Until Jannah

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 7 February 2011

Warkah yang ditemui

Dulu..

Memang aku harap orang itu akan membacanya
akan fahaminya
akan dalami setiap baris dan ayat
akan selami setiap maksud tersirat
tanpa aku ungkapkan sebaris kata
sangat aku pinta orang itu baca

Sekarang..

aku tak mahu dia menilai aku
aku tak mahu dia memerhati
sebab tulisan yang terpatri
bukan untuk menagih simpati

Kini..

Mana lagi aku nak sembunyi
biarkan saja dia terus di sini
terus membaca kebahagiaan yang dinanti

Waktu..

Teruslah pantas berlalu
Agar aku terus lupa memori itu
Biar kekadang menjengah sanubariku
Namun ku terus harap kita tidak bertemu
kerana memori bersama dia
tak mahu ku ingat selalu.

Memori..
Andaikanlah aku dan dia tak pernah bertemu
Andaikanlah aku tak pernah mengenalinya
Andaikanlah dia tak pernah hadir di dunia

No comments:

Post a Comment