Wednesday 12 May 2010

Mungkir Bahagia

Hari ini,sepatutnya ulang tahun hubungan kami untuk tahun ke 3.Namun, manusia hanya merancang ,Allah jua yang tentukan. Sangat hampir..hampir usia hubungan kami 3 tahun tetapi terputus jua di tengah jalan.Semacam tidak mampu menanggung derita dan keperitan perpisahan.Makin dikenang makin parah luka yang ditinggalkan.Sebagai seorang yang lemah,hanya mampu memanjat doa agar ditabahkan hati untuk meneruskan kehidupan ini.

Tanpa disedari sudah 3 minggu perpisahan itu berlaku.Bagai sedetik cuma ucapan itu diungkapkan,maka terlerailah kenangan dan kasih sayang antara kami.Bagai halilintar membelah bumi aku bayangkan perasaan ketika itu.Sama seperti kali pertama dia melamar aku dulu,kaki bagai tidak berpijak dibumi yang nyata.

Setiap perhubungan pasti mengharapkan dengan ikatan pernikahan.Dan seterusnya menyuburkan rasa cinta dengan ikatan suci yang diredhai Ilahi.Itu juga yang aku harapkan.Namun mampukah aku melawan takdir kiranya perpisahan tertulis ketika ini.

Aku masih bersyukur dikurniakan ibu bapa yang memahami, adik beradik yang sentiasa menasihati serta rakan-rakan yang sentiasa meluangkan waktu untuk berkongsi kedukaan ini.Tempoh pasca perpisahan ini sesungguhnya sungguh memeritkan. Tapi sekurang-kurangnya nadi ini masih berdenyut untuk mengharungi kehidupan mendatang dan aku tidak menjadikan CLOROX sebagai pencuci kedukaan hati ini.

Lagu Mungkir Bahagia nyanyian Hazami bagaikan satu cerita tentang perjalanan cinta ini

Sayang kumungkir
pada kejujuranmu
Menolak segala bahagia
di hadapanku
Kasihku mungkir pada kata janjiku
berlari aku
jauh dari cintamu
Ku sesali.
Leburlah harapan cinta
Namun kesetiaanmu
kugenggam bagai hukuman
Mengheret Langkahku
maafkan daku
kekasih hati cinta kita berakhir
maafkan daku
kerna kumemungkirinya
maafkan aku
kekasih hati cinta jadi begini
maafkan daku
kumungkir bahagia
Kiranya masih ada harapan..mampukah aku menggapainya andai ia sekadar angan cuma..

7 comments:

  1. Terus-terang saya terkejut mulanya bila mengetahui cerita ini dari seorang rakan. Hendak bertanya pada 'dia' saya takut dikatakan jaga tepi kain.

    Walau kami tidak rapat, tetapi saya pernah tinggal serumah dengannya di kolej hampir dua semester. Sedikit-sebanyak saya faham apa yang awak rasakan.

    Dia bukanlah seorang yang tidak baik, kadangkala saya rasa dia keanak-anakkan, kadangkala dia boleh jadi seorang yang amat tegas cuma dia kurang memahami perasaan orang lain dan agak egoistik. (Eh, terlebih pula...) Hahaha...

    Saya dah cuba nasihati dia, terpulanglah bagaimana dia menerimanya. Cuma yang penting sekarang adalah kuatkan semangat dan buka buku baru.

    Bukanlah saya pinta awak lupakan dia, cuma mungkin boleh bermula semua sebagai rakan. Ambil masa memahami antara satu sama lain dan jika ada keserasian, bina semula hubungan itu dengan kepercayaan dan toleransi.

    Jika ada jodoh, Insyaallah... Jika sebaliknya, ingatlah, setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.

    p/s: Saya pernah buat sebuah cerpen inspirasi dari kisah awak dan dia setahun yang lalu. Dah beri pada dia untuk baca. Kalau awak nak salinan, saya boleh beri. Tapi, cerita yang biasa saja. :D

    ReplyDelete
  2. Saya sangat terkesan dengan nasihat kamu.Terima kasih.Kamu terkejut,apatah lagi saya yang menanggungnya.Saya sangat hargai pandangan kamu.

    Saya percaya pada Allah dan setiap ketentuanNya.Sebaik mana rancangan kita pun,namun Allah jua tentukan akhirannya.

    Kamu buat cerpen inspirasi saya dan dia.Agak terharu juga dapat tahu.Boleh saya dapatkan naskahnya?Biasa atau tidak itu tak mengapa,cuma saya berbangga kerana kisah saya dan dia menjadi inspirasi penulisan kamu.Hantar ke emel boleh?

    ReplyDelete
  3. wah nisa nak baca gak.. boleh ke? hehe

    ReplyDelete
  4. Boleh, nanti saya e-melkan sedikit masa lagi, Insyaallah... Tapi tak tahulah kena-mengena ke tak, cuma terhasil dari pemerhatian saja. ;)

    ReplyDelete
  5. sol, saya pun teruja nak tunggu naskah daripada riz..rasa macam terharu..nak baca..nanti mintak permission riz..hehheeh

    ReplyDelete
  6. thanks riz,sekarang ni banyak masa lapang..boleh la baca novel dan cerpen..tak sabar nak baca hasil nukilan dari seorang penulis muda berbakat.

    ReplyDelete
  7. nisa... baru putus cinta. bukan putus haid. lek k... :) nak bace gak cerpen tu... huhuhuhuhu

    ReplyDelete

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...