Fuhh..almost 3 weeks since last post..Patutlah lepas kahwin banyak blog yang sunyi..Rupanya banyak perkara dan tanggungjawab seorang isteri perlu dilaksanakan. Harap dimaafkan la ye. Hari ni nak bagi satu gambar compile by my cousin. Syakirah Yuslan..Sneek Peek je..Intai-intai sikit,ni kompilasi DIY untuk majlis perkahwinan Nisa.InsyaAllah will try to review it soonest.
Monday, 26 November 2012
Friday, 16 November 2012
Officially married 10.11.12
Source Picture : Faridism Photography
Alhamdulillah..Officially married to Mr Muhamad Firdaus Abdullah. Hujan gerimis mengiringi majlis pernikahan petang itu. Mudah-mudahan waktu itu menjadi salah satu waktu doa dimakbulkan oleh ALLAH.
Bahagia menjadi isteri dan masih belajar menjadi seorang isteri yang solehah. Mudah-mudahan hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat..Amin.
Monday, 5 November 2012
Sayang You
Sabtu lepas shopping untuk final touch up di Jalan TAR. My Favourite shopping place. Hari ni nak cerita sikit la satu kedai yang Nisa canang-canang kat orang. Ada one of reader pergi ke sana and lucky her dapat non woven bag murah (dan cantik). Jadi, kalau ke Jalan TAR, dah puas tengok barang kat tingkat bawah Semua House,marilah cuci mata di satu lagi kedai yang menjual barang-barang perkahwinan.
KEDAI SAYANG YOU
SEMUA HOUSE
TINGKAT U5
JALAN TAR,KUALA LUMPUR
Naik Lif ke tingkat U5, Sejurus lif terbuka, nampak pintu gerbang seperti di atas, dan sah anda di tempat yang betul.
Belok kanan, dan dah nampak Kedai Sayang You.belah kiri ada butik perkahwinan
Ada pelbagai pilihan
Kawasan pun luas
Ini cuma alternatif kedai di Semua House. Pilihan terletak di tangan anda. Tapi kes non woven beg tu contoh terbaik .Harga biasa RM2.20, tapi sebab nak habiskan stok dia jual RM1.60. Nisa pergi tengok juga rupa non woven beg tu. Comel ok, lagi comel dari Non woven yang Nisa dah beli, Rasa rugi plak.Tapi kalau beli last minute, tak sempat siap bungkus doorgift plak.Jadi, simpan saja rasa ralat tu. Selamat berbelanja semua!
oh ye..tengah berbelanja tu jumpa one familiar face, tapi tak tegur sebab tak sure dan tidak pernah dikenalkan secara rasmi. Apapun, nak diucapkan tahniah kepada familiar face and her soon to be husband, sebab gaya macam majlis korang pun dah dekat.Congratz in advance!Sayang You!
Friday, 2 November 2012
Progress DIY # 3
Setiap kelopak hasil guntingan jerit payah sendiri.Pernah terlintas dan tergerak di hati nak beli je bunga yang sedia ada di kedai. Tapi sebab beria sangant nak buat sendiri bunga. Hasilnya jadilah begini. Gubahan adalah hasil tangan adik bongsu. Cuma bunga kertas hasil tangan Nisa sendiri. Untuk pengetahuan semua, bunga ni diperbuat daripada crepe paper keras.Yang dijual dalam gulung dikedai.
Nak buat sedikit penambahan untuk menaikkan seri.Kena cari kain net,lace atau reben kot.Pandangan anda semua bagaimana?
Nak buat sedikit penambahan untuk menaikkan seri.Kena cari kain net,lace atau reben kot.Pandangan anda semua bagaimana?
Subscribe to:
Posts (Atom)
2017 new coming post
MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...
-
Dalam diam, sepupuku seorang ini telah dirisik dan telah tiba masanya majlis pertunangan.Majlis dilangsungkan secara sederhana dengan dihadi...
-
Ye setelah 8 bulan mengikat tali pertunangan dan tinggal 5 bulan menuju hari pernikahan baru nak mula review pertunangan. Berat hati pada mu...