Saturday 5 September 2009

15 Ramadhan

Tanggal 15 Ramadhan..satu tarikh yang mencatatkan pemergian seorang insan yang saya panggil TOK TAN.Kini setahun sudah berlalu sejak pemergiannya.Tiada sakit atau tanda , namun arwah pergi dalam keadaan tenang.

Arwah atok yang selalu datang menjaga kami sewaktu kecil.Arwah juga yang dulunya mengajar saya melipat kain.Sekiranya cucunya pulang ke kampung, arwah akan pastikan lauk kegemaran cucunya dimasak. Seawal pagi lagi telah ke pasar memilih lauk untuk dimasak. Tidak pernah lupa lauk kegemaran cucunya,Asam pedas untuk kak long..ayam masak merah untuk ngah..paling penting..mee sayur untuk anaknya..(ayah saya la tu) biarpun kekadang kami tidak mahu arwah bersusah payah menyediakan semua itu, namun arwah tetap berkeras mahu melayan cucunya. Bila tiba hari raya, kuih-kuih telah siap tersedia untuk dibawa pulang. Maruku, Semprit, Kuih tart..antara senarai kuih wajib yang akan arwah sediakan.Begitulah rutin setiap tahun,kami tidak bersusah payah untuk membeli kuih di pasaraya.



Namun Ramadhan kali ini tidak sama lagi, Tok Timah (nenek) bersendirian bersahur dan berbuka.Sedih dan sayu mendengar Tok Timah kata sunyi..tiada teman..seleranya bertambah hanya ketika kami pulang kampung.Ketika itulah pelbagai makanan dapat dihidangkan.dan kami akan duduk untuk makan bersama-sama. Ramadhan kali ini, ibu cuba mengajak nenek berterawih di masjid.Puas dipujuk, akhirnya nenek mengikut.Ibu suruh nenek tinggalkan kerja dapur dan ikut sembahyang terawih.Tiada apa yang diperlukan lagi.

Bila dikenang, terasa sayu.Namun yang pergi takkan kembali.Kita hanya mampu berdoa supaya rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman.Al-Fatihah..



Ramadhan tanpa atok...

No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...