Monday, 20 October 2014

7 Tips shopping di Baby Expo

Hello..last weekend baru sahaja diadakan Mom & Baby Expo di Midvalley. Ni dah kali ketiga Nisa pergi . First time dulu shopping masa pregnant lagi, kandungan 5 bulan. 2nd time it was on June this year. Sebab dah banyak kali pergi and banyak kaedah yang Nisa guna pakai untuk shopping kat baby Expo . So i want to share Tips shopping di Baby Expo. Semoga bermanfaat

#1 : Buat survey harga barangan di Online, Kedai Baby dan sebagainya sebelum pergi. Sebab ada juga barangan yang dijual semasa Baby expo tu sama je dengan hari biasa, malahan mahal dari biasa pon ada. Sebagai pengguna bijak , buatlah penilaian yang baik. 
Kebiasaannya baju bayi (baju tido), topi,sabun basuh baju and sabun mandi dijual murah. 

Contoh kalau beli baju di Baby Shop sepasang baju tido RM25 (baju & seluar) , tapi kat baby Expo RM10 sepasang, dah jimat jugak RM10 kat situ..Topi baby pon cuma RM2 je (brand Fiffy)

#2 : Senaraikan & Kenal pasti barangan yang anda mahu beli. For first time mother, this would be tricky sebab semua benda nampak macam penting kan? Nisa pon mengalami masalah yang sama, you will have arguement with your spouse about what to buy and what not to buy (i've seen a lot of these during baby expo, and i am one of them too :).Lelaki berfikiran logik and kadang2 nasihat diorang betul juga. Jadi, selidik betul-betul barangan yang penting untuk korang beli yang rasanya kalau tak beli kat baby ekspo ni mahal la kalau nak beli kat luar.



                                                                      Source : Fiffy

Cth : Kelambu baby kalau beli kat kedai biasa RM25, beli kat baby ekspo RM10 je..this is one of thing that i missed to buy sebab argue dengan hubs and mengalah ikut cakap hubs.

#3 : Bawa troli / beg sandang belakang (bag pack) sekiranya anda mahu membeli dalam jumlah yang banyak. Last week i siap bawak troli pergi pasar. Siap berlaga dengan stroller. Lantak le.. i beli stok untuk setahun terus..If you bring stroller pon ok. Tapi stroller mcm besar sangat, susah juga berjalan dengan stroller, i yang bawak troli kecik pon rasa seksa. So for alternatives bawa la bag pack. Kalau suami ikut sekali biarlah dia yang bawak bag pack (bag mcm org pergi berkhemah)

This is my troli and things that i buy last week
#4 : Tengok Map, dan kenal pasti Kedai yang ingin dituju.Map biasa penganjur letak kat main entrance Untuk yang pertama kali datang mesti korang nak pergi semua kedai, boleh je, Nisa pon buat mcm tu first time tapi bila dah pergi banyak kali terus je pergi kedai yang dituju. 

Cth : Pureen, Fab Mom , Autumz

#5 : If you bring your baby along, it is advisable untuk kendong baby, You can babywear, and jangan lupa bwk kipas kecik tu sebab dah ramai2 confirm panas. Mostly baby menjerit-jerit dalam stroller during the baby ekspo. I pulak kesian. Tapi i paham parents want the best for their childeren kan. Takde babywear takpe, you still can bring stroller, tapi bertabahla nak berlanggar dengan stroller yang lain.

#6 : If you come alone@ without baby, come VERY early. Sebab nak parking kan.. Kalau ekspo start pkul 10, at least pkul 8 tu korang dah kena parking. Pernah sekali Nisa cuti sebab nak pergi baby ekspo , ingatkan tak ramai orang, datang pkul 9.30 parking dah FULL. Diorang semua ni datang pukul berapa?So datang SANGAT AWAL

#7 : Take public transport .(Bas/LRT if any) Ada sekali tu Nisa pergi on weekday, sebab dah fed up dengan parking, suruh suami drop je kat Baby Ekspo and masa balik, nisa amik bas pergi ofis suami..dengan barang yang banyak tu..

That's all. Happy Shopping and spend wisely !

Note : If you want to save time, tak payah beratur kat registration counter tu, X wajib pun, but if you want to try boleh je. Korang akan dapat satu mug percuma, and a few samples from vendor (cth : susu) ans buku panduan & Iklan.

Friday, 17 October 2014

DIY Project #1

Lama dah tak ber 'DiY' sejak habis majlis kahwin 2 tahun sudah (cepatnya masa). Takde idea dan masa (alasan lagi) nak buat. Sebenarnya Nisa berpindah randah juga lah..dulu menyewa di Apartment tapi sekarang menyewa di rumah teres pula. Ye, masih menyewa...Sebab memang target nak duduk sekejap je dekat APartment, jadi memang takde hias-hias sangat rumah tu, asal ada kelengkapan asas sudah mencukupi. Tapi sejak pindah rumah sewa baru ni, macam-macam nak buat, tambahan pula owner bagi cat, ketuk dinding guna paku (baik punya owner, sewa pon bagi diskaun )

So this is my current DiY Project . Ini plan nak letak dekat dinding.Baru testing je, main-main lagi, lekatkan pon pakai stapler sebab nak testing tangan ni masih boleh DiY ke tak.

Bahan-Bahan

Kain Felt (boleh didapati di Daiso @ kedai kraf @ kedai pengantin)
Gam Tembak
Frame/Plywood/Mounting Board
Kain bercorak (takde dalam gambar sebab baru 1/2 jalan kerja

Cara-Cara

Oleh sebab saya malas nak tunjuk step by step, boleh rujuk link berikut untuk maklumat lanjut.

Source : On One Hand

Hasil penuh akan kelihatan seperti ini : (sumber google)

Lain tangan,lain hasilnya kan..


Jadi ex-B2B yang lain, masih adakah semangat DIY bila dah berkeluarga? Jawapannya...terletak pada anda sendiri..Say Yes if you still have the passion!

Thursday, 16 October 2014

Throwback Thursday-Review Wedding #5.Hand Bouqet

Sambungan review wedding 2 tahun lepas..ampun..lama perap gambar.Saja nak throwback sikit, wedding anniversary pon dah dekat kan..

My Crystal Purple Handbouqet was made by love by Shajaratul Design. Sebenarnya , Nisa menang lucky draw that was organized by Shajaratul Design. Inilah hadiahnya..Cantik sangat. Selepas majlis, sepupu lelaki jadikan bunga ni sebagai modal nak tackle awek dalam kenduri (apakah?)




My 2nd Handbouqet , i order from The Craft Portion handbouqet was made from various types of kain and material . Sebab tahan lama, so boleh recycle adik-adik pakai untuk majlis. Teringin jugak pakai fresh flowers tapi hanya tahan sementara so nisa pilih this types of bouqet




2017 new coming post

MasyaAllah, dah hampir 2 tahun rupanya tak berblog.Diam seribu bahasa.sebab aktif di FB sepanjang tahun lepas.Blog tinggal menyepi.Ni nak me...