Until Jannah

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 26 June 2010

I am 23

Wow! 23 already.Cepatnya masa berlalu.Alhamdulillah saya masih bernafas dan mampu berpijak di bumi ini.

Tiada sambutan hari jadi secara rasmi.Ucapan daripada rakan-rakan di FB dan di telefon sudah cukup gembira bagi saya.Kecanggihan memang membantu.

Tahun ini saya memperoleh hadiah terbaik pada hari jadi saya.Yes!Akhirnya saya akan memulakan kerjaya di TM.Syukur,setelah melalui sesi temuduga selama 2 jam 30 minit,akhirnya saya dipanggil bagi jawatan Penolong Pengurus.Nama macam gempak ,atau nama lain dipanggil eksekutif.Namun begitu,pihak pengurusan tidak memberitahu bahagian yang akan ditempatkan.Tak mengapa,asalkan saya dilantik sebagai pekerja tetap di situ

'Wish' saya pada tahun ini ..emmm..biarlah diringankan jodoh.Emm..sebut pasal jodoh,pada malam hari lahir ,sempat jua saya menjeling calon suami (eh ..boleh tahan.)Bila dia turut menjeling,saya buat tak tahu.Masa ni memang nak call je besties beritahu..Eh..mamat tu boleh tahan la..rezeki hari jadi..dulu nampak belakang je,tapi malam itu...ringan jodoh kah?

25 JUN-Selesai saja mengambil offer letter,singgah di Secret Recipe.Berkongsi sepotong Chocolate Indulgence bersana adik-adik.Umpama keraian kecil.Cukuplah.Hujan di KL umpama merahmati lagi rezeki ini.Mudahah-mudahan saya dapat menempuhi alam pekerjaan yang penuh mencabar ini dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment