Dalam perjalanan menuju pulang ke Segamat, ketika bas memilih SinarFm sebagai saluran hiburan,saya tersentak dengan kata-kata Abby Fana yang banyak celoteh tu.Kata-katanya berbunyi lebih kurang seperti ini:
"Kita perlu berterus-terang kepada seseorang,tidak kira pada pasangan,kawan atau ibu bapa.Jika kita terus menyembunyikan sesuatu dan tidak terus terang,luka yang lebih dalam akan terhiris dalam hati orang itu."
Entah mengapa kata-kata itu mempunyai kebenaran.Seperti memberi sesuatu petanda tapi saya sendiri keliru atau mungkin saya memilih untuk tidak mahu mengerti kerana kebenaran itu memang menyakitkan.
Memang benar,kejujuran dan terus terang amat penting dalam satu perhubungan.Tidak kira dengan siapa pun.Namun begitu, ada perkara yang perlu dirahsiakan dan terus terang bukan pilihan yang baik sebagai jalan penyelesaian.Namun begitu,jika terlalu banyak yang cuba kita sembunyikan dan perkara yang cuba disembunyikan itu telah tersebar tanpa keinginan kita.Akhirnya persembunyian kita itu memakan diri.Lebih pahit atau tragik lagi sekiranya berita yang kita cuba sembunyikan itu disampaikan oleh orang lain kepada orang yang cuba kita sembunyikan perkara sebenar.
Perkara sebegitu berlaku dalam hidup kita.Dan apabila itu berlaku,kita mencari punca dan menyiasat mengapa perkara sebegitu cuba disembunyikan.Memang hati cukup terluka diperlakukan begitu.Umpama kita mengetuk paku di dinding dan apabila tidak mahu menggantung barang,kita mencabut paku tersebut namun kesan yang paku tinggalkan pada dinding masih berbaki dan masih ada di situ.Ia berbekas di dinding.Begitu juga perlakuan orang yang berselindung tadi.Walaupun maaf sudah dipinta namun kejadian tadi tetap akan menjadi ingatan dalam minda.
Luka memang boleh diubati tetapi kesan yang tinggal akan menjadi parut menjadi tanda ia adalah suatu lagi kelalaian kita.Kalau terus terang itu memang mengundang luka pada orang yang kita sayang,eloklah kita menutupnya dengan baik.Jangan sampai ia mengundang pertikaian.Terlajak perahu boleh berundur,terlajak kata...jangan sampai badan binasa.
No comments:
Post a Comment