpinan cuma perlu dikenalpasti dan diterokai bakat-bakat yang terpendam.Ingatlah,anda merupakan pilihan para pelajar biarpun ada diantara kalian yang terpaksa mengisi kekosongan kerusi kepimpinan atas dasar menolong sahaja.Ambillah peluang selagi ada dan terokailah potensi diri untuk kebaikan masa hadapan.
No comments:
Post a Comment