Friday, 21 January 2011

Rasa yang kembali

Semalam, aku seperti dapat merasakan kembali satu perasaan yang telah lama tidak menghuni hati ini. Rasa itu seperti mencengkam kalbu dan sanubari. Bagai ditusuk sembilu,sakit sangat. Apakah rasa ini,aku sendiri tak tahu. Perasaan itu macam perasaan ketika hati berkecai-kecai akibat perpisahan. Baik atau buruk perasaan ini hanya masa akan tentukan.

Wednesday, 19 January 2011

Cuba-cuba

Ada terbaca entri untuk BFF contest. Tengok hadiah agak lumayan so macam nak masuk tapi bila dah dekat tengah januari tu blog berkenaan susah plak nak masuk. Sebab nak mencuba sangat, so i pun goooggle mana2 blog yang ada entri pasal contest tersebut. Tapi bukti penghantaran email bukanlah bukti penyertaan. So, kenalah tunggu sama ada gambar tersebut dipilih untuk disenarai pendekkan. Tarikh tutup penyertaan diawalkan keraa terlalu banyak penyertaan. agaknya eightdesignboutique pun pening nak pilih gambar terbaik.


Jadi bab memilih gambar pun satu hal yang agak sukar. Daripada sesi photoshoot yang lepas, ada berkenan dua gambar. So, sebab suka sangat..i combined both the picture to one. Credit besar to Kameramin

Tunggu esok (Khamis) 12 tengahari samada gambar ni terpilih ke tidak. Wish me luck!

The numbers

Bangun dari tidur, tersedar dan beberapa nombor ini muncul dalam ilhamku..


2
-
-
-
4
-
-
-
6
-
-
-
8
HaSilnya...2,468 = mine and his birthday combination

Thursday, 13 January 2011

Model Photoshoot

Nantikan entri seterusnya..sebelum tu,lihat-lihatlah hasil peragaan model tak bertauliah..for more details refer to..Cik Soleha entry (Photoshoot @ Putrajaya). Tumpang lalu pada entry kamu ye Soleha










BAKIT @ Bukit Cerakah

BAKIT? kuih bangkit ke..bukan...bukan.BAKIT ialah singkatan bagi Badan Kebajikan Telekom Malaysia. Sabtu lepas, berpeluang juga Cik Nisa dan 3 housemates merangkap rakan seperjuangan menyertai program bersama BAKIT yang diadakan di Bukit Cerakah.Nasib baik pernah pergi tempat ni , tambahan pula penunjuk arah dari Mina (roomates) sepanjang perjalanan banyak membantu kami sampai ke destinasi.

Secara asanya program ini adalah anjuran pelajar luar kampus UUM dan ditaja oleh pihak BAKIT.So, kami bertiga datang memang gaya penaja . Walaupun tidak dapat menyertai acara sebelah petang, namun acara pada pagi hari itu memang sangat menarik. Ini merupakan program motivasi bersama anak yatim orang asli. Pada asalnya kami sangkakan orang asli ini tidak fasih berbahasa Melayu.Namun, mereka ini sebenarnya faham dan fasih berbahasa Melayu malahan beragama Islam. Secara keseluruhannya,program ini bertujuan memberikan suntikan semangat bagi anak-anak orang asli ini supaya mereka berjaya dalam hidup. Jadi mari lihat beberapa gambar ehsan dari photographer program.(Cik Nisa bawa Kamera tapi tak bawak memory card,bijak,bijak)
Anda adalah apa yang anda fikirkan-peserta yang dipijak telah ditetapkan mindanya supa berfikir bahawa dia sekuat besi sehingga dia mampu menampun berat 85kg

Bersama penaja dan penganjur.Yang berbaju merah dan hijau adalah housemates saya!

Tuesday, 4 January 2011

Ubahsuai Rumah


Rancangan untuk mengubahsuai rumah telah lama dirancang dan kebetulan hanya dapat dilaksanakan sekarang kerana mempunyai sumber modal yang mencukupi.Sekiranya desas desus yang mengatakan pengubahsuaian rumah ini dilakukan kerana ingin menyambut kedatangan orang baru , mungkin ianya satu kebetulan. Jadi, nantikan kisah seterusnya setelah rumah siap dibina. (Rumah siap dibina,mungkinkah paluan kompang yang akan berbunyi?)

Sunday, 2 January 2011

Dua Ribu Sebelas


Posing kat kampung


Tahun 2011 menyingkap tirainya. Perkara teratas dalam senarai tahun 2011

  • Menghadiri majlis perkahwinan Fadilah Jamaludin




    Tahniah Fad atas pernikahan kamu. Ramai juga rakan-rakan yang hadir bagi memeriahkan majlis.Namun saya tidak berkesempatan bergambar dengan rakan yang lain memandangkan perjalanan ke rumah pengantin yang agak jauh.Dari Seremban singgah KL terus ke Kapar. Siap boleh solat jamak lagi.Apapun yang penting bergambar dengan pengantin adalah satu kemestian walaupun hanya dengan pengantin perempuan.(Tak sempat jumpa Cik Sol and Eira-sangat sedih-next time yea)




Pada malam yang sama buat family dinner gathering. Cuba makan kat restoran baru dekat seremban 2.Kedudukannya berhadapan Jusco Seremban 2 dan bertentangan dengan sebuah restoran Cina.
Menu Recommended
  • Ikan masak asam nyonya
  • Kailan Oyster
  • Sotong Black Pepper

Nak tulis banyak-banyak kat entry meleret pula.Uihhh..esok dah start keje balik.Genap 6 bulan saya bekerja di situ..Mudah-mudahan dapat memulakan kerja dengan semangat baru.Azam tahun baru? Yes..i'm still listing it. But this morning, tergelak besar baca komen kawan kat Group Alumni MPP.


    Aman..Aman..Nantikan lah mana-mana kad jemputan.Takkan ku lupa andai ada undangan

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...