Meninggalkanmu bukan suatu yang mudah
aku ingin kamu bahagia
punya rasa,punya jiwa
jadi aku tinggalkan kamu
kerana aku tak mampu membuat kamu bahagia
aku tidak dapat merasakan gembiramu
tidak dapat menangisi kesedihanmu
tidak dapat meraikan kejayaanmu
tidak dapat meraih kegagalanmu
aku rasa jauh biar hati ini dekat
dekat sekali untuk menggapai mimpimu
aku tahu kamu bahagia kini
bersama si dia
tahukah kamu
itu membuat aku insan paling gembira
kerana kau dapat mengisi ruang jiwa
yang pernah aku isi dulu
Ketahuilah
air mata yang mengalir ini
kerana dapat melihat orang yang aku sayangi
gembira bersama insan yang disayanginya
Maaf kerana aku melukakanmu
aku mahu kau gembira
bersama si dia
kerana sesungguhnya
bahagiamu bukan disisiku
tapi bersama insan
yang lebih memahamimu
*khas buat insan yang pernah menyelami hati ini.Luahan bukan untuk ditangisi dan bukan untuk diratapi cuma untuk dikongsi.Berbahagialah kau disampingnya.
No comments:
Post a Comment