Tuesday 8 March 2011

Kegagalan dan Kejayaan

Kejayaan hari ini adalah sumbangan kegagalan semalam. Harapan esok adalah ciptaan impian hari ini. Kekadang inginku memanjat kesyukuran pada Ilahi atas musibah melalui episod kegagalan dalam percintaan pada musim lalu. Itu kerana aku mempelajari sesuatu.Pandangan mata kekadang menipu. Untuk kelihatan sempurna dimata yang lain,kita terdorong mencipta angan-angan yang hampir bahagia di hati kita. Namun bila yang dicipta itu diyakini hanya mainan dunia semata.Haruslah ia sekadar menjadi babak yang perlu dilupakan.

Percayalah setiap musibah,ujian dan dugaan itu Allah tahu siapa yang perlu melaluinya. Jangan ditagih simpati, kerana tika kita sedar simpati itu dapat diperolehi,akhirnya ia tetap tidak dapat memuaskan hati. Hanya kita yang mampu mengubah persepsi diri sendiri bukannya berdasarkan jumlah tagihan simpati. Pada yang bersimpati, diingatkan semangat yang perlu anda beri.Bukan sekadar simpati untuk melegakan hati.

Anggap kegagalan satu permulaan untuk mencipta kejayaan bukan pengakhiran untuk kehidupan.Selagi kita percaya pada harapan dan Tuhan (ALLAH), selagi itu kehidupan kita akan berterusan. Tayangan ulangan episod semalam,usah dipertikai susur galurnya. Biarkan orang berkata kerana akhirnya kita juga yang mencoret lukisan kehidupan.

Usah berhelah untuk kelihatan sempurna.Kerana satu hari akan terbongkar juga dan ia anggap dianggap satu durjana.Bukankah elok menjadi insan biasa. Biasalah manusia,pasti ada cacat celanya. Tiada lagi hormat andai berdusta. Nampak sangat tidak berhemat.

No comments:

Post a Comment

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...