Wednesday 6 April 2011

Kenangan mengusik kalbu

Baru aku mengerti istilah kenangan itu mengusik kalbu.
Situasi di pasar malam. Seorang perempuan memesan Kuey Tiaw Goreng daripada brader gerai yang bertungkus lumus membungkus pesanan. "Bang, saya nak ini dan campur yang itu sekali" Selesai brader itu membungkus dengan gaya innocent dia menoleh ke belakang "Awak, bayar kan"- sambil menunjuk ke arah Kuey Tiaw tadi. Dengan gaya gentleman (dan mungkin terpaksa ) si lelaki mengeluarkan not berwarna hijau dan menghulurkannya kepada perempuan tadi. Perempuan tadi tersipu malu (tapi mahu) lalu membayar Kuey Tiaw yang dipesannya. Maka berlalu pergi sepasang kekasih menelusuri hiruk pikuk pasar malam. Dari gaya dan pemakaian kelihatannya mereka adalah pelajar universiti (obvious sangat sebab pakai baju tertera nama universiti kot!). Melihatkan situasi ini, teringat aku zaman universiti melihat rakan-rakan mempunyai teman pendamping sendiri dan tidak terkecuali aku. Insiden itu benar-benar menusuk kalbu menyingkap memori masa lalu. Hendak dan cuba dibiarkan berlalu tanpa ia singgah di fikiran namun ia tetap menjengah. Mungkin sekadar imbasan supaya aku sentiasa sedar siapa diriku yang sebenar.

No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...