Until Jannah

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, 18 December 2012

Review Wedding Diy #3 : Hantaran for him

Ni DIY Projek ke 3 Nisa.Memang susah nak meyakinkan ibu untuk percaya yang Nisa nak buat sendiri.Tapi lepas tunjuk sedikit progress setiap minggu,akhirnya ibu benarkan jugak buat sendiri.Nak share sikit hasilnya

Tafsir Al-Quran

GPS
Jam  Tangan

Coklat

Buah-buahan

Cake in a jar

Sirih gubah

Nisa bagi 7 dulang berbalas 5 dari pihak lelaki. Barang yang Nisa gunakan untuk gubah
Crepe Paper (buy 1 free 1) = RM 10 (beli 2 dapat 2 gulung free)
Bunga hiasan tambahan = RM15
Gabus RM4 per piece = RM 28
Juraian manik = RM40
Crepe paper Hijau RM0.50 per piece=RM3.50
Kain Net = RM20
Reben 1 gulung = RM0.90
Gam Tembak (isi) = RM5.00 (anggaran)
Manik bunga di tengah =RM10

Total =132.40

Anggaran kos per dulang (tidak termasuk isi ye)= RM18.90

Ini anggaran saja, plus minus boleh cecah RM20 jugak sedulang (campur kos pergi balik kedai beli barang).Jimat la beberapa Ringgit kan. Final touch hantaran semua adik yang buat.Pengantin pandai buat bahan asas dan bunga je.Bab gubahan memang dah lantik adik bongsu.Dia ni pulak last minute baru ada mood dan idea nak buat.Layankan je la.Asalkan siap.

Sirih Gubah pulak beli je dekat kedai area Seremban.Ibu kata sederet dengan Bank Rakyat.RM30 untuk sirih gubah tu.Ok la kan.Alas sirih gubah tu memang saja je biar kosong.(padahal malas nak beli juraian manik baru)

Bunga tu Nisa buat sebulan sebelum majlis.Memang gigih la setiap minggu buat minggu ni.Nak alter sana sini.Itu je nak share.Setiap minggu up satu entry.Boleh la kan..

1 comment:

  1. Bunga itu sngtlah cntik....btul2 jimat kan...

    ReplyDelete