Thursday 28 May 2009

Menuju Madinah

Selesai sahaja pemeriksaan pasport dan visa,kami menaiki bas menuju ke Madinah.Jemaah Andalusia kali ini diketuai oleh seorang mutawwif atau kita panggil tour guide.Mutawwif kami merupakan seorang pelajar sekolah di Mekah yang berasal dari Indonesia.Kalau tak silap, umurnya baru mencecah 24 tahun.Kecil molek saja orangnya.Kami memanggilnya Ustaz Indra.Beliau yang akan menceritakan sejarah dan perkembangan di Madinah dan Mekah sepanjang 12 hari ziarah.


Makan Nasi Arab dengan santainya


Sebelum tiba di hotel, kami singgah makan sebentar makan nasi Arab.Nasi Arab ini kebiasaannya dimakan oleh 2-4 orang Arab.Nasi arab ini terdiri daripada nasi,ayam ,timun,cili dan sedikit lemon.Harga sedulang nasi Arab lebih kurang 60 riyal lebih kurang RM 60 di Malaysia.Saya jamah sedikit memandangkan masih keletihan perjalanan.Kami juga menunaikan solat Maghrib dan Isyak berhampiran kedai makan.

Perjalanan diteruskan dan kami tiba di Madinah ketika azan Subuh.Subuh di Madinah seawal pukul 4:15 pagi.Belum sempat check in kami bergegas menuju masjid Nabawi yang terletak di belakang hotel sahaja untuk menunaikan solat subuh.Sebelum masuk ke Masjid Nabawi,kami perlu diperiksa oleh pengawal wanita di situ.Keadaan agak sesak di pintu masjid.Namun pagi itu,saya berjaya melepaskan diri dari kawalan keselamatan di situ.Saya masuk ke masjid tanpa diperiksa.Pengawal cuma ingin memastikan jemaah tidak membawa telefon berkamera dan kamera digital.







Keluarga kami ditempatkan di dua buah bilik.Bilik di hotel ini agak selesa.Bilik kami menghadap Masjid Nabawi dan dari tingkap kelihatan kubah hijau yang mana di bawahnya terletak Makam Nabi Muhammad s.a.w.

No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...