Saya suka gambar ini sebab :
1. Semua orang dalam gambar ini memakai baju warna hijau (warna kegemaran tu..)
2.Diambil menggunakan telefon bimbit yang hampir lusuh dan sudah tercabut kulit tapi masih
boleh diguna pakai..konon ada nilai sentimental..
3. Orang-orang dalam gambar ini baik belaka walaupun kadangkala ada perangai yang tak dijangka
Jadi, di sini biarlah saya perkenalkan setiap seorang,
Dari Depan...
Siti Soleha- Mula-mula kenal dalam kelas ijazah.Satu kelas dengan Soleha ni.Dulu kawan sebilik Syaerah.Sekarang ini menghuni bilik seorang diri di rumah sewa kami di tingkat bawah.Boleh juga dipanggil LEHA, tapi dia tak suka sebab kononnya nama tak
komersil.Nama Leha diberi oleh Apok sekadar usikan sahaja.Harapan Sol supaya nama Leha itu tak melekat sebab takut dah tua nanti orang panggil dia MAK LEHA @ NEK LEHA atau yang seangkatan dengannya.Antara orang dalam rumah yang suka memasak.Sol boleh buat kek..boleh tahan sedap.Kira boleh klasifikasi pandai masak..suka mencuba resipi baru.
Nur Syaerah-Kenal masa sama-sama belajar diploma.Saya menjejaki Era ketika diploma bahagian 2.Kenapa?kerana dia telah merampas jejaka yang saya amat minati.Tetapi kami tidak berdendam kerana seorang lelaki.Kami berlagak profesional sebagai pelajar ketika itu,sama-sama membuat tugasan tanpa bergaduh.Hakikatnya di hati seperti ditoreh ketika itu. Namun, keadaan berbeza sekarang.Lelaki itu sama-sama kami lupakan.Kerana insiden itu, kami menjadi rapat.Dan apabila bertemu,antara topik yang dibincangkan..lelaki yang kami minati itu.betapa mata kami dikaburkan dengan kata manis seorang lelaki 'playboy'..namun semua itu tinggal memori.
'Afifah Berbeza pula dengan kawan seorang ini,lebih senang dipanggil Ifa,kawan baik si Syaerah.Kata-katanya cukup lantang kadang-kadang sinis juga.Dengan kata lain lebih senang berkata yang benar.Kebenaran itu kekadang memang pahit.Yang pahit itu kena telan juga.
Noor Sharena-A business minded person. Orang yang bertanggungjawab mencari rumah sewa di Segamat.Katanya jualan T-shirt dapat keuntungan besar ketika dia monopoli perniagaan itu suatu ketika dahulu.Tapi sekarang,jualan agak perlahan kerana banyak saingan dari orang baru yang tumbuh bak cendawan.Orang ini pun pandai masak.Katanya main campak saja bahannya.Akhirnya jadilah masakan yang sedap!
Lelaki dihujung...bila masa beliau masuk dalam gambar ini?tak mengapa..Lelaki itu baik juga..Fairul Azri aka APOK.Kadang-kadang kami tumpang kereta dia balik rumah sewa.Seorang yang kelakar dan kadang-kadang saya tak tahu bahawa sebenarnya dia sedang memanupilasi kata-kata( mengusik la tu)..
No comments:
Post a Comment