Sunday, 18 July 2010

Dunia Baru

Berdiri megah replika Menara TM setinggi 10 kaki.Yes.We are one TM!

Lama menyepikan diri,bukan apa cuma berkelana meneroka dunia.Fuhh.Ayat bagai sastera pujangga.Baru baik demam ni boleh la cerita panjang.Bukan demam bola World Cup.Tapi Demam dari Taiping.Penangan Minggu Induksi TM ..dulu masa MMS kat universiti takdelah demam-demam sampai macam ni.Ini time nak masuk kerja , demam berminggu-minggu, dugaan betul.Ok.Cuma nak share beberapa detik sepanjang minggu induksi.


Gambar-gambar telah saya pinjam dari facebook Zaquan dan Nur Akmar.Maaf yea.




Muka happy sebab nak daki Bukit Larut.Tanpa diketahui ketinggiannya melebihi 1000km!




Tapi bila dah naik,terus terduduk macam ni.Masa ni lagi 3 km nak sampai puncak rasanya.Penat tapi still happy dengan kawan-kawan baru.



My Dinner team.Yang telah bertungkus lumus pada malam terakhir meraikan hsbb batch.Ni baru sebilangan je.Masa ni demam tahap kronik tapi still kena jadi ushrette.siap kena makan kat meja VIP sekali.adoyai..


Masa ni before closing ceremony,as one team..semua group kena kerjasama buat replika menara TM setinggi 10 kaki hanya dengan menggunakan kertas mahjong dan selofan tape.Fuhh..macam tak percaya.Tapi hasilnya,sangat membanggakan.


Dengan kepakaran jurutera yang ada dan semangat dedikasi dari semua pihak.Maka terbinalah replika menara TM.Memang mengkagumkan,kami telah mencipta rekod dengan terbinanya replika setinggi ini!

Berakhirnya induksi 10 hari bukan petanda berakhirnya perjuangan kami.Usai sahaja induksi ,masing-masing membawa haluan ke tempat yang telah ditentukan.Ada yang menjalani On JOb Training seperti saya,ada yang ditempatkan di Cyberjaya,Melaka,Brickfield dan macam-macam lagi.

Semoga team ini terus maju dan bersatu.

We are one TM,Passion to Win,Support Each Other..CHALLENGE!!!!!

Wednesday, 14 July 2010

Separuh nyawaku pergi

Meninggalkanmu bukan suatu yang mudah
aku ingin kamu bahagia
punya rasa,punya jiwa
jadi aku tinggalkan kamu
kerana aku tak mampu membuat kamu bahagia

aku tidak dapat merasakan gembiramu
tidak dapat menangisi kesedihanmu
tidak dapat meraikan kejayaanmu
tidak dapat meraih kegagalanmu
aku rasa jauh biar hati ini dekat
dekat sekali untuk menggapai mimpimu

aku tahu kamu bahagia kini
bersama si dia
tahukah kamu
itu membuat aku insan paling gembira
kerana kau dapat mengisi ruang jiwa
yang pernah aku isi dulu

Ketahuilah
air mata yang mengalir ini
kerana dapat melihat orang yang aku sayangi
gembira bersama insan yang disayanginya

Maaf kerana aku melukakanmu
aku mahu kau gembira
bersama si dia
kerana sesungguhnya
bahagiamu bukan disisiku
tapi bersama insan
yang lebih memahamimu

*khas buat insan yang pernah menyelami hati ini.Luahan bukan untuk ditangisi dan bukan untuk diratapi cuma untuk dikongsi.Berbahagialah kau disampingnya.

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...