Seorang rakan menegur blog cik nisa ni sudah bersawang.Aduh,maaflah..kesuntukan masa menyiapkan diri menghadapi final dan tetiba saja internet di rumah dipotong kerana bil tertunggak 3 bulan.Akibatnya,blog terbiar dan facebook tidak disentuh.
Tambah pula diri ini tidak tahu tajuk apa atau cerita apa mahu dikongsi.Takut-takut kalau kenyataan yang dikeluarkan menyinggung perasaan dan takut rahsia yang di simpan terbongkar di sini.Menjadi pemegang amanah atau penyimpan rahsia merupakan satu tugas yang besar.Mulut dikunci dan kekadang hati diri turut dihimpit belenggu kerisauan.
Banyak benda yang berlaku sepanjang setengah tahun ini,ada yang sedih,pedih,teruja dan gembira.Tapi banyak yang tidak dikongsi di sini kerana rasanya sepulangnya dari umrah.dugaan dan cabaran lebih hebat di alami.Sukar mahu digambarkan dan dipantulkan dengan tulisan.Hanya mampu memahatnya di dalam hati dan merekodnya dalam memori untuk dijadikan kenangan.Dan mungkin ada antaranya akan lama-lama saya pudarkan dari ingatan kerana khuatir sekiranya semakin diingati akan lebih merumitkan eadaan dan mengaibkan seseorang..
No comments:
Post a Comment