Tuesday, 9 November 2010

Bila Hidup seperti Novel dan Drama

Kalau nak disamakan hidup seperti drama, boleh aku katakan perjalanan hidupku ketika ini seperti drama Chinta. Wataknya,plotnya hamper serupa. Aku seperti Sadatul Saadiah dan si dia seperti Rasul Iman. Kami dijodohkan oleh keluarga. Dan kini aku sedang melalui plot yang sama akan dilalui oleh Sadatul Saadiah dan rasul Iman. Yang mana selepas peringkat pengenalan oleh kedua ibu bapa , kami akan bertemu empat mata dan berkongsi pandangan. Benarkah perjalanan plot aku lalui kini akan serupa seperti yang dilakonkan mereka.Aku mengharapkan hubugan itu ke jinjang pelamin. Namun tidak pula mengharap kehadiran watak Chinta dalama hubungan kami berdua. Debaran kian terasa untuk bersemuka dengan si dia.

Dalam waktu yang sama kisahku jua seperti novel melayu.Seperi kata riz ,teman blog yang juga seorang penulis novel melayu.Saat watak wanita menemui cinta barunya, saat itulah jua kekasih lama datang menagih simpati untuk membina janji yang tidak dapat terpateri dulu. Pelik hati seorang lelaki. Walau kekasih lama itu telah menemui cinta barunya sendiri, mengapa tidak dapat dilupa kenangan lalu bersama kekasih lama.Apa guna kenangan andai telah tercipta harapan bersama kekasih baru. Peliknya kekasih lama tidak dapat memaafkan diri sendiri kerana melepaskan watak wanita tadi. Memang begitu dugaan tika kita bertemu yang berkenan di hati.

Akhirnya kita jua membuat pilihan untuk tinggal dalam kenangan atau membina harapan. Aku memilih untuk membina HARAPAN.

3 comments:

  1. Oh, si dia mahu rujuk kembali? Jangan berada dalam dilema pula. Yalah, mana tahu tiba-tiba mahu beri peluang kedua. Tetapi mujurlah kamu pilih HARAPAN kerana harapan membina kehidupan sementara kenangan, hanyalah cebisan perasaan yang tidak perlu dibiarkan menghantui diri.

    ReplyDelete
  2. bukanlah merrujuk kembali secara spesifiknya..cuma dia tidak dapat memaafkan diri sendiri kerana melepaskan saya..

    pelik kan?bagai nak rak post cinta2 kat gf,belakang..boleh bg msg saya camtu..saya kasi brainwash la sama dia..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Biasalah tu, kata orang dah terhantuk baru nak terngadah. Memang wajar awak brainwash dia supaya dia sedar, tak semua yang dia mahu untuk akan dimiliki dan jangan terlalu bersikap pentingkan diri. :)

    ReplyDelete

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...