Thursday, 13 January 2011

BAKIT @ Bukit Cerakah

BAKIT? kuih bangkit ke..bukan...bukan.BAKIT ialah singkatan bagi Badan Kebajikan Telekom Malaysia. Sabtu lepas, berpeluang juga Cik Nisa dan 3 housemates merangkap rakan seperjuangan menyertai program bersama BAKIT yang diadakan di Bukit Cerakah.Nasib baik pernah pergi tempat ni , tambahan pula penunjuk arah dari Mina (roomates) sepanjang perjalanan banyak membantu kami sampai ke destinasi.

Secara asanya program ini adalah anjuran pelajar luar kampus UUM dan ditaja oleh pihak BAKIT.So, kami bertiga datang memang gaya penaja . Walaupun tidak dapat menyertai acara sebelah petang, namun acara pada pagi hari itu memang sangat menarik. Ini merupakan program motivasi bersama anak yatim orang asli. Pada asalnya kami sangkakan orang asli ini tidak fasih berbahasa Melayu.Namun, mereka ini sebenarnya faham dan fasih berbahasa Melayu malahan beragama Islam. Secara keseluruhannya,program ini bertujuan memberikan suntikan semangat bagi anak-anak orang asli ini supaya mereka berjaya dalam hidup. Jadi mari lihat beberapa gambar ehsan dari photographer program.(Cik Nisa bawa Kamera tapi tak bawak memory card,bijak,bijak)
Anda adalah apa yang anda fikirkan-peserta yang dipijak telah ditetapkan mindanya supa berfikir bahawa dia sekuat besi sehingga dia mampu menampun berat 85kg

Bersama penaja dan penganjur.Yang berbaju merah dan hijau adalah housemates saya!

No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...