Sejak dari kecil kita teruja untuk menulis.Huruf pertama yang diajar mungkin A,B,C atau bagi ibu bapa yang mendidik anak membaca Muqaddam,huruf ALIF,BA, TA antara huruf pertama yang menjadi pilihan pertama dalam penulisan mereka.Pernah atau tidak kita terfikir, hasil penulisan kita boleh mengangkat kita ke satu martabat yang lebih tinggi.Kalau sesuai lenggok
bahasanya, indah susun kata, tulisan atau coretan yang kita anggap hanya sekadar suka-suka menjadi tatapan masyarakat dan dijadikan pedoman dan pengajaran.
Hakikatnya,penulisan itu mencerminkan jiwa seseorang.Bagi yang gemar menyampaikan idea atau coretan dalam keadaan bersahaja, bahasa santai yang menjadi pilihan.Penggunaan kata-kata atau ayat yang bercampur itu sudah menjadi kebiasaan.Bagi yang minat bidang sastera, sajak atau puisi menjadi pilihan untuk menyampaikan rasa hati.Yang maksudnya hanya boleh difahami oleh insan-insan yang benar-benar menghayati keindahan bahasa.
Jadi,apa pilihan saya?
1. Menulis dari hati menggunakan bahasa bonda (Bahasa Melayu)
2.Ayat-ayat yang mungkin kelihatan seperti karangan SPM Bahasa Melayu
3.Mungkin disampaikan dalam bentuk puisi seperti pantun,sajak dll..tak termasuk syair sebab tak boleh dialunkan di dalam blog ini.
4.Kombinasi pengetahuan yang akan ditambah dari hari ke hari.
Sesungguhnya ketika saya menulis blog ini,banyak lagi yang mahu ditulis.Idea-idea berterbangan dan tak dapat ditangkap oleh minda yang dalam keadaan kusut memikirkan tugasan yang diberi pensyarah.Mudah-mudahan selepas ini saya dapat menghasilkan karya-karya seni bermutu (gaya macam kata seorang sasterawan ni).
No comments:
Post a Comment