Monday, 31 December 2012

Review Wedding Vendors : Wedding Cake

Saya bukanlah penggemar kek, begitu juga husband. Puas memikirkan apa yang perlu kami potong masa upacara memotong kek. Anis kurang gemar kek bertingkat.Takut membazir dan takde orang makan (plus  budget banyak hanya untuk kek yang diri sendiri tak makan).Pulut kuning apatah lagi. Jadi berkeputusan untuk  memotong sebiji kek sahaja ditambah dengan sedikit hiasan dan cake topper di atas kek yang Anis DIY sendiri dengan bantuan pengapitku Ailyn.

Sumber inspirasi datang dari dua gambar di bawah ni.













Hasilnya pada hari kejadian.......






Anis tergoda dengan buah strawberry yang banyak di atas kek tu. Berulang kali tengok website dan terliur sampai satu hari sebab tak tahan sangat (sebab hari tu puasa) ,terus order .Plan asal nak cuba dulu, baru tempah betul-betul untuk wedding nanti, tapi dah alang-alang tu terus order untuk pakai masa wedding
The inside

Cake topper tu DIY.Minta tolong pengapit tolong buatkan sebab pengantin tak cukup tangan.

Bahan-bahan untuk cake topper huruf H & F

Kain Felt hitan
Font cantik ( pilih dalam word atau mana-mana template di website)
Batang Lidi
Gam

Cara-cara

1.Print font yang bersesuaian atas sekeping kertas kemudian ambil kain felt serta lekatkan bersama font tadi.Gunting ikut bentuk. Buat dua kali untuk setiap huruf supaya huruf tu boleh berdiri dengan sendiri .

2.Selepas itu gamkan font yang dah siap tadi di batang lidi.Nak tambah cantik,potong bentuk love atas kertas merah dan buat cara yang sama macam step 1.Dah siap.Mudah kan? itupun pengantin tak sempat buat sendiri dah.

untuk tempahan kek boleh layari

Facebook : AnisBakery
Website : AnisBakery.Net

Highly Recommended..!!!



2 comments:

  1. Salam perkenalan! :) baru follow blog anda.. btw cake tu nmpk cm sdp sgt.. hee

    ReplyDelete
  2. yum yum...cam sdp je kek tue...heee...blog walking here...singgah r blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda...

    ReplyDelete

2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...