Thursday, 30 April 2009

2 minggu

Pejam celik dah 3 paper final exam telah diduduki.Setakat ini ,Alhamdulillah dapat dijawab.Diam tak diam saya kini menghitung hari keberangkatan menunaikan ibadah umrah.Dikira dan dicongak rupanya cuma 2 minggu berbaki dari hari berlepas ke Tanah Suci..


Banyak persiapan yang perlu dibuat.Kali ini, kami sekeluarga akan menunaikan umrah.Jadi awal-awal lagi ibu telah bekalkan setiap ahli keluarga kami buku panduan menunaikan umrah.Saya perlu baca dan fahami betul2.Peluang sebegini perlu digunakan sepenuhnya.Namun begitu masih banyak yang perlu saya fahami.Mudah-mudahan saya dapat fahami dengan seikhlas hati.



Ada juga yang beri sokongan dan mengirim doa.Tetapi saya sangat hargai Soleha kerana sudi berkongsi pengalamannya menunaikan umrah bersama sama keluarganya.Thanks Sol,(i know u are reading this).Daripada gambar-gambar yang ditunjukkan dan pengalaman yang diceritakan sedikit sebanyak mengurangkan rasa gementar saya.Setiap orang pasti diberikan ruang dan peluang untuk mendekatkan diri kepadaNYA.Cuma kita perlu berusaha dan yakin.



Mudah-mudahan Allah kuatkan hati ini untuk terus mendapat keredhaanNya dan CintaNYA.Amin.

No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...