Memandangkan saya agak 'blur' ,salah seorang jemaah yang kami gelar nenek mengiringi kami masuk.Nenek juga yang berkobar-kobar membawa kami adik beradik perempuan serta dua lagi kawan baru kami masuk dan bersolat di Raudhah.Memandangkan sebelum ini nenek telah mengerjakan umrah dan pasti mengenal selok belok Masjid Nabawi.Ibu tidak dapat turut serta kerana masih uzur jadi nenek adalah tiang harapan kami.Syukur nenek masih ada kekuatan membawa kami walau kadangkala terpaksa berhenti seketika kerana keadaan kakinya yang sakit.
Syukur Alhamdulillah pada hari pertama kami dapat mengunjungi Raudhah (salah sebuah taman syurga).Walaupun hanya sempat bersolat seketika di situ, namun hati merasa sayu dan hiba kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk merasai Raudhah.Di bahagian wanita,kawasan Raudhah dihamparkan dengan karpet hijau.Di situ, ramai jemaah mengambil kesempatan dan berebut-rebut untuk solat sunat.Beberapa pengawal wanita berjilbab akan mengawal keadaan dan kekadang akan mengarahkan jemaah beredar dari Raudhah bagi memberi peluang kepada jemaah lain masuk ke Raudhah.Keadaan agak sesak namun masih terkawal.
Memandangkan hari pertama kami di Madinah merupakan hari Jumaat, kami sempat menunaikan solat Jumaat.Inilah solat Jumaat pertama saya dan ia bermula di Madinah.Mendengar Khutbah dalam bahasa Arab..menyaksikan manusia berpusu-pusu dan menyelit untuk menunaikan solat Jumaat.Suatu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
Pada hari terakhir,saya sempat mengunjungi Raudhah sekali lagi pada waktu malam.Kali ini suasana lebih kurang sama.Cuma pada waktu malam,jemaah wanita yang berkerusi roda lebih diutamakan.jadi,kami yang sihat dan berupaya hanya mampu solat di celah manusia berkerusi roda.Seperti kebiasaannya,pengawal wanita akan mengutamakan jemaah berkerusi roda solat di Raudhah.
Perkuburan Baqi terletak bertentangan Masjid Nabawi.Namun kami hanya melalui kawasan perkuburan ini.Kaum wanita tidak dibenarkan memasuki kawasan perkuburan tersebut.Menurut Ustaz Indera,suatu ketika dahulu, wanita dibenarkan memasuki kawasan perkuburan ini.Namun begitu memandangkan apabila wanita memasuki dan menziarahi perkuburan ini, mereka akan merintih,menangis dan meraung-raung.Perkara ini adalah perkara yang tidak elok. Oleh sebab itu,kerajaan Arab Saudi telah melarang wanita memasuki kawasan ini.Bukan semua orang yang meninggal di Madinah akan disemadikan di Perkuburan Baqi.Prosedur yang ketat perlu dilalui.Boleh dikatakan insan yang terpilih akan dapat disemadikan di sini.
(kecil molek berkopiah hitam..semua tertumpu pada dia saja)
No comments:
Post a Comment