wooo..rindu nak berblog..setiap hari bukak blog, jadi silent reader, tak komen apa-apa tapi selalu klik blog B2B yang selalu update.Tapi yang sorang ex-bride ni plak nan hado nak update.
Nak sangat review each details on the wedding.CD gambar kahwin memang sentiasa tersimpan dalam laptop ,daya nak upload tu belum tinggi.
Well, it has been 80 days and 10 more days it wil be 3 months or 90 days of our marriage. Kehidupan sekarang, masih cuba membiasakan diri. Pada awal perkahwinan , kami memegang title weekend husband and wife.Suami bekerja di Gemas dan saya bekerja di Kuala Lumpur.Jadi kami mengambil keputusan untuk PJJ buat sementara waktu. Kami berdua berjumpa di rumah ibu bapa kami pada hujung minggu.Oh, did i mention that our parents house are 30 seconds away from each other? How easy is that.Well, bila hujung minggu cuma ada dua hari, kami berdua perlu bijak membahagikan waktu untuk tinggal di rumah kedua-dua belah pihak.Kebiasaannya , saya akan duduk di rumah mertua untuk makan malam atau minum petang pada hari Sabtu dan harus pulang ke rumah ibu bapa saya untuk tidur. Begitulah rutin kami sepanjang dua bulan pertama perkahwinan.
Keputusan suami untuk berpindah lebih dekat dengan saya amat saya hargai.Kebiasaannya isteri yang akan berbuat demikin, namun pengorbanan beliau tidak dapat saya bayar dengan wang ringgit. Sebelum kami berkahwin lagi, suami telah menghantar permohonan untuk berpindah.Permohonan sebelum kahwin dihantar awal untuk berpindah ke Seremban, namun begitu suami berubah fikiran selepas kami berkahwin dan menghantar satu lagi permohonan untuk berpindah ke Kuala Lumpur.
Allah lebih mengetahui yang terbaik buat hambaNya.Permohonan awal suami ke Seremban diterima dan suami mula bekerja di tempat baru pada pertengahan Januari.Satu lagi keputusan perlu dilakukan.Weekend husband and wife rutin tidak boleh diteruskan.Jarak Seremban-KL itu memungkinkan saya untuk berulang alik setiap hari.Tapi pada awalnya,saya mencuba untuk pulang sekurang-kurangnya 3 hari seminggu.Bermakna 2 hari di KL dan 5 hari di Seremban.Rutin ini lebih memeningkan kepala.Stok baju di KL dan Seremban tidak sama rata.Jadi, untuk lebih fokus saya nekad untuk berulang alik setiap hari mulai Februari.
Keputusan untuk berulang alik disokong sepenuhnya. Dan dengan keputusan itu, perjalanan lebih dipermudahkan. Saya akan berkongsi kenderaan dengan jiran yang berkerja sebangunan di KL.Jadi tidak perlu ke stesen bas, hanya perlu ke rumah jiran tersebut yang jaraknya 5 minit dan menaiki kenderaan beliau serta akan terus berhenti di tempat kerja. Perbelanjaan memang bertambah.Namun begitu nilai perbelanjaan itu tidaklah setanding nilai tanggungjawab yang perlu dilakukan.
Status permohonan suami ke KL masih berjalan. Buat sementara waktu,suami perlu menerima dahulu tawaran pertama. Itu saja entri kali ini.Panjang pulak luahan hati..takde gambar sangat, meh tampal satu gambar bertandang
sedih plak baca entry awak..xpe,byk2 kan berdoa..insyaallah ada rezeki buat awak & suami.
ReplyDeleteWhy NFL Betting Markets Aren't as Stagnant as Sports
ReplyDeleteBetting markets 토토 사이트 추천 are increasingly stagnant as sports 바카라 betting. The NFL isn't so popular as it is most popular. 메이저 토토 사이트 Bettors can place bets online 1xbet korean without having to 바카라 사이트